Tuesday 30 November 2010


Pagi tadi dalam tren dalam mamai tersengguk tu akak dengar announcement seperti biasa bila nak sampai stesyen Bandar Tasik Selatan...tapi macam announcement tu macam ada penambahan daripada biasa....selain beritahu hub pertukaran STAR & ERL..penambahan kepada Stesyen bas Bukit Jalil....

ITT Bandar Tasik Selatan ganti Puduraya.

Projek bersepadu RM570j ganti terminal Puduraya



KUALA LUMPUR: Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan bernilai RM570 juta bagi mengambil alih fungsi Terminal Puduraya yang uzur sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna dijangka mula digunakan pada 2010.



Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari, berkata terminal yang pembinaannya mula dilaksanakan akhir tahun lalu, dijangka bukan saja berupaya mengurangkan kesesakan di ibu kota berikutan lokasi strategik dan luas.



“Projek ini akan menggantikan Puduraya yang uzur dan sesak serta tidak dapat menampung perkhidmatan bas ekspres yang bertambah.



“Terminal ini dijangka mengurangkan kesesakan di ibu kota dengan lokasi dan kemudahan lebih luas bagi menampung perkhidmatan bas dan teksi antara bandar sektor selatan membabitkan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura,” katanya kepada Berita Harian semalam.



Terdahulu, Zakaria mengadakan lawatan mengejut ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan bagi meninjau kemudahan dan perkhidmatan KTMB. Hadir sama Pengarah Urusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Radzak Abd Malek dan Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd Zain Mat Taha yang Zakaria menaiki tren menghala ke KTM Bangi.



Terminal yang dikenali sebagai ITT Bandar Tasik Selatan bakal mempunyai terminal berkeluasan 95,000 meter persegi selain memuatkan sehingga 150 ruang teksi, 60 platform bas dan 1,000 tempat letak kereta.



Terminal berkenaan boleh dihubungi menerusi dua lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Besraya disamping digabungkan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Komuter KTM dan Express Rail Link (ERL) yang mempunyai stesen dalam lingkungan radius 200 meter.



Mengulas kualiti perkhidmatan stesen KTM, Zakaria berkata, masih ada ruang untuk penambahbaikan yang boleh diberi perhatian, terutama keselamatan dan keselesaan pengguna seperti kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU).



Sementara itu, Mohd Radzak berkata, KTM sentiasa prihatin dengan kemudahan membabitkan OKU dan sejumlah RM15 juta diperuntukkan bagi tujuan berkenaan.

Katanya, peruntukan RM15 juta itu membolehkan stesen komuter KTM dilengkapi lif, ramp dan tandas OKU bagi membolehkan golongan berkenaan tidak menghadapi kesukaran ketika menggunakan perkhidmatan Komuter KTM untuk laluan masing-masing.



Beliau berkata, setakat ini stesen yang mempunyai kemudahan untuk OKU ialah Midvelly, Bank Negara, Kepong Sentral, Seremban, Kajang, Subang Jaya dan KL Sentral. (sumber Cari.com)

Oh ni lah agaknya...DAH SIAP ye...dah boleh digunakan pun...jadi kepada warga selatan..tak payah lagi ke stesyen bas sebelah stadium tu yer...boleh dah ke sini...

Alamatnya sesak lah komuter lagi selepas ni..kalau ia datangan angin komuter DELAYED.....hohoho...


Monday 29 November 2010

Perihal makanan...



Alhamdulillah..baru lepas makan nasi goreng bekalan dari rumah...sempat goreng sebiji telur mata...



Baki petang semalam punya....sebab semalam keluar ronda² dan makan kat luar...tapi balik petang tu goreng nasi...dan malam baru makan...



Ahbang tak kisah pasal makanan...dia tak cerewet...asal jangan makanan basi sudah lah...dan selalunya tak lebih 2 hari...kalau seminggu pun mendatangkan bahaya dan memanglah tak elok untuk kesihatan....



Ada setengah bos=suami...nak makanan baru dimasak je kan...kalau makan satu hari 3 kali..siaplah wahai si isteri berperang kat dapur 3 kali masak...kata nak makanan baru...itu bahagian si isteri lah yer....nasib semua orang tak sama....


Eh...kenapa? tak elok makan makanan lama? Dah tu takkan nak buang...membazir...lagipun elok lagi...malam tadi panaskan...dah sejuk..masukkan dalam tapawe dan masukkan dalam peti ais...pagi tadi panaskan semula...masih bagus...


Petuanya : Amalkan membaca AL-Fatihah, Selawat dan Surah Al-Kausar ketika memasak....IInsya'Allah.....



Selamat Beramal....

http://www.emocutez.com


Friday 26 November 2010

Mari ke mari....

Korang ada plan mahu pergi??? Silakannnn.....





Confirm pagi subuh sapie lagi MV tu parkingnya dah kaler merah...he he he.....ahkak memang takde plan nak pergi sebab ahbang kerja...tapi cam terdetik nak pergi...tapi memang takde harapan la gamaknya...hohohoho....



Takpelah..bukan tak pernah merasa...dulu masa mengandung pernah pergi...dulu dok PJ memang sini je lah tempat berjalan pun...macam² exhibition pergi kat sini..ahaks....bagi peluang pulak kat orang lain untuk bersesak²...ngeh ngeh ngeh!!



Thursday 25 November 2010

Lagi dan lagi la...

Tahun tah keberapa kali MC..MC tak sehat...*tiba² ingat pasal dosa² kecil..moga diampunkan...Amiiin... Semalam MC lagi...ini pun kepala nyut nyut nyut...mata jangan cakap lah..amat la laloknya....moga digagahi tunggu sampai balik ahaks...

Kalau nak dapat MC kene lah pergi klinik kan....terbaik lah...memang selalu ke situ...hatta nak cucuk si tecit pun situlah tempatnya...senang+cepat+tak ramai orang!!....doktor pun sangat lah friendly...masuk² je dia dah tegur pasal mata bengkak...pastu memang pot pet je kitorang dua...dah cek dahi tekak semua...dia sorong pam nak tengok tekanan darah....GULP!!! oh NO!!..hahahah sebab tau mesti naik punya!!....raya haji kannnn...makan DAGING nok!....memang pun naik....ahahahaha...sekarang adalah masa untuk cari belimbing buat jus....atau timun+daun seleri jussss.....yahyahyah!

Dah tu MC pun cam tak MC...sebabnya kebetulan hari ahbang ada temujanji kat Hospital Serdang..klinik pakar ortopedik...aiihhhh takde apa pun...cuma haritu dia sakit kaki...sakit tumit tak baik²...terasa sampai ke lutut..ke pinggang...ngilu....doktor pun rujuk ke pakar...lagipun dulu pernah eksiden melambung...tapi Alhamdulillah lah...takde apa pun bila X-Ray...takde apa yang ortopedik boleh cadangkan macam bedah ke apa...kes minor sangat²...mungkin juga sebab keadaan kerja ahbang yang memang asyik berjalan+berdiri...duduk langsung TIDAK!...itulah sebabnya...

Yang jadi MC macam tak MC tu sebab human error staf hospital tu...yang menjadikan kami ni dari hospital ke klinik kerajaan ke hospital balik....sebab surat rujukan tu daripada klinik swasta...kalau nak rujuk apa² penyakit ke Hospital Serdang kene rujukan klinik kerajaan...tapi di sebabkan temujanji yang dibuat sebulan yang lepas staff tu tak maklumkan semua tu...jadilah banyak kerja ulang alik...nasib baik sekejap je kat klinik kerajaan tu...siap doktor tu suruh fight dapatkan rawatan hari tu jugak...tak payah temujanji baru....nasib baik bolehhhhhh...jadi semua setel semalam....paling syukur...kira takde apelah...cuma assumption je semua sebelum ni....

Terror dah ahkak pasal keluar masuk hospital ni..huhuhu....pengalaman mengajarku...eceh...biarlah bersusah payah turun naik eskeleter hospital tu daripada nak labur duit ke tempat tak sepatutnya...ataupun jenis sayang duit untuk kesihatan....

Nota Kaki:

* Tak puas hati dengan parking yang tak cukup hohohoho....ada yang parking sampai tepi jalan besar...bawah pokok lereng bukit...gile ah...tempat parking sepatutnya staff tak boleh parking...walaupun ada papan tanda melarang staff parking...tapi ada je staff guna...mana nak cukup parking kalo camnih!

Tuesday 23 November 2010

Melayan masa...



Dulu..


masa mata anak belum tahu buka...suruh cepat buka...bila dah buka...bila la pulak nak buka genggaman tangan yang comel tu...pastu tunggu pulak bila nak meniarap..dah pandai niarap......tunggu gelak...tggu nak duduk pulak......tunggu berdiri.....jalan tatih-tatih...


SEKARANG.....



hah hamek....berjalan berdesup!! tanpa menoleh ke belakang lagi..



Di Toys r us Jusco JB... pertama-tamanya dengan memakai kasut...bila diturunkan dengan sendirinya nampak mainan terus berjalan ye (hari tu ada mention kan berjalan tapi bila pakai kasut dia takmo)...sungguh kuat penangan mainan....


Wehh tak beli apa pun kat sini...tak menarik...RMnya tak menarik sebenarnya hahahaha...mahal siot!..tapi nama pun cuci mata...nasib baik la takde yang tunjuk² oleh si tecit..pastu melalak nak jugak...fuhhhh!! last2 beli mainan 3 badan lori yang tengah sale longgok kat JJ tuh...balik² main...dah bersepai....pheewwwww tayar ke mana...skru bersepah...wakakakaka....pandai oh pomen...

Lepas tu memang bermula la sesi penjelajahan 'dapat kaki' dia tuh...pantang letak atas lantai...berdesuupppppppppppp! ahkak dengan nak jaga troli..jaga beg diapers dia...(ahbang pergi solat masa tu)...semput mak!!!...kejo dia menononggggg...wahahaha...malu? buang tepi nok...anggap je takde umat manusia kat situ..padahal semua orang pandang...hahahahaa!!!...ada tu siap nak masuk kedai baju lelaki tah hape nama...SA tuh gegelak...tak tahu lah gelak kt si tecit ke gelak ahkak ni yang dah tak macam rupa orang gaknya dok tonggeng² nak amek si tecit tapi dia takmo dukung...kehkehkeh...



Ketiduran setelah penat 'berjalan' dalam kereta masa balik ke Bangi....gi side driver siap abah dia dukung sebelah tangan..bahayaaaaaa...tapi nak puaskan hati dia..layankan jap...pastu cepat² amek balik...




Bujang dah anak ahkak nih...hehehhehe...cepatnya masa berlalu....

Monday 22 November 2010

Santapan..


Lemau je naik kerja hari ni kan...semua pening lalat meratah daging kot..hehe...tapi ofis ahkak ni sunyi la pulak..baru perasan budak dah cuti sekolah...patut lah mak pak pun sambung cuti....

Emmm.....memang sepanjang 2-3 minggu ni kompem lah lauk korang ada daging...nak menamatkan bekalan daging korban yang diterima atau tahun ni rezeki korban....seperti dikata...tahun ni mak ahkak buat korban...bila dah jadi seekor lembu tuh...maka dapat lah banyak bahagian...sampaikan kepala pun kitorang dapat...dah tak tahu nak buat apa dah kepala tu...tak sanggup nak amik gambar kepala lembu yang dah siap siat tu....ahaks!


Sup tulang gearbox lawan sambal kicap! mabelessss!! tapi ahkak bukan reti ratah pun...





Thursday 18 November 2010

Salam Aidil Adha



Tahun ni mak ahkak buat korban seekor lembu...Alhamdulillah...



Seperti biasa tak kira apa jua musim perayaan...pagi penuh lagi orang...tengahari hampir separuh ghaib...dah petang memang tinggal angin je la ofis tu...hihi...


Sudah tiba masa para lembu kecot perot....




sumber google


~ Salam Aidil Adha ~


Buk pintu rumah pagi lg tengok terselit kupon untuk ambil bahagian korban kat sini...disebabkan nak balik kampung..kita transfer lah kupon tu ke akak BS sekeluarga..moga meriah kan makan dagng banyk..hueheuhe...leh naik kolestrol darah tinggi camni ahaks!



Wednesday 17 November 2010

Sale Aidil Adha...

~STICKY POST...entry baru kat bawah yek!

Panas! Panas! HOT SALE!!

Sempena Aidil Adha tak lama lagi ahkak bermurah hati nak mewarkan Jualan Murah di blogshop ahkak.




....banyak lagi paten di Click2myshop!!

Gap Pyjamas ~ RM23/pcs

Aidil Adha Promotion

valid till 18 Nov 2010



Ada yang kata pakai pyjama ni panas...tidak lagi dengan Testimonial dibawah...satu2nya komen ikhlas yang ahkak dapat:-


Quote
from: ibualya on November 10, 2010, 03:37:50 PM

sape yg beli pyjama ni memang xrugi tau..kain lembut n sejuk.anak sulong saya asyik nak pakai baju tu je..kalau suruh dia ambik sendiri baju,mesti ambil GAP pyjama...nanti dh ketat yg ni nak beli lagi..stakat ni dh ada 4-5 helai utk 2 beradik tu..
-Forum ratuhati.com

Satu lagi, senang menggayakannya...terus sarung pakai dan boleh sampai ke tempat lena anak....comel dan boleh dibawa keluar berjalan...cute!

Jangan tunggu lagi...sila klik Click2myshop!!



Tuesday 16 November 2010

BABY WITH COSTUME CONTEST





Eh sempat lagi tu nak join contest (tak packing baju lagi ni nak balik raya oii)..tak join rasa rugi pulak..sebab bukan semua budak ada costume..hehehehehe....


Ini banner daripada penganjur & penaja yek...




OK..let's start...

Aaaaummmmmm...mengaum dulu..haha



Ahkak pertaruhkan gambar ni..gambar kandid ok...sebab tu mata nak tanak je bukak....walaupun bukan full shot (harap diterima hihihi)...ada FS tapi tak pakai topinya yang ada mata tu la plak..tak nampak cam costume...pulak tu syarat cuma 1 gambar je..kalau boleh banyak..semua ahkak nak letak...keh3...

Gambar ni diambil semasa 1st celebration birthday...siap pakai topi besday lagi...moksu dia belikan lama dah..baru teringat time besday la pakai ye tak...


Eh saja je gambar ni nak tunjuk full costume....


Baik...sekarang mari berkenalan ye..



Beliau adalah:


Mua'dz Firas Mirwan Effendi~~~
1 tahun 1 bulan

Ibu beliau adalah:


Farah Idayu Mohd Sidik~~~
ayue7882@gmail.com

1. Hadiah bg pemenang utama yg menanti adalah:

- Sesi penggambaran (photoshoot) percuma oleh penaja papa aiman @ www.awokpenyu.com

- "Unlimited soft copy" gamba didalam dvd

- Percuma gambar "enlargement" bersaiz 10R berserta bingkai exclusive

- Baucer RM100 untuk gambar poster bersaiz <>


2. Hadiah istimewa bayi/kanak lelaki comel adalah;

- Sesi penggambaran (photoshoot) percuma oleh penaja papa aiman @ www.awokpenyu.com

- "Unlimited soft copy" gamba didalam dvd

- Baucer RM50 untuk gambar poster bersaiz <>


3. Hadiah istimewa bayi/kanak perempuan comel adalah;

- Sesi penggambaran (photoshoot) percuma oleh penaja papa aiman @ www.awokpenyu.com

- "Unlimited soft copy" gamba didalam dvd

- Baucer RM50 untuk gambar poster bersaiz <>

-Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Disember 2010, sblm pukul 11.59mlm


NOTA KAKI:

* Penganjur & Penaja...apa maksud "Bilangan pemenang berdasarkan kpd bilangan penyertaan"...boleh masuk banyak kali ke? dengan kostum lain?



1 tahun 1 bulan



Hari ini Mu'adz Firas setahun sebulan...wooww wwwweee.....






Perkembangan TERKINI :



  • Sebelum cecah setahun dia dah pandai jalan...jalan jatuh camtu...bijak...genap setahun terus boleh jalan...laju...'dapat kaki' orang tua kata....semua pelusuk rumah dia kawad...tangan mencapai tempat tinggi jangan cakap lah....memang tak boleh ada benda tepi meja...meja alat solek...wayar lekat kat dinding..siaplah!
  • Pandai merajuk dah....huahuahua...hari tu merajuk sungguh dengan abah dia sebab abah dia tutup pintu bilik lepas mandi nak solat...dia nangis...pastu abah dia dah sudah semua nak dukung dia...dia tak mau...dia wat tak tau...dia alihkan badan...muka masam!!...haha anak lahai anak...
  • Pandai pegang bola..pumping....campak...kejar...pegang..campak...pumping...hari tu nampak dengan kawan² dia kat rumah BS main kejar bola..waahhhh so sweeeeet......pandai main bola anak ummi ni ye...
  • Bila lambai² pandai dah sebut TATA sekali...also so sweeetttttt!...
  • Masih lagi pra-panjat...belum masuk level nak panjat kabinet TV....
SYUKUR ALHAMDULILLAH...

TAPI dalam pada laju berjalan (dalam rumah) tuh...bila pakaikan kasut...terus jadi patung...hahaha..lebih lagi disarungkan kasut yang bunyi bedecit tuh...adehhh....sekarang kena training keluar pakai kasut dan ajak dia berjalan pakai kasut...

DAN

belum boleh cakap nak ADIK lg.....

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Sunday 14 November 2010

terShopping..



Boleh guna ke tajuk tu..TER...hehe....padahal memang dah PLAN pun...



Plan asal dah cakap awal dengan ahbang ahad ni kene gerak pagi...kalau dah tengahari apetah lagi petang...kompem ramai umat...dah lah baru gaj+persiapan raya..bersesak lagi kan...memang kena awal lah..tapi malam tadi si tecit merengek dah patplohpat kali...ohoo gempak je tu...dia merengek lebih daripada biasa...selsema tapi tak demam...jadi macam kesian..terus kensel la nak pergi JALAN TAR!! korang bayangkan je la sana cemana...dengan orang kat SOGO nya lagik..hikss...ada pensan kejung nanti...



Fikir punya fikir...NILAI 3 sudah....lama tak pergi..biasalah masa yang terbatas cam family ahkak ni kan...kebetulan abang ahkak pun ada sekali..menziarah..eceh takde lah dia kan dah dok KL...kerja KL...solo lagi lak tu...mana lagi nak melepak kalau tak rumah ahkak...tengok si tecit kan...semua orang mesti akan rindu sama si tecit..hehehe...



Cuaca pun sangat good! memang risau je panas leting...si tecit ni la kesian...tapi cuaca dah redup gitu walaupun baru pukul 2 petang...sampai sana pun redup..bagus untuk mengukur dari kedai ke kedai..haha...



Biasa lah dari rumah listnya cuma telekung..kain ela..tapi dah sampai sana....


Takde dalam list! akakaka......

Yang lain dalam plan...amiinnn....2 helai telekung & 3 kain ela....peh...cecah rat la gak...amiinnn...hahaha....kali ni memang cam terlebih sikit...tu pun untuk ahkak sehelai je yang kualiti ok sikit sebab kalau ikutkan kain ela ahkak nak buat pergi kerja selalu 3 helai = harga fix..hehehe....ye lah setakat nak tukar pergi kerja ahkak bukan kisah sangat...bukan kaki melaram...kalau jenis kain panas pun apa ada hal...bukan nak bersawah atau menoreh getah pun kan (wohooooo...jom balik kampung toreh getah beb...sebulan boleh dapat RM3k!!)....kan kan kan...hehe....ok..barang lain tu hantar kampung je...ngeh2...


Bertuah kan...layan tido dia...hihihi



Wednesday 10 November 2010

Semua X!


Haih merudum je nak update blog kekadang...put the picture (ha kan dh terskiping) tapi nan ado...

Takpelah boleh diterima nak blok FB tu....bukan melayan sangat pun...at least pukul 1-2 petang boleh jengah sekejap...

Ni gambar dalam Blogspot pun tak nampak!! X sesado!! adoiyai...kut ye pun nak save bandwith...apa tak ko blok je semua domain...kan adil...dan saksama....adeh....

Sengsara beb!!...kat rumah terhad betul nak mereka ayat kat blog ni...ada tu terlepas gak 1 entry....sementelah si bujang tu dah pandai berkawad satu rumah...kalau senyap tu ada la dibuatnya...pastinya terlarang!!

Tuesday 9 November 2010

Baby Gate



Kan hari tu kata nak cari baby gate kan....dah pergi cari...harga boleh tahan...1 rat lebih owhhh...pastu tengok besi palang² ni...hemmmm....terfikir la pulak...dah la budak tengah melasak...melalak..pastu head banging lagi....si tecit ni leh tahan amukan dia....semua nak dihantuk kat kepala dia..kadang terhantuk dengan dia..bukan dia yang menjerit sakit...tapi KITA!!...adoi..keras sungguh kepala dia...(overdos minum susu kah?)

Rupa lebih kurang macam ni...ni pun dah RM132...

gambar mudah.com

gambar Babyjaya

Yang ni RM229...perghh!!


Eh...ada orang jual 2nd tak?


Sunday 7 November 2010

7E...



Today is 7E!!!..



baru perasan....ahkak ingat 7hb sebab last day sales at MANJAKU...haiya tah apa je tinggal tuh...orang lain mesti dah rembat yang best2 kan...eh tau tak MANJAKU tu apa...kedai baby/child terbesar...murah sikit harga daripada kat shopping complex atau kedai runcit!...lagi ni ha ada sale....sekurang2nya lepas bab susu+pampes....gadget lain tu kira ada duit lebih boleh rembat....



..tapi rasa cam nk beli gate lah..tau rumah ahkak takde tangga...kalau untuk tangga mesti lagi besar kan gatenya..ini untuk pisahkan ruang depan dengan dapur...si tecit tu suka nau masuk dapur...bukak kabinet...gegar2 rak pinggan...men tapawe dah memang hobi...kang tengok2 bawah dapur...atas ada minyak lepas masak..ko bayangkannnnnnn???!



alamak...dah bangun plak si tecit...daaaa...




Cuti-cuti di...



...rumah!...kelasss kan...orang lain beraya sakan cuti 3 hari ni...ahkak dan si tecit cuti-cuti dirumah je lah...ahbang pulun kerja...


yang single pulun dating sampai lebam...ada pergi holiday...pergi jemputan kahwin...macam-macam ado...berbahagialah kamu...eh ahkak pun bahagia gak dok umah...

...memain ngan anak...tengok keletah anak yang ikutkan seminggu 2 hari je dapat perhatian...ni cuti 3 hari kira rahmat lah kan...masa ni lah nak explore macamana perkembangan anak setakat ni...selalu dengan BS & kawan-kawan sejagaan BS kan...tak tahulah apa cerita...

...menjengok setiap isi rumah supaya jadi clean and clear ok...yelah selalu dok jeling je keadaan rumah..haha


...dan masa ni lah nak update apa2 aja yang berkaitan niaga ahkak...takpe mungkin korang tengok macam tak happening je webpage jualan ahkak...hiks....kene percaya...kalau kita ikhlas dan sabar dan tak tamak dan tak menipu (berapa banyak DAN daa)..Insya'Allah rezeki tu ada...orang kata...REZEKI BELAKANG TABIR...alhamdulillah...

para ibu ni kalau cuti dia leh bertukar menjadi SUPERWOMAN yer....sepantas kilat semua nak disetelkan...tuh ahkak lah..tatau lah orang len...lagi2 kalau yang ada maid...tak tahulah cara cemana...



eh jap lagi nak jenjalan...sekitar ni je...jadi la kan...so, tinggal 2 hari je lah dok rumah...hari ke-3 dah berjalan hehehe...gila kau takkan nk kerja je sampai lupa anakbini...moh bershopping!!!

tapi sebelum tu kene goreng mihun dulu ni wat alas perut...kalau nak berjalan perut tak isi ada orang leh bertukarrrrr menjadi resaksa gorgon haha....tengah pikir lah mihun kaler merah ke putih...lalalala.....daaaaa!!



Thursday 4 November 2010

Arghh...



Adoi...tension!....bukak webpage semua takde gambar!!....dari semalam camni...hishhhhh....tau la esok pesta cahaya....



Kalau camni..kompem ahkak half-day...balik lah wat MARUKU lagi bagus...besok raya!!!

Tuesday 2 November 2010

Rock!



ROCK beb!!...ROCK!!



gambar ikhsan Google..

Nampak gamba pakcik Amy ni konfem la pasal rock kan....alah gambar tu takda kena mengena dengan entry pun ha....taklah bukan tengok konsert rock pun ritu...nak kabo...opismet tego sore wa serak2 payau...ha ha ha...tapi wa rasa bukan cam seraklah..tapi SENGAU!...yapedaaa!!...wa tak berani makan ubat selsema la...sebab amat mengantuk...laki wa dah la kerja malam...kalau wa pensan siapa nak tengokkan si tecit tu...dah lah kemain lagi merayau satu rumah...memang dah biasa dah jaga si tecit secara berseorangan dari dia kecit lagi....sangat seronok! sebab baru kita tau cemana mak pak kita jaga kita dulu susah payah senangnya....jadi adat la tu kan pasangan kerja shift...



Pulak...malam tadi baru nak sedap² lena berekon...BLACKOUT pulakkk...tensen wa!!...wa tak kisah diri sendiri...tapi itu budak tecit...panas sehal...nyamuk sehal..nasib sebelom tido malam tadi wa buh kelambu kat playpen....eh jarang nau dia nak berkelambu...tapi malam tadi tergerak hati....jadi dalam kegelapan lampu lilin wa dok mengipas² si tecit dan diri sendiri...ohhhhhh tetiba rasa tak rock! wakaka...nasib baik la si tecit tak meragam melalak okeh...cuma dia resah gelisah je...sebab panas kan...dok dengar dia gerak kiri kanan...



Pagi dengan kengatukan+sengau...memang pergi kerja lambat la...laki wa balik dari shift malam...offer nak hantar sampai ofis...tengok wa pun dah lalok semacam...tapi tu la mende nak jadi....kat federal laki wa ciom montot kete depan...adei sah la tu ngantok...wa pun bukan sedar...wa pon ngantok...ternganga wa bantai tidoooo!!...nasib lah kete tin milo...sama-sama tin milo...tu yo yang mampu sekarang ni...kete tin milo..ahaks!!! setel tepi je takde la teruk sangat tapi kopak gak la dalam 4 rat lebih....wa laki bini redha je lah...bak kata laki wa...ada la tu mana-mana RM bukan hak kita dah terbayar dah sebab ni...mende dah jadi...fikir positip je lah...



Yeeyeearrrghhhhhh!!!!

Monday 1 November 2010

Tidak sihat



Semalam lagi hidung ni dah macam air terjun...tapi tahan je...nasib juga tak seiring sejalan dengan demam...malam tadi dah kritikal terus telan ubat selsema ahbang...terus terlentok...kering hidung...bangun pagi ni macam nak MC...tapi selsema dah kering...demam pun jauh sekali...selsema ni selalu kan pening..sakit kepala kan...



Sikit lagi nak pergi kerja masuk tengahari...tapi hati dah NO!NO!...haha...ahbang pun cakap pergi je klinik dapat tak dapat MC belakang cerita...hak hak! TERBAIKLAH...mengadap doktor cerita yang betul dah makan ubat selsema *tak bek nipu....dokto cek tekak+dahi+tekanan darah semua...ha hamek...ubat demam+selsema+sakit tekak+batuk+antibiotik!...tidak dilupa adalah bapak MC...lalalala



Ni dah telan ubat selsema...ada kejap lagi rasa cam kayangan...angkasalepas...kutub dalam igloooooo....zzzzZZZZzzzzzzZZZZZ





-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...