Wednesday, 31 October 2012

#27 : Solat

Assalamualaikum....


Skodeng dari tingkat atas surau perempuan :)

Macam tulah...
datang angin elok memang ikut...
datang tak elok..
memang melompat la disitu..
tapi setakat ni kalau dengan abah dia..
memang mengikut...
kalau datang angin tak elok pun...
dia baring atau main² sebelah abah dia..
tak berani jauh²...
mungkin setiap ceruk penjuru masjid/surau tak sama kan...
takut agaknya nak jauh daripada abah dia...

Harapan semua parents kan...
supaya anaknya berjaya dunia dan akhirat...
Insya'Allah....


Tuesday, 30 October 2012

Sambutan Ulangtahun dia...

Assalamualaikum....

Sebenarnya plan asal..
Nyayi suruh tempah kek..
dia nak beli kat kedai tak yakin..
maklumlah kedai yang dekat banyak kedai Cina...
saja wat makan² ahli keluarga...

Beberapa hari lepas tu Nyanyi telefon...
"mak nak panggil budak² nanti...siapa yang ada je lah..wat bising² bagi meriah..bagi Muaz seronok lagipun dah besar dah tahu dah...panggil cucu Mak Odah...cucu Mak Salmi...cucu Mak Jijot...bla bla bla..."
masa tu seminggu lagi nak Aidil Adha...
dalam kepala ni dah macam² terfikir nak panggil budak², mak² mesti ada sekali...
kena buat menu utama, side dishes takan nak makan kek je...
sebenarnya kek pun tak cari lagi masa tu sebab lupa...
lepas tu cuak sebab nak raya kan, ada ke orang nak buat?????!!!
terima kasih pakcik google yang banyak berjasa...
emel 4 orang bakers kat JB...
3 orang tolak sebab nak balik kampung beraya...
Alhamdulillah mujur ada seorang baker kat Pasir Gudang....
hasilnya....

Anna Sweet Bakery, Pasir Gudang, Johor
Mulanya minta edible image cake...
tapi disebabkan dah suntuk takut tak terprint gambo kan...
dok lalu-lalang tengok blognya nampak kek nombor..
harga pun lebih kurang maka tukar nak kek nombor 3...
mintak kek span vanilla, buttercream dan LUKIS kereta...
ahkak ni kalau kata lukis tu...
memang terbayang lukis guna icing/buttercream je...
tapi hasilnya FONDANT!!

TANJAT gegiirl!!
siap kereta 3 biji ala² sebijik kartun CARS!!
sebab masa request tu kak Anna kata kereta tu kecik je boleh buat dan saiz kek pun dalam 14 inchi..
ahkak dah tak kisah dah apa jadi pun kat kek tu sebab dah suntuk asal ada je kan hehehe....
lagipun harganya bawah RM100 dan lebih sikit daripada harga kek Secret Receipt...
sooooo why not!!
cuma kek spannya manis juga..
lepas tu fondant dan buttercream pun manis...
maka semuanya pun MANIS leting!!...

Apapun tak sangka hasilnya begini...
sayang kak Anna :)
dan sebenarnya tercapai juga hajat ahkak sendiri...
dah berkenan kek nombor daripada tahun lepas...
tapi sendiri tak daya la nak buatnya....
bagi je pada pakar...ahaks!!!

Selain tu....
TQ muah muah ahbang amik tender tiup belon 40 bijon!!
errr sebenarnya kabolarasi dengan abang ahkak juga...
dalam pada masa yang sama...banyak jugalah yang meletop!
Goodies plak...
cuma amik jajan² daripada kedai sendiri hahaha...
2 jajan keropok dan jelly...
untuk mak² bagi mug air paten english style yang memang ada terkumpul hasil doorgift orang kahwin...
daripada tak buat apa...
kita bagi kat orang pulak kan...
Kakak ahkak kata cam jual pisang goreng je...cisss!!
Sebahagian tetamu...

Nampak tak cerahnya kat pintu tu...
Selatan panas garing kering uuuuuuols!!
Menu Mihun Singapore, Mee Goreng Pedas, Nugget, Agar², Mufin, buah tembikai merah dan honeydew..
air adalah SIRAP sejuk!!
Bebudaks
Baekkk...
masa untuk birthday boy enterframe pulak...
Woh..susahnya!! patratoskali nak amek gamba dia tengah tiup api lilin hoke...
Berlagak tau..nak potong kereta...haha..keras nak oi!!
Percubaan nak padamkan api lilin pakai tangan *_*
Motif...duduk camni...
Banyak gambar...
itu je yang larat hoke....

Maaf pada kawan² dikota....
sebab majlis ni berlaku dikampung...
majlis biasa²...
yang penting hajat orang tua...
nak tengok cucunya seronok...
sementara masih sihat...
InsyaAllah ada rezeki lain..
tahun lain...
dikota pula yer...

Nota Kaki:
* Jenuh ahkak edit semua gambo ni...dah lama tak edit gambar kan..selalu letak watermark je..kalau dah M beso tu memang tak edit #APTB

Monday, 29 October 2012

Corat-coret Aidiladha 1433H..

Assalamualaikum....

Raya di Johor tahun ini...
makanan biasa² je..
dan tak ada siapa buat korban lembu lagi..
Insya' Allah tahun depan..
Aaminnn...

Nampak lembu suka sangat beliau...
tanya dia itu apa.... "lembuuuuuuu......" :)
Maaf...
dapat ambil punggung lembu je..
orang nak snap gambo la ia gi tunjuk pungkoq plak...ishhhh!!
masa ni keluar awal daripada masjid..
bosan lama sangat agaknya...
habis doa pertama dah ajak keluar...
sebab dia dah AMINkan...
dia ingat dah habislah kan...
tau tak apa dibuat si kecik ni ikut ahkak solat raya...
minum susu dan main game HP hahaha..
adoilah...mujur tempat strategik tepi dinding..
takdelah kacau orang lain kan...
si kecik ni makan saman ikut bersolat sama dengan abahnya je..
kalau dengan orang lain memang tak la..

Yeeeeeee...anak bujang ni ikut ahkak solat kat tempat perempuan...
nak ikut pakciknya..pakciknya tak berani nak handle (bujang lagi hahaha) 
abahnya pengsan kat rumah...
sebab kitorang sampai kampung pagi raya pukul 6.30 pagi hoke..
harung jem dan eksiden sepanjang highway PLUS dan tak lupa juga tidur selelap dua...
bertolak pukul 10.30 malam dan keluar tol Bangi je dah lekat...
walawehhh....
maka bergilir la dorang ahbang dan abang ahkak (pakciknya si kecik tu)...
abang ahkak pegi solat raya dan ahbang pegi solat Jumaat....[berkaitan solat raya dan solat Jumaat]

Seperti biasa...
setiap kali balik kampung tak termasuk perayaan pun..
kami akan ke pusara arwah bapak...


Dialog terkedu...
"ini kubo Atok eh...kuo Muash mana?"
*sroottt*sroootttt*sroootttt*

Ok yang ini adalah kelahiran Aidil Adha...

Seronok kan beranak atas tilam, atas katil, celah² baju lagi ^_^
Hepi Besday MEOW!!
nak letak nama Aidil ke Adha eh?
ahahhaahhaha....




Wednesday, 24 October 2012

Hepi Besday to me..

Assalamualaikum....

Dah 4 hari lepas weh...
ahkak request Kenny Roger sebab lama bangetttttt tak makan...
maka kelazatannya berganda la...
jauh gak tu sampai ke Midvalley...
sebab?

Memang kena order nasi sebab budak kecik tu tekak Melayu...
nasi habis dulu....
3 muffin maksudnya seorang sepinggan...phewwww!!
Test guna photo editor online hehehe...cun gak...
dua orang kesayangan hamba :)
Sebab....
kan dah kata nak ke MAPEX 2012 kan...

Bila nak tawaf tempat besar macam ni memang kitorang sorong stroller...
kuasa nak melayan bila dia dah mula penat dan mengantuk seterusnya tantrum!!
Jadi pilihan tepat...
duduk dalam tu dan layanlah toy baru tu yer..
senang sikit makpak nak tanya banyak² pasal rumah...
kalau tak memang tak tenang...
lari sana, lari sini....
ajak cari belon...
pulak tu yang ada belon semua tempat agen credit card...
wwooihhh bahaya...
takkan semata nak belon nak suh makpak apply credit card kot...
adehhh...


Biasalah properties giant company yang ada...
maka harga pun giant gak ahhhh...
fitam tengok harga...
kalau ada pun dalam bajet tu kat Nilai dan Senawang..
oiihhhh kena jadi orang nogori plak ke ni...
huhuhu....

Takpelah...
usaha lagi....


#26 : Bawa kereta

Assalamualaikum....


video

Main natang ni RM5 sepuluh minit tawww!!!
itupun nak sambung main motor...
sorry ye nak...
motor dah ada kat rumah....
main lah kat rumah tu sampai lobam yooo....


Tuesday, 23 October 2012

Phewww lagi...

Assalamualaikum....

Ada tab tapi malas nak update...
tahu je lah guna touch screen berlari² jari nak kejar yop kejo...
lagipun gambar semua transfer kat PC...
nih kat ofis org IT tengah maintenance...
tu kejap boleh kejap tak...

blog tak boleh...
sistem nak apply cuti pun tak boleh...
(habislah siapa tak apply cuti raya lagi consider EL la toooookkk)
online banking pun semput....
YM emel pun kaput...

Maka...
mood dah merudum nak update...
tahu?

Ada ngeteh kat cafe je kang ni!!


Monday, 22 October 2012

Pheww...

Assalamualaikum....

Daripada pagi semua blog tak boleh bukak...
ini baru boleh bernafas...
hisssshhh...

Sabo sabo...

Banyak mende nak share sepanjang weekend..
nanti je update lain k...

Friday, 19 October 2012

Mapex 2012

Assalamualaikum....

Peluang keemasan untuk kami menjenguk info....


Esok..
harap orang kurang ramai sebab dah tengah bulan...
kecuali yang betul² bertumpu ke exhibition ni lah kan...
petang ni kitorang ada aktiviti baling bola boling kat sana....
Cosmic Bowl tu kira tutup untuk public la kot..
kitorang dah sapu bersih semua lane...
ahaks!!

Nampaknya...
minggu ni muka Midvalley je lah...hahahahaha...


Tambang Komuter diskaun separuh harga...

Assalamualaikum....

Dah 2 hari komuter alami masalah...
delayed setengah jam sekali (mungkin lama)...
ada masalah teknikal..
tergelincir katanya...
ataupun teknikal lain...

Dan kebetulan juga...
diumumkan...


dah termaktub dalam bajet 2013...
KTMB Commercial executive vice president Sarbini Tijan said the offer was in line with the announcement made by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when tabling Budget 2013 and reflected KTMB's support of the Government's effort to reduce the burden of the people. Sumber
Bila dah 2 hari ada masalah ni..
dah nampak paten bila tambang dah murah nanti..
orang semakin ramai dan ramai...
tren 6 koc dah pasti penuh semula....
tiada lagi dapat tidur ternganga lena...
tiada lagi hembusan pendingin hawa...
tiada lagi etika dan sivik sebab masing² berebut tempat duduk...

Inilah harga diskaun yang patut dibayar....
'gula-gula' semakin manis ^_^

Harap permohonan dan pemilihan untuk mereka yang berpendapatan tiga ribu dan kebawah telus, suci dan murni :)



Thursday, 18 October 2012

Ana Montessori 2013

Assalamualaikum....

Kebetulan...
Ana Montessori ni paling berdekatan...
jalan keluar masuk rumah memang lalu sini..
balik klinik Isnin lepas terus je ke sana...
curi masa sikit :)

Ana Montessori terletak di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Selangor

1) Jarak/Masa
- seperti yang dikatakan...sangatlah dekat dengan rumah :) boleh jalan kaki je....

2) Waktu sekolah
- kelas mula 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari...kalau yang fullday, petang tu buat aktivitilah...
- sekolah buka pukul 7 pagi, kalau sebelum pukul 8 pagi boleh nak mandikan budak² sebab dia tahu kebanyakan parents ramai kerja jauh (termasuk ahkak leteww :p)

3) Silibus/Material/Aktiviti lain
- ada web Ana Montessori (tapi tak update) boleh rujuk sini dan sini...
- kaedah Montessori berlainan dengan kaedah pembelajaran biasa yang menekankan aspek belajar, belajar dan belajar...ia lebih kepada kemahiran hidup... 
- cikgu kata kat sini tak boleh manja² sebab semua kena buat sendiri macam pakai baju, seluar (mana yang pakai diaper lagi dorang pakaikan, toilet train boleh ajar tapi masa cuti sekolah je), kemas beg...yang kecik mandi dipantaulah...yang besar umur 6 tahun tu mandi sendiri...dan macam² lagi cikgu terangkan :)
- silibus ada belajar doa harian, fardhu ain, belajar counting, sing a song, speaking, using material technic etc....
- aktiviti tu playground,  praying...tengok TV...sesuaikan dengan peringkat umurlah....
- ada aktiviti swimming dan marital art...tapi martial art kurang sambutan lebih kepada swimming...
*sebahagian je yang ingat apa cikgu terangkan :p

4) Yuran/Kos tambahan lain
ada caj tambahan selepas pukul 6 petang iaitu satu jam RM4.
- sila buat kira² sendiri eh lepas tu tanya kocek masing² :)


5) Melawat tempat
- cikgu adalah peramah (biasalah tetamu kan mestilah ramah tamah)...dijemput masuk ke dalam tengok keadaan...mari melawat kawasan....ke bilik² tidur, ke bilik gym, ke bilik air sehinggalah ke dapur tempat penyediaan makanan....ok bersih...diperkenalkan dengan cikgu² dan penjaga lain....juga owner...perempuan melayu dan bertudung...OH MY..ahkak ingatkan owner non-muslim..mungkin branch kat sini pelopornya melayu...tempat lain mungkin cina dan sebagainya...
- disebabkan tempatnya adalah perumahan tanah lot maka adalah ruang tepi dan depan rumah untuk bermain cuma risau pagar tu jarang locked...ada tak agaknya budak gatal pi bukak eh? huhu

Ok...
nanti kami recce tempat lain pulak eh...


Culik R&R Simpang Renggam

Assalamualaikum....

Daripada emel :

Subject: KEJADIAN CULIK DI R&R SIMPANG RENGGAM PADA 05/10/2012

Sekadar coretan pengalaman daripada seseorang yang ingin dikongsi
 
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
 
Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru² ini. Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak 
akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru. 
  
Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan. 
  
Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur.


Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika. 
  
Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku…… 
  
Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu. 
  
Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.

Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak. 
  
Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu. 
  
Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi. 
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya. 
  
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :

         i.            Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
       ii.            Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
      iii.            Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
     iv.            Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunciserta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
       v.            Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Untuk digunakan jika berlaku kecemasan
     vi.            Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
    vii.            Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – untuk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
  viii.            Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
     ix.            Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)

       x.            Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din) 
  
Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan…. 

Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam) 

Wednesday, 17 October 2012

Taski/Taska/Tadika/Pra-Sekolah 2013 : Panduan

Assalamualaikum....

Bermula..
pencarian sekolah untuk budak kecik yang baru sambut birthday 3 tahun semalam...
ini bermakna kalau ikut tahun...
tahun depan sudah empat tahun lah!!
kalau ikut bulan memang tak masuk empat tahun lagi kan...

Errrmm....
rasa awal lagi ke?
sebab utama sekarang adalah si kecik ni duduk rumah pengasuh...
jadi environtment tak memberangsangkan selain untuk berkawan, bergaduh, bermain bersama...
selain tu tidur, makan dan minum hehehe....
dengan anak² pengasuh lagi pelbagai perangai...
yang dah besar sikit tu bolehlah diharap..
yang agak umur 7 tahun dan bongsu lagi..
memang susah nak dikawal perilaku...
sedangkan ahkak tegur pun dia double melawan...
apetah lagi mak paknya langsung tak makan saman...
rasa nak menampor je ahaks!!

Bila anak dah pandai berfikir dan mula mengikut ni...
ahkak rasa dah sampai masa dia bergaul dengan kawan² baru pulak...
environtment yang lebih membina minda...
jadi kenalah pergi sekolah...

Tapi ahkak nak carikan sekolah ni bukan semata belajar...
pagi belajar, petang belajar...
homework bertimbun...
budak kecik lagi beb!!

Sekarang kena fikirkan pelbagai faktor antaranya :-
1) Jarak/ Masa
kalau jauh kena fikir transportation lagi...
yelah sebab ahkak pun guna public transport bukan kenderaan sendiri...
kalau boleh memang nak dekat dengan rumah boleh hantar jalan kaki je sambil menikmati nyamannya waktu pagi :)
bajet masa untuk hantar dan ambil anak...
kalau terlebih masa ada kena caj kan, dah termasuk pulak dalam faktor kos...

2) Waktu sekolah
- setiap Taski/Taska/Tadika/Pra-Sekolah adalah berbeza jadi kena tengok betul² mula dan tamat sekolah...nanti ada anak tunggu depan pagar sekolah karang :p

3) Silibus/Material/Aktiviti lain
ini pun kena tahu gak cara pembelajaran cemana dengan tengok silibus..
ada tak seharian belajar je ke...
ada tak untuk beriadah..
ada tak homework sebeban...
ada tak caj tambahan lain untuk material/aktiviti luaran...
kalau rasa silibus tu padat..
memang harapanlah homework bertimbun...
yelah kalau sat lagi Math, lepas tu BI, lepas tu BM, lepas tu lagi Speaking..
maknanya tak ada silibus untuk easy and hurey²...
kalau ahkak pun pitam..
jadi bye bye je lah k...

4) Yuran/Kos tambahan lain
ini yang paling PENTING..
apa option pembayaran (ada yang bayar 2x, 3x dan lain²)
maklumlah kalau register memang makan duit jugak tu...
macam nak masuk U pulak kan...
dengan yuran bulanan...
-orang kata untuk pendidikan anak tak salah nak masukkan yang termahal....
-orang kata jangan sampai ikat perut..
-orang kata yang biasa² je sudah..
-orang kata jangan terikut² orang lain..
-orang kata jangan berlagak sangat *muahahaha
yang penting kocek sendiri ye makpak...

5) Melawat tempat
disarankan melawat kawasan sebab nak tengok keadaan dalamannya macamana...
cara pembelajaran...
berapa ramai budak dalam satu tempat dan satu masa...
tengok dapur...
tengok bilik air..
tengok bilik..
kalau ada playground jeling sikit usang ke tak playground tu hehehehhe....

6) Kecemasan
kalau anak tiba² demam/sakit macamana cara dorang...
samada terus hantar ke klinik atau bagitahu dulu dan sebagainya...

Ini je kot yang kena fikir..
kalau ada pertambahan lain sila bagitahu yer....
untuk manfaat bersama...

Esok sambung pasal pencarian Taski/Taska/Tadika/Pra-Sekolah ni yer...
nanti ahkak cerita berdasarkan faktor² kat atas...
senang nak describe...
dapat dah survey satu tempat :)


Present Birthday Boy

Assalamualaikum....

Rentetan peristiwa birthday boy semalam...
memang umminya tak beriya seperti 1 &2 tahun lepas..
buat kek sendiri...
lagipun jatuh hari bekerja kan...
Isnin pun ahkak dah MC...
larat buat puding je...
tu pun masa kacau puding mata dah nampak double triple..
cepat² habiskan terus cari bantal...

Petang semalam lepas kerja..
terjah Resepi Rahsia je lah..
beli dua potong Choc Indulgence..

Gambo google jep

bagi ke dia makan...
itupun setengah tak habis...
dulu dialah hantu kek..
sekarang?
entah macam so so je...

Hat ni present fresh from oven...
dapat je amak dia kena buli suruh pasang...
dah lah apak takde kerja malam kan...
pejam² sambil kesat hingus la pasang..
yang budak tak menyabar dah kan...
mainan monyet panjat pokok je pun sayang...
sama cam angry bird panjat tu..
kemain kamu excited yer...

TQ muah ketat² kat mak & apak angkat dan awek angkat...eh? ok lariiii hahahaa...

Hat ni present 3 hari sebelum dah dapat...
tab buatan Malaysia je..
warna hitam yer..
kalau warna putih macam dalam gambar tu..
rasanya kejap je jadi warna belacan...
harga pun mampu milik..RM230
jadi tak boleh nak harapan tinggi sangat terutama bateri...
memang cepat habis...
maka lepas ni kena cari travel charger..
kalau tak ada drama king dalam kereta pulak nanti...

Sumber mudah.com
Penting untuk tab ni...
ada WIFI (tab ni ada juga USB untuk siapa nak cucuk broadband, pada ahkak tak perlulah buat habis RM je nak subscribe pulak, download siap² sudah)
space kat tab ni 4GB (ada juga up 8GB tapi harga pun up juga maaa)
bolehlah space macam handphone boleh sumbat application banyak juga kan...
kalau tak cukup juga ada port external SD/TF Card sesiap...
processor pun boleh tahanlah...
budak² apa nak bajet sangat kalau main game kan...
janganlah bajet macam playstation tu...
mahu pitam kannn....

Bolehlah buat melayan dia...
kadang² main game budak² (huh game tembak zombie pun dia suka hoke)
kadang² main game education...
kadang² tengok Youtube kartun dia..
dan setiap malam buat teman tidur bukak Mp3 Surah Al-Quran..
sampai habis bateri!!
sekiannnnnnn...




Tuesday, 16 October 2012

3 sudah....

Assalamualaikum....

Malam tadi..
jam dinding pukul 10 malam...
merayu² si anak nak gula²...
meleleh punya rayuan....
sebelum tu...
"satu je tau..janji...last...lepas ni gosok gigi, pastu tidur tau"
sudah berjanji *faham ke pasal janji?
siap angguk laju²..
senyum meleret tu yang tak tahan....
bila tak dapat kali kedua...
melalak tak hengat punyerrr...

Memang bukan seperti hari/malam yang lain...

Rupanya bila dikenangkan semula..
masa mata terkebil nak layan tidur...
patutlah!!!!!!


Bukannya tak ingat langsung...
masa petang tu dah kacau² dia dah..
cakap esok birthday apalah semua...
cuma bila dah tantrum macam tu..
sabar je lah apapun tak ingat...

Pagi tadi baru kitorang kacau dia semula...
pekik la lapanratos kali pun wish..
bukan dia faham pun...
lainlah kalau depan biji mata ada kek!
ahaks...

Selamat Hari Lahir sayang...
besar dah kamu...
3 tahun..
semakin manja...super manja...
Ummi dan Abah mendoakan kamu menjadi anak yang SOLEH, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani masalah kehidupan nanti...
Aamiin YaRabb....

Hadiah birthday dah beli 3 hari sebelum....
dah guna dah pun...
ahak hak hak!!


Friday, 12 October 2012

Kecik-kecik dah kahwin.....

Assalamualaikum....

Hujan ni...
sejuk...
macam best lak cite kawen² kan :p

Ehem...
mudanyaaa ko dik dah kawen!!!
katanya dengan cikgu...
keluarga kenal...
eh korang baca la sendiri eh....


Mengikut sumber daripada SINI....
peningkatan sebanyak 35% perkahwinan bawah umur di Malaysia....
dan ini adalah satistiknya...


Yang bujang 30an semakin ramai...
sekarang pulak taste pucuk muda...
kesannya?
semua memang ada pro dan kontra...
pada ahkak banyak kepada kontra...
kahwin bukan semata kahwin..
tapi TANGGUNGJAWAB sebagai isteri...
belajar pulak lagi...
muda pulak tu...
takut selepas tu akan bertambah kes² perceraian..
sebab rasa belum puas remaja...
lari daripada tanggungjawab dan sebagainya....

Pada segi agama...
memanglah elok dan tersangat elok kan..
daripada terusan membuat maksiat...

Itulah pro & kontranya :)

Ahkak rasa macam zaman dah berputar ke zaman makpak kita dulu²...
kahwin awal...
seksi-meksi *terbayang belahan Nabila Huda
kan?


Thursday, 11 October 2012

Kias MALAM JUMAAT...

Assalamualaikum....

Sedia untuk...
gelak-geguling....
macam ikon tu yer....


Ahaksssss!!

Jadi tak payahlah momokkan anak dengan HANTU lagi...
zaman sekarang tak relevan lagi....

Malah HANTU perlu dibunuh pada malam Jumaat!

Ha Ha Ha!!



UPDATE: TnG & Chicken Rice Shop

Assalamualaikum....

UPDATE :
8/10-30/11/2012

Tak pasti sampai bila...
mana tahu kan terasa nak tukar selera..
mana tahu kan tiba² ada appointment kat luar...
boleh serbu The Chicken Rice Shop..

Nyum Nyum Num...



Sumber : Touch n Go

Easy RHB....

Assalamualaikum....


Tau kan lambang apa tu....
nak lagi best buh logo ni pulak...

Ha Ha Ha..
mesti ada orang gerun kan tengok sebab terfikir pasal interest...
sekarang ni merata² boothnya...
tahan dengan tak je la godaannya...
tapi kalau yang betul² buat loan tapi tahu cara untuk tambahkan..
memang berbaloi...
tapi kalau yang jenis dapat loan tapi "mengabeh boras yo"..
memang lingkup la..
tanggunglah hutang tu camtuuu gakk...
eh apa ahkak bebel ni kan :p
sebenarnya nak cerita semalam je...

Kawan ahkak ajak untuk teman dia...
dia tak confident kalau sorang...
takut ada yang terlepas nak tanya...
yelah berdua kan lebih baik :)
sekurang²nya ahkak pun tahu serba sedikit prosedur dan sebagainya...
jangan dengar mulut orang je begitu begini kan...

Salah satunya yang baru tahu...
booth EasyRHB tu boleh semak penyata KWSP...
ahaksss!!
nampak sangat kan tak tahu..
padahal dah berjuta kali lalu lalang depan booth tu...


Iyolah maksdnya bukan settled semua sampai dapat duit dalam 10 minit...
itu untuk semak amaun nak pinjam tu approve/decline...
tapi kalau approve memang tak sampai sejam pun dapat :p

Ok² kita terus zoom pasal prosedur...
(tapi tak tepatlah ye sebab ahkak ni tukang teman je tak cocentrate sangat)

1. Memula semak penyata KWSP

2. Lepas tu dorang akan tanya :-
- berapa amaun nak pinjam
- berapa tahun nak pinjam
- kerja mana
- pinjaman lain seperti rumah dan kereta
- pinjaman peribadi lain
- ada card credit tak
- ada.... apa lagi eh? 
hehehehe......

3. Lepas tu baru dorang isi maklumat dan hantar ke sistem samada approve/decline....cara dorang isi maklumat, borang la senang cerita macam kita ni dah betul² nak je...cuak gak masa tu hehehe....tapi itu untuk semakan ke sistem dorang je...kalau dah betul² baru dorang buat lain...

4. Yang penting...seboleh²nya dorang nak kita pinjam banyak hehehehehe....lepas tu bergabung dengan ASB...
Contoh: Nak pinjam 5k, dorang sarankan 8k sebab 5k yang kita dapat (tapi ada nanti tolak insuran dan duty stamp) dan lagi 3k tu masuk ASB...hehehee

Disebabkan ahkak dah tazkirah kawan ni pasal ASB, ahkak tolong backup dia cakap TAK MAHU ASB  boleh? maknanya pinjam 8K takde ASB :)....boleh aja katanya....tapi muka dia macam frust :p

Kawan ahkak tu bukan nak pinjam banyak pun, tak sampai 8k pun...disebabkan dia rekod bersih, first time pulak tu nak buat loan...senang aje keja...hehehehe...

5. Bila dah setuju baru dorang isi borang semula yang betul berserta borang insuran dan dapat kad untuk cucuk duit. Kad tu untuk tujuan masuk duit pinjaman je.  Lepas tu boleh tutup akaun.  Nak bayar nanti ada nombor akaun disertakan.

Itu ajelah kot yang ingat...

Eh teringat pulak sesuatu...
masa result nak tahu approve/decline tu..
dalam skrin akan keluar nama semua orang yang semak samada dapat ke tak untuk hari tu...
dan kebanyakannya DECLINE!!
jadi tak semua orang nak meminjam dapat...
jangan ingat Easy sangat nak buat pinjaman...
mesti ada juga syarat²nya kan...

Ok itu je....

Pilihan untuk sektor swasta membuat pinjaman...
siapa gomen diam² eh...
tapi ramai juga gomen yang amik juga kan :p
terutamanya yang nak beli PB...
aauww...
*larikkkkkkkkkkkkkk!




Wednesday, 10 October 2012

RINDU yang tak bertepi...

Assalamualaikum....

Setiap tahun...
pasti ada dua entri...
Mei adalah kehilangan...
Oktober adalah kelahiran..
10 Oktober...
hanya tinggal kenangan...
abadi selamanya...

Harapnya...
sambil baca entri ni..
bacakan sekali Fatihah untuk arwah...

Al-Fatihah...
untuk..
Allahyarham Haji Mohd Sidik Bin Haji Rafiee


dan sebaik² doa adalah doa anak² yang SOLEH..
Aamiin...

Sesungguhnya.....
aku...

...rindu yang tak bertepi....


~KENANGAN~

2009 -- bulan September hanya 4 entri..saat aku menunggu kelahiran putera pertama...
2011 -- Setahun...
2011 -- Tiada lagi ucapan...
2012 -- 2 tahun...

Tuesday, 9 October 2012

Bandar Akademia, Semenyih??

Assalamualaikum....

Tak plan pun..
jumpa booth kat Warta Bangi malam weekend tu...
esoknya ahbang ajak tengok tempat...
kami ingatkan atas sikit dari Taman Pelangi Semenyih 2..
atau Bandar Kesuma...
sekaliiiiii...
atas lagi nuh kat Beranang...
masuk celah² kampung...
Ya Rabbi...
sampai ke Lenggeng Nogori Sembilan..
hamek kau!!
sebenarnya sempadan Selangor-Negeri Sembilan...
sebanrnya jalan kitorang lalu tu jalan lain..
ada jalan potong dari Semenyih..
tapi itulah tempatnya tetap sama juga...
merasalah jalan² dalam estet...
jalan kampung...

Mana tak terbeliak mata..
kalau dikatakan RUMAH/LOT BANGLO 3-4 bilik harga bawah RM300k..
dengan keluasan tepi, depan dan belakang yang bertanah...
siapa tak mahu kan?

Tengok gambar google je lah eh...

Type Alamanda
Tahu tak...
Alamanda ni jenis Single Storey...
dan memang betul Single sebab ada SATU BILIK je tau...
dan 1 bilik air...
kellassss kan...
tapi memang nampak keciklah...
kalau kat bandar orang bujang kongsi dalam satu rumah..
yang ini boleh seorang duduk serumah uols!

Yang lain² tu biasalah...
rumah 3 bilik dan 4 bilik...
apartment pun tengah proposed...
cuma pada ahkak yang unik tu la..
ada gak buat rumah SATU BILIK sebijik sejibon gitu!
he he he...

Tempat belum membangun...
BELUM ye...
boleh dikatakan jin bertendang, bertekak, bertempik pun ye :p
sunyi sepi...
nampak lot tanah je banyak...
rumah siap sebuah²...
kalau ikut plan perumahan...
macam bandar terancang..
akan ada sekolah, masjid dan macam² lagi lah...
tapi tak tahu lah membangun BERAPA tahun lagi...
mungkin nanti maju 10-20 tahun lagi...
kalau beli untuk pencen oklah kot...
he he he....

Bagi kitorang...
macam rejek lah tempat ni..
jauh tuh dah lain cerita..
memang jauh pun..
kalau kerja Putrajya, Bangi...
Semenyih tu lagi la gigih nak rumah sini...
walaupun tahu akan datang ada value...
tapi kalau beli tak duduk...
siapa nak duduk (sah² JIN duduk :p)
student pun jauh...
takan sewa kat orang asli kot..
hue hue hue...
sebab bajet kitorang..
beli rumah untuk duduk sekarang..
dan rumah sekarang adalah untuk disewakan...
:)



Mana?

Assalamualaikum....


Mana mood ni..
daripada semalam lagi..
melayang²..
terbang...
terbit entri pun..
sebab gagahkan juga...
teringatkan keletah si kecik tu...
dah lama..
bukan keletah baru² ni pun...
kalau tak blog berhabuk lagi..

Haihhhh...
mood oh mood!!

Monday, 8 October 2012

#25 : Order sendiri

Assalamualaikum....

Situasi kalau makan di kedai....
saja je tanya sambil selak menu...
main² tanya sedangkan kami dah tahu apa yang dia nak...

"Muadz nak makan apa eh?"

dengan yakin dia order sendiri dengan orang tulis order tu...

"Nashik puteh dengan sop"
"Ayer milo satuuuuuuu"

Aaaaaaa....mujur lah itu je menunya...
kalau mintak western ke boleh pengsan kitorang...
ahaks!!

Sebab tu sekarang kalau makan kat luar..
kena utamakan menu dia dulu...
nanti ikut tekak kita...
dia tak makan...
bila tak makan..
mulalah nak turun..
lari sana-sini...
pitam disitu nanti...

Kalau KFC...
dia hanya makan mashed potato, roti, wedges, air...
ayam goreng dia tak makan hoke!!
*rugi tak? :p
tapi ahkak masukkan sikit ayam kecik² dalam roti dan cicah mashed potato...
maka takde lah rasa sangat...

Serius..
budak tu taknak AYAM...
tapi sate ayam makan pulop!!

Kalau MC D...
Filllet Fish je lah yang dia makan...
o_0

Picky eater kah beliau??
sedangkan masa bagi solid food....
apapun telan jek!!


Friday, 5 October 2012

Pra-Sekolah...

Assalamualaikum....

Bagus juga ada 5S kat ofis ni...
selain boleh sort kertas yang selama ni boleh dinamakan sampah...
ada je terjumpa benda yang selama ni...
kita ingat hilang...
kita ingat dah buang...
kita tak ingat langsung kat mana....
kan kan kan???

Tengok apa ahkak jumpa :)

Rasanya lama dah beli buku ni...sebagai wadah membaca dalam tren...
tapi tak habis baca pun...dah nama pun bertapa dalam drawer kan...
RM5 je!
Sekarang ni selain recce rumah...
kena juga recce part ni...
Pre-School omputeh kata..
bila anak semakin membesar..
ini yang kena fikir pulop...
SEKOLAH!

Macam² kan pra-sekolah swasta sekarang ni..
tinggal sedia duit je...
yang mahal, yang murah...
sambil tepuk² poket makpak dan selidik belanjawan sekali :)
"tepuk dada, tanya poket dan jangan lupa tanya iman"
kalau tanya selera/nafsu...
confirm taknak kalah dengan biras/ipar/jiran/ofismet...
yang hantar ke sekolah ternama kan :p

Errkk yelah..
kena fikir sekolah swasta...
kalau umur 3-5 tahun..
mana ada taska KEMAS kan...
jangan kata ahkak jobo lak..
cerita pasal sekolah swasta je :p

Emmm....
tengah fikir ni..
rasanya kene amik cuti sehari untuk recce segala jenis pra-sekolah..
yelah kalau hari bekerja..
atau hujung minggu...
sekolah pun tutup kannnn....

Apapun tempat yang mahal bukan menjamin kejayaan...
dan sebaliknya....
sekarang yuran untuk pra-sekolah pun dah beribu..
macam nak masuk U!

Tiba² rasa mahu tersenyum...
nampaknya saving insuran untuk kesihatan dan pendidikan...
dah boleh digunakan untuk pra-sekolah ni...
yihuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

"Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...


Thursday, 4 October 2012

Oktober datang lagi..

Assalamualaikum....

Lama dah tak cerita pasal Rumah Impian tu kan...
tergendala sebentar...
penat pun ya...
kena fikir postif..
kalau dah memang rezeki...
kita menolak pun..
rezeki tetap datang mari...
cuma usaha kena ada...
itu je...

Bulan Oktober dah...
tak lama lagi my boy is 3..
ahkak is sweet seventeen..
*pejam celik lapanplohkali*

Sambung nanti...



Wednesday, 3 October 2012

Ops Pembersihan....

Assalamualaikum....


Korang kira ada berapa kulit diari...
maknanya lebih kuranglah ahkak berkhidmat kat company ni...
tapi ada juga diari yang takde benonya...
dan tak termasuk zaman yang bermula dengan kontrak...
mana dapat diari maaa... :p

Kulit diari je ni..
dalam² dah bukak...
sort la mana patut...
agak² nota lama yang dah bertukar bos...
bertukar job...
tak payah la simpan lagi...

Dan sebenarnya baru ahkak sedar...
selama ni banyak simpan SAMPAH!
har har har.....

Fuh..
penuh habuk...
drawer baru....
kertas² sampah lama...
gatal² dah muka...
badan dan semua...
HABUK uols!!



Monday, 1 October 2012

Training mengantuk...

Assalamualaikum....

MENGANTUK!
itu yang berlaku sekarang ni dalam bilik training...
sebab?

Masuk training ibarat bidan terjun..
eh bukan kot..
sebab tak ada gantikan orang pun...
sukarela sebenarnya...
cuma scope training yang...
bosan sebab bukan dalam scope kerja..
pergi sebab nak cukupkan training hour..
ha ha ha..

Maka...
mengantuk!!

Dah la 2 hari...
peeehhhhh...

Ok daaaa...



-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...