Monday, 21 April 2008

Kenapa...CINTA...

*Untuk mereka yang rasa sakit bila mencintai & dicintai...setiap yg berlaku ada hikmahnya...moga Allah berikan kalian petunjuk....

....aku tujukan buat Nana...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah ...

~ supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

~ supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

~ supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

~ supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

~ supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

~ supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

~ supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

~ supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

~ supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...