Showing posts with label Bisikan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Bisikan Rohani. Show all posts

Thursday, 20 March 2014

"Tenang dalam Ujian"

Assalamualaikum....


Antara point²nya...
  • Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian secara KEBETULAN, semua telah ditentukan jalan oleh Nya.   Selama ni syok sangat kita dengan perkataan KEBETULAN ni, jadi lepas ni dah boleh buang daripada mulut kita sebagai umat Islam yang percaya dengan Qada' & Qadar dariNya...hidup dalam realiti gitu....
  • Allah berbicara dengan kita melalui sebaran Al-Quran, alam serta kejadian dan peristiwa untuk kita sedar akan kekuasaannya.
  • HIDUP adalah untuk DIUJI.  Susah itu Ujian, Senang juga Ujian.
  • Bila kita di UJI, KEMBALI kepada Allah "Sesungguhnya apabila ingat Allah dengan zikrullah, hati akan TENANG".... itulah punca BAHAGIA.
  • Bila berzikir, KESANnya akan rasa Kehambaan, Bertuhan, tahu itu Takdir dan rasa Hikmahnya.
Contoh situasi :-
  • Orang baik buat perkara jahat, ketika buat perkara jahat dia kemalangan, itu maksudnya KAFARAH kepada dia.
  • Orang jahat buat perkara jahat, ketika buat perkara jahat dia kemalangan, itu maksudnya BALA kepada dia.
  • Orang baik buat perkara baik, musibah kemalangan juga, itu tandanya Allah nak tingkatkan DARJAT kepada dia.
Semua itu adalah ujian daripadaNYA.

Sekian sedikit sebanyak yang dapat dikongsi....
Wassalam.


Thursday, 6 June 2013

Isra' & Mikraj...

Assalamualaikum....


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, 
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Isra': 1)


Masih ingat peristiwa Isra' Mikraj?
secara roughly...
perjalanan Nabi Muhammad SAW menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa....
seterusnya ke merentasi langit ke 7 bertemu dengan Allah SAW....
sepanjang perjalanan bertemu dengan Nabi² terdahulu dan pelbagai situasi siksaan dineraka...
pada peristiwa ini juga difardhukan solat 5 waktu yang pada asalnya 50 waktu!!
Subhanallah...
sayang Nabi kepada kita, umatnya...
sentiasalah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW....
syafaatnya sebagai umat Muhammad yang terdahulu memasuki syurga daripada umat Nabi² lain...

Satu peristiwa yang mesti dihayati....
Allahuakbar!!


Saturday, 11 May 2013

1 Rejab 1434 bersamaan 11 Mei 2013

Assalamualaikum.....









Thursday, 9 May 2013

4 Perkara Membawa Bahagia...

Assalamualaikum....

Klik untuk pembacaan yang lebih mudah difahami...
  1. Wanita yang solehah iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
  3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
  4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Sumber sini

Nota Kaki:
* Sekarang laki bini tengah pening nak berurusan pinjaman perumahan dengan bank....risau kena propa dengan bank je ni...adehhhhh.....





Friday, 7 September 2012

Hayati Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum....

Jum kita amalkan :)



Saturday, 18 August 2012

Carta Lelaki & Perempuan HARAM BERSALAM...

Assalamualaikum....

Musim raya kan...
beraya sakan...
jumpa saudara-mara..
dekat dan jauh...
ipar-duai...
sepupu-sepapat...
handai-taulan...

Kita terlupa batas² agama...
apabila bersalaman...
semoga apa yang dipaparkan ni..
bagi panduan kita...
untuk berubah ke arah yang lebih sempurna..
sebagai seorang MUSLIM...




Nota Kaki :
* Kalau ahkak....saudara yang bukan Mahram...ahkak tak menunjukkan aksi nak bersalam...simpan tangan ke belakang siap²...pandang dia dan SENYUM...dan cepat² ANGGUKkan kepala atau seperti BONGKOK hormat...sambil ucaplah Selamat Hari Raya bla bla bla...tapi tulah kekadang ada juga yang menghulur huhuhu... apapun semoga dijadikan panduan carta kat atas tu yer...




Wednesday, 15 August 2012

Mesti BACA: Puasa Enam+Puasa Qada...

Assalamualaikum....

Rasanya esok ramai dah mula bercuti...
sebelum blog sunyi sepi...
mahu berkongsi ilmu...
ceramah beliau berdasarkan penceritaan...
kelakar Ustaz ni...

Rentetan ceramah daripada :


Puasa...
kebanyakannya adalah puasa ADAT...
bulan puasa mereka pun berpuasa...
tak ada ROH ibadat...
contohnya :
- puasa TAPI tinggal solat terutamanya Asar, Magrib, Subuh
- puasa TAPI berpakaian seksi
- puasa TAPI amalan masih sama seperti bulan² lain
- banyak lagi...

Lailatulqadar ...
bukan Kamdar :p
bermula 10 malam terakhir Ramadhan...
kalau perempuan ada 'cuti'...
boleh berzikir..
bermacam zikir...
kalau isteri bangun solat malam, Tahajjud...
dapat pahala..
si suami tidur tak dapat share pahala...
kecuali suami jaga anak, buat susu, tukar lampin disamping si isteri beribadah...
so sweet kan :)

Syawal...
perkara yang SUNAT dilakukan pada 1 Syawal :
- Mandi sunat hari raya...
- Makan sedikit sebelum pergi ke masjid untuk solat hari raya...
- Pergi dan balik dari masjid menggunakan jalan yang lain...
- Sedekah lebih lagi kepada saudara sendiri. Contoh : kepada adik-beradik dan anak saudara terdekat.

HOT TOPIK!!
Puasa Enam & Puasa Qada
Ustaz kata topik ni tiap² tahun mesti keluar...
tanya bagaimanalah itulah inilah...
lepas ni jangan gaduh² pasal hukum...
Ustaz awal² dah bagitahu...
tanya diri sendiri setakat mana kemampuan...
dan kemampuan tu harapnya semakin tahun semakin tinggi...
bukan asyik takuk itu je...
improvement, orang jawa kata...
muehehhe....

Ada 3 pendapat/cara untuk Puasa Enam+Puasa Qada :

Pertama:
- Puasa Qada dahulu bersambung pula Puasa Enam.

Kedua:
- Puasa Enam dahulu baru Puasa Qada.

"habis Ustaz, kalau mati tak sempat Qada macamana?"
- mati tu atas ketentuan Allah, kalau mati, matilah..lagipun dah niat Qada kan...semoga Allah terima.
- berikutan kes diatas... diibaratkan   sama juga dengan solat....sebelum kita solat fardhu, didahulukan solat sunat kan...baru yang wajib...jadi samalah....
- ini disebabkan Puasa Enam pendek waktunya boleh ditunaikan dahulu....Puasa Qada lama waktunya...

Ketiga:
- Puasa Enam dan Puasa Qada sekali (2 in 1).
- Walaubagaimanapun, pendapat ini adalah pendapat ulamak yang lemah.
- Ada juga pendapat sebegini...



Kesimpulannya:-
- kepada mereka yang baru berjinak/tidak biasa dengan puasa sunat, mahu berpuasa sunat maka pilihlah pendapat/cara ketiga 
- kepada mereka yang biasa berpuasa sunat, untuk meningkatkan amalan maka pilihlah pendapat/cara Pertama.

Mengerti?
lepas Syawal nanti...
mesti berkobar² kan nak terus Puasa Enam...
inilah huraiannya...
lagipun tunggu gaji lagi 6 minggu ohhh!!

Semoga amalan kita diterima Allah SWT.
Aamiin...

Nota Kaki:
* Pendapat ahkak la kan, rasanya sebagai muslim sejati kita sudah biasa dengan BERPUASA ni kan...selain Puasa Enam, banyak lagi kita sudah berpuasa sunat.  Contoh : yang biasa ialah Puasa Isnin dan Khamis, Puasa Bulan Rejab dan lain-lain lagi. Jadi tak adalah masalah kalau kita buat pendapat PERTAMA/KEDUA untuk meningkatkan amalan kita.  Buat lompat² hari pun tak apa kan untuk Puasa Enam tuh.  Bukan direct pun :)...maklumlah nanti ada open house la, kenduri kahwen la itu la ini lah.... perut pun penat semula isi macam² ha ha ha!





-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...