Assalamualaikum & Hai....
Imbau drama malam raya...
Mungkin selama ni...
yang terbuku dihati dah berjaya dia luahkan...
yelah saban tahun ke kubur Atok...
sebut Atok itu Atok ini...
tapi siapa Atok?
RINDU Atok..
aduhaiiiii....
sebak tak tertahan....
"nanti Muadz doa Atok sihat"
hujan airmata dah turun dah...
jujurnya kata anak syurga...
Hanya gambar ini yang dapat ditunjukkan...
masa ni umur setahun lebih...
senyum dia bila tengok gambar ni...
sekurang²nya ada kenangan dia dengan Atok...
Ustaz kata "hari raya untuk orang yang hidup, bukan untuk orang yang mati"
sebab selalunya raya pertamalah kubur penuh dengan bermacam ragam dan pakaian...
raya kedua puas berziarah sehingga ke kampung sana...
raya ketiga baru kitorang ke kubur Atok...
Dah besar tahun depan dah darjah satu...
harap dia faham tentang kehidupan dan kematian....
Showing posts with label Tinggal Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Tinggal Kenangan. Show all posts
Wednesday, 22 July 2015
Monday, 8 June 2015
5 tahun itu...
Assalamualaikum & Hai....
Sepatutnya entri ini 26hb Mei lepas...
cuma biasalah waktu begitu emosi kurang stabil...
sampai harinya hanya rindu yang menguasai..
menyibukkan diri dengan hal duniawi...
kalau perkahwinan seusia 5 tahun...
katanya sudah melepasi tahap percubaan...
tapi itu perkahwinan, tentang kehidupan...
bukan kematian...
setiap detik yang ditinggalkan...
menghimpun kerinduan yang tiada penghujung....
5 tahun yang tiada....
Al-Fatihah..
Allahyarham Hj Mohd Sidik Hj Rafiee....
10.10.1941-26.5.2010
Yang masih ada jangan lupa doa ini...

Labels:
Tinggal Kenangan
Monday, 26 May 2014
4 tahun berlalu...
Assalamualaikum....
~10.101941 - 26.05.2010~
RINDU...
doa kami anak²mu sentiasa dihujung solat...
~10.101941 - 26.05.2010~
RINDU...
doa kami anak²mu sentiasa dihujung solat...
Allahyarham Haji Mohd Sidik Bin Haji Rafiee
Al-Fatihah...
Preview Tinggal Kenangan
Labels:
Tinggal Kenangan
Thursday, 10 October 2013
Tiada Ucapan Lagi....
Assalamualaikum....
Terjaga tatkala mereka lena...
hati disagat rindu....
yang tak berpenghujung...
Hanya doa....
Terjaga tatkala mereka lena...
hati disagat rindu....
yang tak berpenghujung...
~Jika RINDU itu dadah, akulah penagih yang paling tegar disaat ini~
Hanya doa....
10 Oktober 2013....
3 tahun pemergiannya....
Al-Fatihah...
untuk..
Allahyarham Haji Mohd Sidik Bin Haji Rafiee
~KENANGAN~
2008 -- Selamat Hari Lahir Ayahandaku...
2009 -- bulan September hanya 4 entri..saat aku menunggu kelahiran putera pertama...
2010 -- Al-Fatihah Ayahandaku..
2010 -- Belangsukawa 10.10.10...
Labels:
Tinggal Kenangan
Friday, 31 May 2013
Bil Terakhir...
Assalamualaikum....
Akan dikenang selamanya...
biarlah ahkak abadikan nama arwah disini...
Akan dikenang selamanya...
biarlah ahkak abadikan nama arwah disini...
Selamat tinggal....
kenangan...
Labels:
Tinggal Kenangan
Thursday, 30 May 2013
Sayangnya...Tinggal Sejarah....
Assalamualaikum....
Bila kenang balik...
memang sebak...
sebab semua berkaitan dengan arwah...
sebab tu lama dah berfikir...
ibarat kalau buat...
seakan menepis kenangan dengan arwah...
kalau dibiarkan...
sampai bila nak menanggung kos *walaupun dianggap masih murah*
tak mendatangkan faedah pun kepada yang masih ada...
dibandingkan dengan kecanggihan komunikasi sekarang ni...
Ya...
komukasi penting lebih lagi tahun 80-an dulu...
boleh dikira dengan jari siapa yang ada telefon...
kami ada telefon lebih kurang tahun 1986..
*tahun pun ahkak yang tanya abang ahkak, ahkak bukan ingat pun hehehe*
ahkak tak pasti sebab apa arwah masukkan line telefon...
mungkin untuk memudahkan arwah berhubung dengan bos dia...
masa tu arwah kerja di Singapura...
yang ahkak masih ingat ahkak gembira dengan adanya telefon tu...
ahkak boleh main pusing² nombor...

Lepas tu kalau rosak ke apa...

| Sebijik lah warna oren tu.... sumber sini... |
macam² paten dan warna lah dapat...
tapi yang paling ingat hok oren ni lah...
sampaikan loose kalau pusing nombor tu...
asyik silap nombor ke nombor orang lain je...
Paling 'best' bila ada telefon...
macam public phone la juga...
jiran² sebelah menyebelah menumpang sama...
yang call in tu tahan lagilah kita nak melayan...
dalam masa 10 minit suruh telefon balik sebab kita nak kena panggil orangnya...
kalau call out?
pitam juga nak melayan kerenah orang...
yang ok tu ok lah, dah call hulur juga sesen dua...
ni cerita yang tak ok...
siap bermangga telefon tu...
cakap makpak bawak kunci pergi kerja...
hewhewhew!!
Bila zaman dah berubah...
transform ke telefon butang pulak...
dan pelbagai bentuk rupa jugalah dapat...
bila rosak, ganti baru *tak berapa baru pun sebenarnya*
sampaikan ada tu kami pergi sendiri ke ibusawat...
naik bas uols, terkedek² jalan serang pejabat...
dah susah sangat telefon custome service...
tapi lambat juga datang nak baiki atau ganti baru....
Adusssss...
semua kenangan tuh....
kenangan yang arwah tinggalkan untuk kami....
sampailah sekarang...
daripada nombor hanya 7 nombor...
bertambah menjadi 8 nombor...
masih kekal dengan nombor yang sama...
Sekarang...
bila rosak, report, orang datang perbaiki...
selang 2-3 hari rosak balik...
tukar telefon sudah...
tukar wayar sudah...
henjut kabel pun sudah..
sampai dah tak terlayan dah mak kat rumah tu...
rosak aje!!
lebih lagi bila kawasan asyik banjir je kan...
tiang telefon tu pun dah nak reput...
kalau tengok rekod report kerosakan...
agak pening jugalah agaknya...
Sebak...
bila semalam kata muktamad dan dipersetujui semua orang...
ahkak menamatkan perkhidmatan telefon rumah tuh...
melunaskan bil lama yang boleh menampung 3 bulan bil sekarang...
sekarang ahkak bagi mak guna telefonn CDMA yang sewanya cuma RM10...
kalau call CDMA ke CDMA atau CDMA ke fixed line atau sebaliknya...
FREE ok!!
jadi itulah yang kita cari....
kalau guna yang lama walau tak ada sewa bulanan...
setiap panggilan akan dicaj juga...
bila kumpul berlebih pulop!!
lagipun masing² dah guna HP kan...
canggih manggih semua...
nak murah gunalah caj HP ke HP kannn....
Cuma mak agak kurang setuju...
sebab telefon tu senang untuk dia nak tekan nombor...
mak panggil "telefon besar"
maklumlah mata orang tua dah kurang penglihatan...

![]() |
| Nampak ke nombor telefon tu? nasiblah siapa gatal nak cuba...takde ringing dah... lepas ni nombor ni mesti nama orang lain pulak huhuhuhu.... |
sebab telefon tu senang untuk dia nak tekan nombor...
mak panggil "telefon besar"
maklumlah mata orang tua dah kurang penglihatan...
tapi itulah dalam guna telefon besar pun selalu juga silap tekan ke nombor orang lain...
mak mak...lucu juga kadang²...
sekarang kalau nak telefon kakak yang tolong dial....
kalau yang dah biasa macam call ke rumah ahkak...
ahkak dah siap² set kat nombor...
terus je tekan dah boleh dial sendiri kan...
seronok mak sekarang boleh cakap tiap² malam dengan cucu dia...
Takpelah...
biarlah tinggal sejarah...
biarlah tinggal kenangan...
arwah bapak tetap dalam doa kami anak²nya...
Al-Fatihah...
Labels:
Tinggal Kenangan
Wednesday, 10 October 2012
RINDU yang tak bertepi...
Assalamualaikum....
Setiap tahun...
pasti ada dua entri...
Mei adalah kehilangan...
Oktober adalah kelahiran..
10 Oktober...
hanya tinggal kenangan...
abadi selamanya...
Harapnya...
sambil baca entri ni..
bacakan sekali Fatihah untuk arwah...
aku...
...rindu yang tak bertepi....
Setiap tahun...
pasti ada dua entri...
Mei adalah kehilangan...
Oktober adalah kelahiran..
10 Oktober...
hanya tinggal kenangan...
abadi selamanya...
Harapnya...
sambil baca entri ni..
bacakan sekali Fatihah untuk arwah...
Al-Fatihah...
untuk..
Allahyarham Haji Mohd Sidik Bin Haji Rafiee
dan sebaik² doa adalah doa anak² yang SOLEH..
Aamiin...
Sesungguhnya.....
...rindu yang tak bertepi....
~KENANGAN~
2008 -- Selamat Hari Lahir Ayahandaku...
2009 -- bulan September hanya 4 entri..saat aku menunggu kelahiran putera pertama...
2010 -- Al-Fatihah Ayahandaku..
2010 -- Belangsukawa 10.10.10...
2012 -- 2 tahun...
Labels:
Tinggal Kenangan
Wednesday, 30 May 2012
2 tahun sudah...
Assalamualaikum....
Sebab pagi ni hujan...
ada mood sejuk syahdu sikit...
campur dengan pelbagai masalah semua ada..
makin sendu...
ahkak edit semula entry ni..
dari hari Isnin buat..
tapi tak berdaya nak publish...
~KENANGAN~
Genap 2 tahun...
Arwah meninggalkan kami...
baru 2 tahun kan...
Kami dah buat kenduri arwah awal bulan ini...
sebab memberi laluan bulan akan datang pada majlis orang tu..
sebab MAK nak ikut sekali...
kenalah datang awal ke sini...
maklumlah kampung kami bukan dekat..
hujung ke hujung...
MAK beriya nak pergi sebab...
mak kata orang dah jemput, kalau tak ada apa hal lain..
Wajib pergi...
dan satu hal lagi..
ini je lah cara nak menziarah besan...
lagipun MAK suka berjalan...
MAK masih sihat...
cuma biasalah kalau sakit kaki tu..
mungkin sebab kuat berjalan...
kot he he he...
rasanya dah beberapa kali juga MAK berziarah ke sana...
Alhamdulillah MAK diberikan kesihatan....
Macam tak nak buat entry sedih..
tu selitkan cerita MAK...
aci tak?
Dan gambar ni...
Tak ada yang menggembirakan ibu dan bapa selain KEJAYAAN anak kan?
Jadi..
bila mereka masih ada...
gembirakan hati mereka..
segalanya untuk mereka...
yang UTAMA..
bukan bff=best friend forever
bukan bf/gf...
sebab yang 'bukan' tu kita tak boleh bawa masuk syurga...
kecuali...
MAK, BAPAK, SUAMI/ISTERI...dan adik-beradik....
Sebab pagi ni hujan...
ada mood sejuk syahdu sikit...
campur dengan pelbagai masalah semua ada..
makin sendu...
ahkak edit semula entry ni..
dari hari Isnin buat..
tapi tak berdaya nak publish...
~KENANGAN~
2008 -- Selamat Hari Lahir Ayahandaku
2009 -- bulan September hanya 4 entri..saat aku menunggu kelahiran putera pertama...
2010 -- Al-Fatihah Ayahandaku
2010 -- Belangsukawa 10.10.10
2011 -- Setahun...
2012 --
Genap 2 tahun...
Arwah meninggalkan kami...
baru 2 tahun kan...
Kami dah buat kenduri arwah awal bulan ini...
sebab memberi laluan bulan akan datang pada majlis orang tu..
sebab MAK nak ikut sekali...
kenalah datang awal ke sini...
maklumlah kampung kami bukan dekat..
hujung ke hujung...
MAK beriya nak pergi sebab...
mak kata orang dah jemput, kalau tak ada apa hal lain..
Wajib pergi...
dan satu hal lagi..
ini je lah cara nak menziarah besan...
lagipun MAK suka berjalan...
MAK masih sihat...
cuma biasalah kalau sakit kaki tu..
mungkin sebab kuat berjalan...
kot he he he...
rasanya dah beberapa kali juga MAK berziarah ke sana...
Alhamdulillah MAK diberikan kesihatan....
Macam tak nak buat entry sedih..
tu selitkan cerita MAK...
aci tak?
Dan gambar ni...
Tak ada yang menggembirakan ibu dan bapa selain KEJAYAAN anak kan?
Jadi..
bila mereka masih ada...
gembirakan hati mereka..
segalanya untuk mereka...
yang UTAMA..
bukan bff=best friend forever
bukan bf/gf...
sebab yang 'bukan' tu kita tak boleh bawa masuk syurga...
kecuali...
MAK, BAPAK, SUAMI/ISTERI...dan adik-beradik....
.....buat mereka yang sudah meninggalkan dunia ini....
Labels:
Tinggal Kenangan
Monday, 10 October 2011
Tiada lagi ucapan...
Assalamualaikum....
Hari ini 10 Oktober...
Tiada lagi ucapan hari lahir setelah setahun lebih dia pergi...
Hanya pusara sebagai saksi...
Perginya yang tak akan kembali...
Al-Fatihah untuk ayahandaku...
Haji Mohd Sidik Bin Haji Rafiee...
Doaku sebagai anak sentiasa mengiringimu....
Labels:
Tinggal Kenangan
Sunday, 10 October 2010
Belangsukawa...10.10.10
10.10.1941 - 26.05.2010 ...pergi jua...
10.10.1941 - 10.10.10...yang ke-69 tahun.....

Itulah nilai tarikh 10.10.10.....
10.10.1941 - 10.10.10...yang ke-69 tahun.....
Dalam KENANGAN selamanya...

Gambar diambil seminggu sebelum arwah pergi....AL-FATIHAH
Hari ini 10.10.10..seluruh dunia mengabadikan sejarah dalam kehidupan masing²... suka dan duka...ada meraikan pertunangan dan perkahwinan...mengingati hari kelahiran...melahirkan dan sebagainya...
Terbaru...Tragedi Oktober...nahas ngeri kenderaan di "REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad."
.... Takziah pada yang terkorban....Al-Fatihah...
Labels:
Tinggal Kenangan
Sunday, 4 July 2010
Al-Fatihah..AyahandaKu...
STICKY MODE ENTRY-entri terbaru sila skroll bawah

26 May 2010- Rabu...

26 May 2010- Rabu...
Aku dikejutkan dengan berita yang memang tak disangka...seawal 5.30 pagi telefon bimbitku berdering...walaupun terasa sesuatu...aku tidak mahu fikir yang bukan-bukan...tapi hakikat tetap hakikat...kedengaran suara kasar abangku sayup disana...setelah salam disambut..."Ayu..bapak petang tadi demam masuk hospital, tau kan...Ayu jangan terkejut tau"....terhenti disitu....aku terdiam..."....bapak dah tak ada..."...kedengaran esakan kecil seorang lelaki...aku terus off telefon..menggerakkan si suami yang lena.... SAYU..PILU..
Seakan baru ditelinga, aku dengar suaranya dari katil hospital pukul 10 mlm sebelumnya..itupun seakan dengar dengan tidak...
...diam...
Kata mereka...
Pagi,
dia masih mampu ke sana sini berbelanja untuk barang kedai dan rumah sambil ditemani emak..
Tengahari,
melepaskan penat dan mengatakan tidak sihat..
Petang,
kesihatan semakin membimbangkan...tidak bertenaga..dipapah untuk ke hospital...
Senja,
wad menjadi penyudah..
Malam,
ditemani mak terhampar lesu di katil..
Embun pagi,
doktor dan jururawat datang untuk memeriksa...tapi...AJAL MAUT..sudah pasti...
Mak hanya perasan nafas kasar laungan ALLAHUAKBAR...tapi mak sangkakan dia hanya mimpi...
Dia pergi dalam tidur....perginya tanpa anak2..tanpa adik beradik..tanpa saudara mara...hanya isteri tercinta...
Dulu...
MAK kata,
selepas solatnya pasti menangis...
MAK kata,
perginya mahu dalam tidur...
MAK kata,
tak mahu anak2 susah, disatukan simpanan dalam satu bank..
kami tak mahu mak, mak simpanlah..ada rezeki...jejak lagi ke Mekah...
MAK kata,
...diam...
terkilan..terasa hati dengan mereka...
aku tak mahu masuk campur...hal keluarga mereka sejak azali...
buat mereka...renungkanlah..
sehingga nafas yang terakhir.....
akhirnya nanti..kamu semua juga begitu...
...sendu...
kalian,
aku tinggalkan kenangan entri ini...
2008 -- Selamat Hari Lahir Ayahandaku
2009 -- bulan oktober hanya 4 entri..saat aku menunggu kelahiran putera pertama...
2010 -- bulan oktober tinggal kenangan....arwah bapaku 10.10...cucunya 16.10 dan aku 20.10...
NOTA KAKI:
* Maaf teman, aku lambat mewarkan berita ini di blog...terutamanya kepada yang belum tahu...kepada yang mengetahuinya daripada awal...terima kasih atas DOA kalian...semoga roh bapaku tenang disana ditempatkan dikalangan orang yang bertakwa...AMIN...
Labels:
Tinggal Kenangan
Friday, 10 October 2008
SeLaMaT HaRi LaHiR.....AyahandaKu...
Bapak cerita...
Dia lahir ketika Jepun menguasai Malaya...
Hutan, belukar, pokok getah.. tempat permainan...
Rumah beratapkan rumbia...walaupn tidak sepenuhnya...
Makan ubi kayu, ulam² dah menjadi rutin...
Mandi di sungai..paling tidak pn tadahan air hujan...
Bapak cerita...
Beberapa tahun dia berseorangan..
Bukan adik beradik...
Selain teman² sepernakalan dan sepermainan..
Arwah Nyai keguguran sehingga 2 kelahiran...

Bapak cerita..
Dia tidak berpelajaran tinggi...
Bukan tidak mahu belajar...
Tetapi...kehidupan yg tidak membenarkan dia..
Kalau tidak, masakan budak² di sekolah memanggilnya Cekgu Besar..
Dia mempunyai tokoh...tapi...
Alhamdulillah...dia mempunyai didikan agama yg cukup...tapi lagi..
Atas usahanya sendiri...
Bapak cerita...
Atas takdir kelahiran yang tidak ujud..
Dia seolah di persalahkan...terpinggir...tanpa ilmu...
Bersendirian..sehingga..
Lahirnya 7 darah daging yang lain....
Mereka tidak seperti bapak...
Berjaya...
Bapak hanya mampu bersyukur...
Melihat jauh ke dalam matanya...
Darah dagingnya telah berjaya...cuma...
Bapak cerita...
Usia remajanya....dia berlayar...
Untuk tidak menyusahkan orang tua...
Ke Hong Kong...China...Singapura...sbg buruh kasar...
Dan menetap di Singapura.
Akhirnya ke Johor Bahru sebagai kampung halamannya...
Demi berkorban untuk darah daging...
Cuma...dia tidak mahu apa²..
Bukan untuk di mewah²kan...
Cukup sekadar dihormati & dihargai..
Mak cerita...
Dia bukan menantu & kakak ipar pilihan..
Itupn setelah aku menjadi isteri baru aku tahu..
Usia 63 tahun baru dia menceritakan segalanya...*sedih*
Aku cerita...
Dari Muqaddam hingga ke Al-Quran..
Aku telah di didik olehnya...bukan sesiapa...
Bukan aku sahaja...termasuk anak² jiran...
Suatu waktu dulu..di zaman persekolahan...
Aku pernah berhasrat untuk berhenti drp sekolah agama...
Kerana iri dengan rakan² yang tidak bersekolah petang...
Bapak marah!..leternya...
Kalau tidak ada ilmu...aku ingin jadi apa???..lagi dan lagi....
Sehingga kini..aku msh ingt peristiwa itu...
Alhamdulillah.. Darjah Khas di sekolah agama dpt aku tamatkan..
Walaupun bukan bertitle Ustazah..tapi..
Aku menjadi seorang ORANG....
Aku cerita...
Bila sudah menjadi tanggungjawab suami...
Lebih merasakan...betapa...
Kasih sayang dia tiada tolok bandingnya...
Sama rata kami 4 beradik...
Pengalaman mengajarnya...barangkali...
Aku cerita...
Dia terharu bila aku mengucup pipinya...
Perkara yang tidak pernah aku lakukan..
Ketika aku masih anak dara...malu..tah...
Kini..aku lebih merasakannya....
Aku wajib membahagiakannya..
Selagi nafasku masih ada!!
*coretan spontan...

10.10.1941 ------>10.10.2008...
67 tahun bapak bernafas di muka bumi Allah ini...satu perjalanan hidup yang panjang...Alhamdulillah...masih sihat walaupun kdg² ada juga yg mengganggu kesihatannya....
Al-Fatihah jua untuk arwah Yayi & Nyai yg telah lama pergi. Semoga kalian ditempatkan di kalangan orang² yang solih. Amiiinnnn....

Subscribe to:
Posts (Atom)