Thursday, 30 May 2013

Sayangnya...Tinggal Sejarah....

Assalamualaikum....

Bila kenang balik...
memang sebak...
sebab semua berkaitan dengan arwah...
sebab tu lama dah berfikir...
ibarat kalau buat...
seakan menepis kenangan dengan arwah...
kalau dibiarkan...
sampai bila nak menanggung kos *walaupun dianggap masih murah*
tak mendatangkan faedah pun kepada yang masih ada...
dibandingkan dengan kecanggihan komunikasi sekarang ni...

Ya...
komukasi penting lebih lagi tahun 80-an dulu...
boleh dikira dengan jari siapa yang ada telefon...
kami ada telefon lebih kurang tahun 1986..
*tahun pun ahkak yang tanya abang ahkak, ahkak bukan ingat pun hehehe*
ahkak tak pasti sebab apa arwah masukkan line telefon...
mungkin untuk memudahkan arwah berhubung dengan bos dia...
masa tu arwah kerja di Singapura...
yang ahkak masih ingat ahkak gembira dengan adanya telefon tu...
ahkak boleh main pusing² nombor...
http://eemoticons.net

Sebijik lah warna oren tu....
sumber sini...
Lepas tu kalau rosak ke apa...
macam² paten dan warna lah dapat...
tapi yang paling ingat hok oren ni lah...
sampaikan loose kalau pusing nombor tu...
asyik silap nombor ke nombor orang lain je...

Paling 'best' bila ada telefon...
macam public phone la juga...
jiran² sebelah menyebelah menumpang sama...
yang call in tu tahan lagilah kita nak melayan...
dalam masa 10 minit suruh telefon balik sebab kita nak kena panggil orangnya...
kalau call out?
pitam juga nak melayan kerenah orang...
yang ok tu ok lah, dah call hulur juga sesen dua...
ni cerita yang tak ok...
siap bermangga telefon tu...
cakap makpak bawak kunci pergi kerja...
hewhewhew!!

Bila zaman dah berubah...
transform ke telefon butang pulak...
dan pelbagai bentuk rupa jugalah dapat...
bila rosak, ganti baru *tak berapa baru pun sebenarnya*
sampaikan ada tu kami pergi sendiri ke ibusawat...
naik bas uols, terkedek² jalan serang pejabat...
dah susah sangat telefon custome service...
tapi lambat juga datang nak baiki atau ganti baru....

Adusssss...
semua kenangan tuh....
kenangan yang arwah tinggalkan untuk kami....
sampailah sekarang...
daripada nombor hanya 7 nombor...
bertambah menjadi 8 nombor...
masih kekal dengan nombor yang sama...

Sekarang...
bila rosak, report, orang datang perbaiki...
selang 2-3 hari rosak balik...
tukar telefon sudah...
tukar wayar sudah...
henjut kabel pun sudah..
sampai dah tak terlayan dah mak kat rumah tu...
rosak aje!!
lebih lagi bila kawasan asyik banjir je kan...
tiang telefon tu pun dah nak reput...
kalau tengok rekod report kerosakan...
agak pening jugalah agaknya...

Sebak...
bila semalam kata muktamad dan dipersetujui semua orang...
ahkak menamatkan perkhidmatan telefon rumah tuh...
melunaskan bil lama yang boleh menampung 3 bulan bil sekarang...
sekarang ahkak bagi mak guna telefonn CDMA yang sewanya cuma RM10...
kalau call CDMA ke CDMA atau CDMA ke fixed line atau sebaliknya...
FREE ok!!
jadi itulah yang kita cari....
kalau guna yang lama walau tak ada sewa bulanan...
setiap panggilan akan dicaj juga...
bila kumpul berlebih pulop!!
lagipun masing² dah guna HP kan...
canggih manggih semua...
nak murah gunalah caj HP ke HP kannn....

Nampak ke nombor telefon tu? nasiblah siapa gatal nak cuba...takde ringing dah...
lepas ni nombor ni mesti nama orang lain pulak huhuhuhu....
Cuma mak agak kurang setuju...
sebab telefon tu senang untuk dia nak tekan nombor...
mak panggil "telefon besar"
maklumlah mata orang tua dah kurang penglihatan...
tapi itulah dalam guna telefon besar pun selalu juga silap tekan ke nombor orang lain...
mak mak...lucu juga kadang²...
sekarang kalau nak telefon kakak yang tolong dial....
kalau yang dah biasa macam call ke rumah ahkak...
ahkak dah siap² set kat nombor...
terus je tekan dah boleh dial sendiri kan...
seronok mak sekarang boleh cakap tiap² malam dengan cucu dia...

Takpelah...
biarlah tinggal sejarah...
biarlah tinggal kenangan...
arwah bapak tetap dalam doa kami anak²nya...
Al-Fatihah...



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...