Friday 24 May 2013

Cuti Sekolah Menara KL


Bersempena dengan cuti persekolahan yang akan berlangsung pada 24 Mei hingga 9 Jun 2013, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan ‘Riang Ria Cuti Sekolah Santai Seisi Keluarga” bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Perkampungan Budaya 1Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik seperti kemunculan Upin & Ipin, Super Squad & Supertots Superhero, Kemunculan Syem Raja Lawak, Bengkel Mewarna & Peraduan mewarna oleh UNEH Raja Pensel Warna, demo produk berunsurkan pop-up, bengkel gubahan bunga, mirror carving, bottle sand art, sand art, face painting, demo memasak dan ceramah kesedaran alam sekitar oleh Chef Alwi, jualan buku komik, persembahan kesenian seperti tarian, buskin dan break dance, Sesi Kuiz, Persembahan DJ serta Mini Studio Photo.
 Selain daripada itu, Menara Kuala Lumpur turut menawarkan Pakej Keluarga berharga RM 88.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Pelantar Pemandangan (bagi Pemegang MyKad). Di samping itu para pengunjung juga akan menikmati potongan sebanyak 10% bagi pembelian tiket yang seterusnya. Dengan pakej yang ditawarkan ini, para pengunjung hanya perlu menambah RM10.00 seorang bagi menyertai setiap satu aktiviti seperti menunggang Kuda Padi, melawat KL Tower Animal Zone, merasai pengalaman memandu F1 Simulator, menerokai Perkampungan Budaya 1Malaysia dan menyaksikan kehidupan ikan berwarna-warni di Blue Coral Aquarium. Oleh itu jangan lupa untuk penuhi jadual anda untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai bersempena musim cuti sekolah kali ini. Duta Perkhidmatan Pelanggan kami akan menanti ketibaan anda dengan penuh senyuman dan layanan mesra. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03 – 2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my, facebook di www.facebook.com/officialmenarakl
, Twitter @Menara_KL dan Instagram (Menara KL).  Bagi pihak Menara Kuala Lumpur
Komunikasi Korporat KumpulanTelekom Malaysia Berhad


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...