Wednesday 29 February 2012

Keletah Anak #17 : Aksi terbaik...

Assalamualaikum....

Huhh
jangan bersedih lagi..
moh layan gambar...

aksi akrobatik anak ahkak...

TERBAIKKKK....
pandai dah dia sekarang pandang kamera...
:)
SAYANGGGGGGG AWAK...
SAYANGGGGGGG ANAK UMMI...
SAYANGGGGGGG PELOK KETAT RAPAT-RAPAT.....




Mimpi rabu yang :(

Assalamualaikum....

Seawal pagi..
pukul 430 pagi...
Muadz gerak ahkak..
"mi nak shushu"
mata terpejam..
ahkak bangun buat susu..
lepas tu ahkak tidur semula..

Mimpi bermula..
watak ahkak dan dia je..
suasana di tempat kerja..

Kami berdua dibangunan tempat kerja..
(suasana masih samar²)
dia dibawah..
ahkak diatas meneruskan pekerjaan..
dia dibawah..
(suasana jelas -pertama-)
ahkak keluar lif..
dia terpa ahkak..
mintak dilayan..
dukung..mintak itu ini...
dan sebagainya...

(suasana masih samar² lagi)
ahkak berjalan²..
beli kuih sambil makan..
(suasana jelas -kedua-)
ahkak keluar lif..
dia terpa ahkak..
terus mintak kuih yang ahkak pegang...
lapar dia..

(dan suasana terus samar)

terjaga...
dan ahkak terus menangis!!!

motif..
sampai hati kan ahkak tinggalkan dia kat bawah..
tanpa jagaan...
tah terlepas ke jalan raya ke apa ke..

Arghh benci!!!
mimpi mainan tidur camni..




Tuesday 28 February 2012

Jalan² hujung minggu...

Assalamualaikum....

Baiklah..
puan blog sudah sedikit sihat..
akibat demam dan semalam ceri beri sikit..
rasanya sebab pekena ikan pekasam..
tak tahu dah berapa lama dalam peti ais..
mungkin juga sebab perut dah expired..
makan makanan peram perut pun dah mengamuk..
he he he..

Emm...
ikan pekasam..
dulu masa mula bercinta dengan orang utara sana...
memang hantu ikan pekasam..
sebab jarang makan..
dah lama lepas tu muak..
lagipun bergaram...
MASINNNN weh...

Itulah malam semalam..
disebabkan hujan petang...
cuaca sejuk..
perut pulak menyanyi riang...
memang kelaparan amat...
sementelah siang tu makan mahal kat sinun...


tapi tak berapa kenyang..
menu western la katakan..
tekak mual je...

Itu yang dapat idea...
belasah ikan pekasam...
TERBAIK...

Balik jenjalan...
singgah sini...

Nampak tak budak baju merah tertonggeng..ahaks
Lama tak singgah Masjid Putra ni..
masih ramai orang..
terutama pelancong...
sebenarnya baru first time masuk..
datang dah banyak kali dah..
tapi setiap kali datang...
traffic light merah..
he he he...
oh rupanya pakai ketat² kene pakai unifom ehh..
mujur ahkak dah menjimatkan unifom.
ahaks..

Ok sudah membebel..



Friday 24 February 2012

Kebajikan yang berterusan...

Assalamualaikum....

Umum dah tahu..
kehilangan Allahyarham adik Faris..
derita demi derita dipaparkan...
akhirnya dia pergi jua..
bertambah lagi bidadari syurga..
beruntung ibu bapa...
ada syafaat nanti di sana..
Ameeenn...

Sungguh saya tak sempat menderma...
maklumlah baki akaun hujung bulan pun tak mengizinkan..
bila tiba hari gajian..
arwah dah pergi...
tapi dalam hati mahu juga menghulur..
tapi bila baca status bapa arwah ..
Shamrulismawi Abah BlackPearlSalam jumaat.... Pagi ni nak ziarah kubur arwah faris... Terima kasih tak terhingga utk rakan2 (lama & baru) yang tidak putus2 datang ziarah ke rumah semalam. Juga terima kasih pada rakan2 FB, pembaca setia blog Mazidul Akmal & mereka2 yg tidak pernah jemu mendoakan & melakukan sembahyang hajat semasa arwah faris masih hidup. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan faris daripada kita semua... Bersyukur kerana Allah telah mengurniakan faris kepada saya walaupun hanya dipinjamkan utk sementara. *Sumbangan sudahpun mencukupi utk membayar bil hospital. Jika ada yg ingin menderma, eloklah disalurkan ke rumah2 anak yatim..... Assalam....(sumber FB)

sebab bagi saya..
masa dan cuti ibu bapa dia ..
mungkin juga terpaksa unpaid..
(saya juga pernah merasa menunggu anak dikatil wad selama seminggu unpaid)
inikan pula berpuluh hari...
mungkin boleh juga membantu beliau sekeluarga..
lebih lagi untuk menyambut kehadiran ahli baru..
(dikhabarkan ibu arwah hamil 2 bulan)
tidak mengapalah..
kalau ada yang mahu menderma...silalah..
paling tidak pun doakan untuk arwah adik Faris..
dan seluruh mukmin yang telah meninggal dunia...

Dan ini dapat daripada FB juga..
ramai orang paste...
mari kita fikir dan fahami...

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...
Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

A-Fatihah...

Wednesday 22 February 2012

Tak sehat..

Assalamualaikum....

Puan blog..
kurang sihat..
dari hari Jemahat Jumaat...
onn off je..
semalam siap geguling seharian..
bestnya kalau jadi surirumah..
eh ye ke?

Oleh itu blog pun ala-ala je lah...
tapi nak promo la skit..

Set ini merupakan set permulaan lengkap dalam memperkenalkan kanak-kanak kepada pembacaan Bahasa Inggeris melalui pendekatan Kata Kunci (Key Words). Ia mengandungi 6 buah buku (3 - Series 1 dan 3 - Series 2) yang didatangkan dengan sebuah kotak simpanan yang cantik dan eksklusif.  Sesuai untuk umur 3+ tahun.


Friday 17 February 2012

Eggless Choc Cake..

Assalamualaikum....

Gambar sepotong je..
sebab yang lelain..
selamat dah..


Percubaan buat kek tanpa TELUR..
moist...
lelagi dah buh topping...
jilat topping je la macam gambar tu..
he he he...
macam² kan versi kek sekarang..
takde telur..
takde tepung..
menjadiiiiiii jugaaaa!!

Okeyyyy...

Wednesday 15 February 2012

Durrah oh Durrah...

Assalamualaikum....

Rentetan entri Perkongsian berhemah...

Malam tadi..
ahkak tengok cerita...
"serapah darah bulan madu"..
biasa lah sekarang cerita mistik ghaib camni..
layan je lah....
baru perasan nama watak perempuan tu..
mula² ingatkan ARORA...
rupanya ADURAH.....
cantik nama tuh...

Dan terus teringat..
DURRAH...
hehe..
Durrah bermaksud Mutiara...
very nice meaning..

Inilah...
DURRAH




Sekarang ada promo FREE keahlian....
bukan bayar tak ada BARANG...
beli barang la tu...
FREE ahli...
menaja dapat lagi RM15...
sapa takmoo bebb... ^_^

Kalau ahkak amalkan ni..
manalah tau kan..
hasilnya dapat baby DURRAH...
AMIIINN...

Ulang suara....
Rentetan daripada entri Perkongsian berhemah...

^_^

Tuesday 14 February 2012

Panduan sukatatan cawan ke gram

Assalamualaikum....

Ini adalah INFO terbaik..
untuk kaki dapur, oven dan geng bakar membakar kek, kuih dan sebagainya...

Ambil dari Blog Mat Gebu..
encik mat jangan saman ye..
i cilok dari blog u nih..
he he he..
TEPUNG
1/4 cawan = 30g
1/3 cawan = 40g
1/2 cawan = 60g
1 cawan = 125g
6 3/4 = 1000g atau 1kg 
GULA KASTOR
1/4 cawan = 60g
1/3 cawan = 80g
1/2 cawan = 125g
1 cawan = 250g 
MENTEGA
1/4 cawan = 60g
1/3 cawan = 80g
1/2 cawan = 125g
1 cawan = 250g 
CECAIR
1/4 cawan = 50ml
1/2 cawan = 125ml
3/4 cawan = 180ml
1 cawan = 250ml
4 cawan (1 quart) = 1000ml atau 1 liter
Amacam?
suka tak...
tiheeee....
ahkak suka..
tade la pening² nak sukat cemana...
lalalala...

Monday 13 February 2012

Perkongsian berhemah...

Assalamualaikum....

Masa muda remaja..
mesti korang tak terfikirkan hal lain kan..
asal setiap bulan period..sudah..
betul kan..kan...kan...
dan bab menjaga luaran..
seperti muka dan sebagainya..

Tapi beb..
bila dah bersuami..
apetah lagi beranak-pinak..
pulak tu usia nak injak era 30-an..
DALAMAN tu penting...
untuk tenaga bekerja..
untuk tenaga kerja rumah...
untuk tenaga batin...tentunyaaa!
eh? orang belum kahwin pun boleh baca..
jangan segan-segan..
hihihiihi...

2 KUNCI EMAS
DURRAH
J-PRUNE
RICH GOAT
IMAS CARE
BRIGHT IQ
ARPA


Ini bukan nama OBAT KUAT tau!!..
nantikan keterangannya...

Ok tata...

Friday 10 February 2012

Welcome to Zoo Negara...

Assalamualaikum....

(Entri panjang dan meleret dengan gambar)

Plan yang sekian lama tertunda...
kelakar..
sehari sebelum...
giat bertanya orang jalan ke sana..
siap tengok Navigation..
maklumlah orang bukan kaki berjalan..
bila nak ke suatu tempat..
gelabah kemain sebab tak nak sesat...
sebab kalau dah sesat..
mood akan merudum...
bila merudum..maka..
#apapuntakboleh

Oh ya..
bekalan yang dibawa...
selain air masak 2 botol...
Roti sosej berkeju & karipap kentang gulung
Memang isi perut...
kenyang makan bekalan..
ramai juga bawak bekalan..
ada gerai kat sana..
tapi yelah kalau dah anak bersusun..
mahu juga rabak poket..
biasalah harga kat tempat camtu...

Kitorang decide ikut Lebuhraya Sungai Besi..
bayar tol BESRAYA..
keluar rumah 8.30 pagi..
sampai zoo pukul 9.15 pagi..
mujur MRR2 tak jem...
hehehehehe.....

Akhirnya.
masuk zoo 9.30 pagi
sorga sorga...
orang tak ramai lagi...
kita layan gambar je la eh..
nak termuntah tengok gambar..
sebab banyak gambar binatang je..
haha...

Welcome :)
Naik TRAM kene bayar..
Ahbang kata...
"tak thrill la naik tram...jalan kaki sudah..lagipun apa guna bawak stroller kalau nak naik tram"
betul lah kan..
kata nak menikmati pemandangan dalam zoo..
alang² jalan biar penat..
bila dah penat balik rumah terus tido..
hahaha :p
beli map zoo untuk kesenangan arah mana nak tuju..
RM2 sajok map tu..
untuk donation ke binatang...

Adehh...budak ni benonya tunjuk sebab nak naik atas patung menatang tu..hahaha..
Sebahagian papan tanda tunjuk arah....
Sudahlah ya bagi 3 pemandangan je...
nak tengok banyak ada kat FB..
tapi friends je la :)
nak tunjuk pokok ni..

Pokok ni cam hidup ..ada mata, hidung, mulut...habitat beruang rasanya...
Gitulah dia...nampak air cam nampak emas...nak amik gambo pun susah...
Fuh tau tak harga aiskrim ni berapa??? berpeluh ketiak ahbang nak bayo..ahahhaha...
anak baru sorang..layankan je...
Boss kecik sedang menikmati aiskrim berlatarbelakang maskot orang utan...
Tengok air la tuuu..kemainnn kalau dengan air!
Errrkkkk....sama tapi tak serupa..hahaha
Ahkak tak paham apesal ahbang suh berdiri tengah² juraian tu..hahaha.
Boss kecik dah penat...tertido terussss.....
Bila boss kecik dah tertidur..
adalah signal untuk balik..
4 jam jugalah kami dalam tu..
keluar dari zoo pukul 1.15 petang...
fuhhh orang punya ramai...
ateee tengah hari buta baru nak jalan²..
kalau ahkak dah surrender...
dahlah sekarang cuaca panas kan...
pesanan ahkak..
nak pergi sini biarlah pagi..
mood pun masih fresh..
tak panas membara...

Eh mana  fridge magnet  yang kitorang beli hari tu eh?
hampir kelupaan pasal fridge magnet tu!!
Ta Ta...

Entah bila lagi nak sampai sini..
mungkin dengan adik-adik Mu'adz Firas kan..
mana tauuuuu ^_^


Thursday 9 February 2012

Gatal..

Assalamualaikum....

Wah..
4 hari cuti..
tambah sehari lagi..
hibernasi...hehe

Eh..taklah..
tambah sehari lagi tu MC..
tiba² sekeluarga kegatalan...
merenyam...
pedih...

kat tangan...merah, bintik dan berair...
Perasan kegatalan tu mula hari Isnin malam...
sebenarnya siang tu kami ke Zoo Negara..
sampai rumah je terus mandi..
yelah pergi tempat cam tu kan..
dengan hama..habuk...macam² lagi..

Selasa pulak...
si kecik tu dah mula garu²..
ahkak yang memang sedia terkena tu..
meratap hiba je lah...
gatal, renyam, pedih...
malam tu baru ahbang lak jangkit..
jadi Rabu serang klinik je lah...
sampai bila nak menggaru...
kesian kt si kecik tu lagi la
bangun tidur je dah mengadu..
"miii gatalllll"..garu²...

Errr...gamba ke Zoo nanti eh..
terkumpul dalam kamera..
cuti malas nak update katakann..

Jadi pagi tadi..
dari rumah merempit ke komuter...
rasa macam LAMA je..
siap nak terlelap kat tempat duduk belakang...
boleh??



Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul...

Assalamualaikum....


Sangat tersentuh bila rakan2 yang baru berhijab....
sopan menuturkan kata2 hikmah...
sesuai dengan keadaannya sekarang....
ALHAMDULILLAH....
kamu semua anggun dan sopan bila berhijab....
SUBHANALLAH....

Kita ni bukan hamba terpilih spt Solah-cerekarama Al-Ikhlas....
ntah sampai ke tidak kita ke tahap tu....
sempena bulan baik ni...
sama-sama kita ambil pengajaran...
cerita bukan untuk ditonton saja....
tapi hayati isinya....

~Banyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW~
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud...
"Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak selawat keatasku" 
[Hadis riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas'ud r.a]

~SALAM MAULIDUR RASUL~



Friday 3 February 2012

Cheese cupcake dan Cuti...Salam Maulidur Rasul...

Assalamualaikum....

Lama tak godek oven...
ini pun sebab anak pengasuh request..
untuk birthday dia nak bagi kawan²..
mula² nak buak kek sebiji..
tapi disebabkan renyah nak kena potong bagai..
jadi cupcake je lah..
mula² nak letak dalam bekas soufle..
sekali tak cukup daa...
kene guna cup kertas dan petitin...
mula² juga nak buat chilled je..
tapi takut memuakkan..
sebab sampai sekolah tak tentu lagi chilled kan..
bakar la juga sekejap...


Ngam² soi je tapak acuan dengan saiz biskut oreo...
silap sikit tak tinggi...tak dapat bajet...
kalau guna bekas soufle mesti cantik...

Adalah juga aktiviti nak buat hujung minggu kan...
rasa²...
tapi tak tahu lah jadi ke tak..
lama dah impi..
nak buat..
rainbow cake...
red velvet cake..
peehh..melampau angan²..
bahan² dah ada pun masih angan² ek..

Eh...

SELAMAT BERCUTI....
sampai lebam....
dan...
SALAM MAULIDUR RASUL...
beliaulah yang patut kita sanjungi...ingati...dan banyak² berselawat ke atas baginda...



Daaaaaaaaa..........

Nota Kaki:
* Teringat beberapa tahun lepas...hari Maulidur Rasul dapat berita gembira bila pregnancy test double line...harap ada rezeki untuk tahun ni...Amiiinnnnn...



Thursday 2 February 2012

Keletah #16 : Air masak/air kosong..sedappp!

Assalamualaikum....

Budak kecik mesti suka air manis kan..
anak ahkak pun sama je..
air manis dia jenis Vitagen/Nutrigen atau yang seangkatannya...
kadang² tu air kordial kita minum pun dia rembat sama..
tapi kami jenis bancuh tak manis..
'manis buah' orang kata...
so okey la kan...

Kalau kat rumah pengasuh..
tak tahulah cemana..
tawakal dan banyak pesan..
dan ahkak bekalkan satu bekas besar air masak...
samada untuk buat susu dan minuman...
selalunya bekas tu 2 hari sekali akan pulang pada kami..
KOSONG..
:)

Malam tadi...
berulang dia mintak...
air masak/air kosong..
(sebenarnya dah berapa kali terjadi)..
walaupun bukan segelas besar orang dewasa..
secawan saiz dia je..
tapi amat bermakna...
sebab dia seolah...
tahu nikmat air tiada perisa...

Minum seteguk...
"miii air kocong..dapppp"
seteguk lagi...
"eemmm dappnyaaa"
lagi..
"air mashak....emmmmm"
ketap bibir..
sampailah habis...

Tak seronok ko??
iyelah walaupun air masak/air kosong tu takda khasiat..
dapat juga  balance dengan pengambilan susu yang manis..
dan air manis lain...
betul tak???
apa cer kalau asyik minum manis je kan??

Mungkin juga pengasuh menjalankan tanggungjawabnya...
beri air masak pada dia...
terima kasih pengasuh *kalau ya :)
tu dia suka...
*alah kalau sikit² terminum air manis pun apa salahnya...
cuma jangan hover jek...

Sementara je...

Assalamualaikum....

Oklah..
daripada tengok kulit blog yang separuh..
kita tukar dulu la simple punya...
tengoklah tahap kerajinan cemana...
nak godek kulit blog yang baru..
yang penting..ISI kan...
asal boleh baca...ngeeee!

Rasa separuh hati je pergi kerja..
sebab semalam dah syok cuti..
he he he...

OK..mari warm up..
tiheee..

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...