Friday, 24 February 2012

Kebajikan yang berterusan...

Assalamualaikum....

Umum dah tahu..
kehilangan Allahyarham adik Faris..
derita demi derita dipaparkan...
akhirnya dia pergi jua..
bertambah lagi bidadari syurga..
beruntung ibu bapa...
ada syafaat nanti di sana..
Ameeenn...

Sungguh saya tak sempat menderma...
maklumlah baki akaun hujung bulan pun tak mengizinkan..
bila tiba hari gajian..
arwah dah pergi...
tapi dalam hati mahu juga menghulur..
tapi bila baca status bapa arwah ..
Shamrulismawi Abah BlackPearlSalam jumaat.... Pagi ni nak ziarah kubur arwah faris... Terima kasih tak terhingga utk rakan2 (lama & baru) yang tidak putus2 datang ziarah ke rumah semalam. Juga terima kasih pada rakan2 FB, pembaca setia blog Mazidul Akmal & mereka2 yg tidak pernah jemu mendoakan & melakukan sembahyang hajat semasa arwah faris masih hidup. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan faris daripada kita semua... Bersyukur kerana Allah telah mengurniakan faris kepada saya walaupun hanya dipinjamkan utk sementara. *Sumbangan sudahpun mencukupi utk membayar bil hospital. Jika ada yg ingin menderma, eloklah disalurkan ke rumah2 anak yatim..... Assalam....(sumber FB)

sebab bagi saya..
masa dan cuti ibu bapa dia ..
mungkin juga terpaksa unpaid..
(saya juga pernah merasa menunggu anak dikatil wad selama seminggu unpaid)
inikan pula berpuluh hari...
mungkin boleh juga membantu beliau sekeluarga..
lebih lagi untuk menyambut kehadiran ahli baru..
(dikhabarkan ibu arwah hamil 2 bulan)
tidak mengapalah..
kalau ada yang mahu menderma...silalah..
paling tidak pun doakan untuk arwah adik Faris..
dan seluruh mukmin yang telah meninggal dunia...

Dan ini dapat daripada FB juga..
ramai orang paste...
mari kita fikir dan fahami...

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...
Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

A-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...