Showing posts with label Emas/Silver. Show all posts
Showing posts with label Emas/Silver. Show all posts

Sunday, 8 September 2013

Beli dan Percaya...

Assalamualaikum....

Meh nak cerita pasal Goldbar/Silver...
harga semakin naik semenjak isu minyak ni...
lagipun minyak isu dunia juga...
tak boleh nak buat apa dah...
*nak harap kera jaan, memang harapan sangatnya*
jadi gigihkan diri jadi insan yang bijak...
kena bersedia untuk diri dan anak²...
pada masa depan...
takut nanti merempat dibumi sendiri...

Sebab matawang kita sekarang...
turun...
jatuh...
takut merudum je...
takpayah buat perbandingan nilai ke negara luar yang jauh...
tengok jiran sebelah je...
Kejatuhan matawang Malaysia berbanding Singapura

Jadi apa yang boleh selamatkan simpanan kita...
DINAR EMAS/SILVER!!
bukan duit kertas yang terperuk dalam bank tu...
silap² nanti jadi macam duit Jepun cop daun pisang...

Apa yang boleh buat...
tukarkan duit kertas korang dengan dinar...
jangan semua, simpanan tetap simpanan...
sekarang nak beli beras bukan boleh guna dinar...
jangan taksub sangat dowh...
ada lebih, beli dinar...
duit raya anak², beli dinar...
simpanan sendiri cut separuh, beli dinar....
tak dapat sebulan...
2 atau 3 bulan sekali pun tak apa...
jangan tak ada langsung...
bab simpan dinar kat mana...
*orang dulu² simpan duit celah bantal, jangan pulak korang selit dinar kat situ*
sendiri kena fikir...
macamana nak simpan harta...

Tak percaya kat dealer?
kena berusaha kenal² dulu dengan dealer...
bagi keyakinan kat diri sendiri...
dinar semua dipos...
*ada taktiknya supaya tak nampak barang tu semua adalah dinar yang berharga*
selebihnya sebagai orang Islam doa dan tawakal...
kalau rasa hasil belian kita tu barakah...
tak payah risau...
kalau daripada sumber tak tentu hala...
yeee memang patut pun risau #doplohjutakali

Dealer favourite ahkak...
dah lama berurusan dengan dia...
boleh contact FB : Nur Hidayah Mohamad Yusof
ingat kena ada saling percaya...

Peringatan...
ini adalah simpanan untuk jangkamasa panjang...
bukan kumpul dinar tahun ni, lagi 2 tahun nak jual semula...
memang nan hado ko meraso...
pada ahkak lakibini ni..
beringat untuk anak²..
masa dia nanti...
macamana dengan perbelanjaan pendidikan...
macamana dengan kos sara hidup yang tinggi...
kannn....

Ok dah...
mulakan langkah membeli dinar sekarang!!


Friday, 15 March 2013

~blink~Emas~blink

Assalamualaikum....

~blink~
bukan -blank-
~blink~blink~blink~

Ini dia...
sumber : GCP
Goldbar
~blink² jugakan mata korang...

Dinar Emas
Sesungguhnya...
nampak dalam gambar besarrrrr...
kalau macam dinar tu lebih kurang syiling 20 sen je...
tapi nilainya?
nilainya berbaloi dalam jangkamasa panjang...
diulangi...
jangkamasa panjang!!
kalau niat beli tahun ni, nak jual tahun depan...
baik tak payah lah yer...
maksudnya bukan takpayah apa...
sebagai rakyat marhain...
set niat kita beli emas ni untuk apa...
untuk perbelanjaan kita hari tua?
untuk pendidikan anak² kita?
untuk kita cepat menunaikan haji?
atau melancong?
untuk kita beli aset (seperti rumah) untuk keturunan kita?
dan seterusnya tidak dibebani hutan sampai mati?....
lainlah kalau niat nak rolling modal bisnes...
dan mengelakkan zakat yang halal...
pajak dan sebagainya...
itu kes lain...

Kebanyakan rata² sekarang...
yang dah berkeluarga...
selain untuk diri sendiri...
menyimpan adalah untuk pendidikan dan kesihatan anak²...
tang kesihatan tu mungkin kita dah ada insuran kesihatan...
tidaklah berfikir sangat jika ada masalah kesihatan nanti...
kalau pendidikan?
sila baca dan fikirkan...


Ahkak tak rasa masa akan datang...
kos pendidikan masih RM24k...
tak tahulah akan datang nanti macamana....
dapat lagi ke RM24k kos pendidikan akan datang?
pinjaman? hutang lagi!
kalau dapat biasiswa..Alhamdulillah....

Tengoklah nilai duit kertas kita sekarang...
Jadi...
alirkan wang simpanan korang dengan bijak...
rasanya tak perlu tiap² tahun korek dividen sampai beratur panjang²...
dapat dividen beli, beli dan beli...habis!
yang tinggal balik duit pokok...
tahun depannya buat perkara yang sama..
habis!!
kalau korang beli emas goldbar hatta 1g sebulan (sekarang nilainya RM207=1g<-15/3/2013)
percayalah korang...
terpaksa KAYA!!
tanpa RELA!!
*sebenarnya korang tak perasan pun ada simpan emas sebab tak gunakan, tapi kalau dah cukup haul jangan lupa pulak zakat harta, kalau dah sampai kena bayar zakat tu apalah sangat nak dibandingkan dengan emas berkepuk tu kan :p*


Tapi janganlah sampai taksub...
pada ahkak walau apapun...
nilai kertas kena juga ada dalam tangan...
untuk situasi kecemasan....
ahkak pilih akaun Tabung Haji - TH..
seperti pernah ahkak katakan dulu...
lambat laun keinginan kita adalah untuk ke Mekah juga kan...
dividen yang dapat dah siap potongan zakat...
lagipun TH sekarang dah boleh keluar-masuk duit...
bukan macam dulu tak boleh keluar langsung...
dividen yang ni boleh lah korang nak beli, beli, beli...habis!!

Mesti ada yang rasa ragu² kan....
jangan masuk skim dinar/emas tu sudahlah...
patuh syariah bila fizikal ada dalam tangan..
maknanya kita beli dengan duit, dapat emas...
bukan kita beli dengan duit, dapat buku akaun emas...
*ada bank² buat macam ni kan..oppssss*

Ragu² lagi?
he he he...
kalau ada pertanyaan boleh kemukakan kat komen tu...
mana ahkak boleh jawab, ahkak jawablah...
ahkak tak bolehlah nak cerita lebih²...
*bahaya*

Eh ahkak bukan dealer emas tau..
*tapi future tak tau la kan ikikiki*
he he he...
sekadar berkongsi cerita dan rahsia emas...



Friday, 14 September 2012

Duit Raya...

Assalamualaikum....

Gambar sekadar lakonan...google je...
Raya...
budak² la paling gembira...
DUIT RAYA!!
kalau zaman ahkak dulu..
takdanya dapat banyak macam sekarang..
yelah zaman berubah :)

Heemmmphhh...
perangai anak ahkak..
pasal duit raya ni...
boleh dikira la berapa kali dia amik sampul tu...
kebanyakannya bunyi...
TAKNAK!!
waduh...
sampaikan saudara kata..
"bagusnya dia tak mementingkan keduniaan"
perli ke apa tu? :p
rasa nak tergolek gelak pun ada...
yelah kadang timing tak tentu..
mengantuk ke...kembung perut ke...
apa bagi pun taknak...
tapi ye lah budak²...
cemana pun meragam..
dapat juga duit raya :)

Tapi bila datang mood yang sangat baik...
amik dan goyang² sampul tu..
siap cakap "samat ali laye"
*masih pelat antara L dan R...grrr..

Anak ahkak cuma ada...
akaun Tabung Haji, AHB & SSPN je..
memang tak ada bukak akaun bank untuk kanak²...
atau ASB (TING)...
banyak nooo nak bukak nanti satu pun terisi...
maka pilih je lah yang sepadan dengan kemampuan makpaknya...
hewhewhew...

Kenapa pilih simpanan dibawah?

Tabung Haji
Asalnya sebab dah penat sangat fikir pasal bank.  Setiap bank ada promosi tersendiri.  Dapat giftla itu la ini lah...senang cerita pilih TH sebab nanti bila dah sampai seru, Umrah atau Haji juga akhirnya kan :) tak perlulah banyak² akaun nak bukak...pening kepala je :p... lainlah dulu TH ni tak boleh withdraw, sekarang semua boleh...dan yang paling penting Insya'Allah dengan TH semuanya bersih...

Amanah Hartanah Bumiputera 
Seingat...hishh memang tak ingat bila join AHB ni, mungkin 2 tahun lepas masa masih panas AHB ni, inipun sebenarnya nak bukak akaun ASB tu, tapi kuota dah takda untuk tahun tu..itu yang tak mahu pegang duit lama² maka join AHB ni...diakuilah memang jarang masuk sini, bila time raya macam ni lah boleh :), ada sekali tu macam nak quit je daripada AHB ni, tapi bila fikir balik harga hartanah tengah tak masuk akal ni, baiklah diperamkan dulu...ahak!!   Selanjutnya boleh baca sini... (update 8 September 2013, akaun ni dah tutup, sekian)

SSPN
Haaa hat ni, setahun sekali je buh ahhahaa...kalau boleh tak mahu bergantung sangat pada akaun ni...harap ada rezeki lebih untuk pendidikan anak²....ini cuma buat syarat je huhu...

Dan sekarang cuba melabur dalam dirham perak pulak....
budak² kita bagi perak je...
kalau makpak boleh lah cari dinar emas...
tiheeee!


Sumber google juga...
Kita tengok 5 atau 10 tahun akan datang nilanya berapa :)
namapun melabur...
tentulah kena bersabar dalam jangkamasa yang LAMA....
lagipun nawaitu untuk pendidikan anak² kan...
semoga Allah berkati perjalanan hidup kami..


Sunday, 5 December 2010

Tak habis lagi...dinar...

Assalamualaikum....

Yer..sana sini..tengok Fb...jenguk forum..status YM dan pelbagai media rata-rata berkisah pasal kenaikan minyak dan gula dan gas (3 serangkai)...hemmm semua tu keperluan kan...nak tak nak rakyat sejagat kene hadapi walau naik sikit apatah lagi banyakkkkk....*garu-garu kepala...


Eh tiba-tiba je kan ahkak ni...cam pandai je ajak-ajak orang simpan dinar...hehehe...kalau nak cerita pasal ini seminggu pun belum tentu terjawab..asyik fikir je...cuba bayangkan...


....sehari sebelum keperluan 3 serangkai tu naik..harga *1 dinar 916 = RM656...bila diwarkan naik je 3 serangkai tu harga emas melonjak ke *1 dinar 916 = RM666....beza RM10!!...


Fikirkan 10 tahun lagi....bila dollar naik, apa je tinggal harga duit kertas kita?...nilai semakin susut...sekarang pun macam dah rasa kan...RM50 bila dah bertukar sekejap je habis...tak lama lagi nilai RM100 sama macam RM50...

Isk..ahkak ni cakap tak pandai (dan bukan macam pandai)...semua ni pendapat ahkak yang tak seberapa...sebab tiada harta..ahaks...muda camni lah nak kumpul harta walau cetoet...teringat perbelanjaan anak-anak dah besar nanti...tak tahu masa tu kita cemana...sihat lagi ke tidak..mampu lagi ke tidak kan...cuma melihat keadaan ekonomi yang kurang stabil ni menakutkan..pada siapa yang ingin tahu..ambil masa membaca dan berfikir dalam blog Tun M...banyak manfaat...

Renungkan :

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


~Sharing is caring~


Nota Kaki:
bertanda (*) contoh harga 1 dinar emas 916 sbelum dan selepas kenaikan harga minyak dll..

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...