Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Tuesday, 7 July 2015

Puasa Satu Ramadhan..

Assalamualaikum & Hai....

*Lama tenggelam dalam draft jadi harini kita post*

#1Ramadhan

Cerita anak syurga je lah ye...
percubaan pertama berpuasa...
bangun sahur pukul 5 pagi...
macam nak bangunkan lambat sikit lagi...
tapi bila memikirkan dia makan pun macam mengira biji nasi....
apetah lagi masa mata separuh terbuka tu...
menu telur mata goreng dan kuah kicap pekat masak ala blackpepper...
tapi tak ada blackpepper pun!
makan sikit je nasi tu cuma habiskan telur..
yelah kita pun taknak lah paksa suruh habiskan nasi...
nanti mood ke 'laut' kita juga susah...
lepas tu bagi dia minum susu campur kurma blend dan Milkshake Shaklee...
InshaAllah...anak syurga sudah tentu malaikat yang jaga lapar dahaga dia...
tak perlu risau kalau tak makan banyak nanti lapar ke hapeee....

Pukul 6 pagi...
dia mintak mandi...
kita on jeee dengan sebab tak nak mood dia ke 'laut' juga...
uitt masa tu ahkak pon tak mandi lagi...hihuhihu...
lepas mandi suruh dia ambik wudhu sesiap...
ahkak pun masuk bilik air zupzapzupzap!
masa macam ni lah cuba ajak dia solat....
masa mood tengah ok dan baik dan semangat....
walaupun hanya berdua...

Waktu kerja masa Ramadhan ni awal setengah jam...
maka kena tranfer dia ke rumah mama awal jugaklah...
senang hati mama tengok anak asuh dia ni dah mandi siap segala...
sebab semalamnya masa bagitahu nak hantar awal...
samada dia dah siap mandi atau mama dia kena siapkan semua...
tapi yelah mandi pun dah sendiri, pakai baju semua sendiri dah...
patutlah mama dia cakap "Tak apa hantar je lah Yu, dah besar dah Muadz ni tak kisah.."
ahkak lupa anak syurga ahkak ni bukan baby lg..wuwuwuwuuuu!!

Dalam perjalanan pergi kerja tu...
whatsapp cikgunya bagitahu dia puasa...
tengokkan kalau dia mintak berbuka nanti...
jangan bagi main lari²...
dia ni kalau main cikgunya kata "macam mandi....."
kuat berpeluh macam makpaknya gak hahaha!

Balik taska dah mintak kat apak dia air...
dahaga katanya...
maka berbukalah pukul 5.30 petang...
bila tanya kalau dahaga kenapa tak bagitau cikgu...
dia diam je...
apak cerita masa ambik taska cikgunya cepat² bagitahu...
"Muadz tak makan tak minum lagi, dia taknak risau pulak saya"
untuk hari itu jelah...
hari seterusnya kat taska dia berbuka pukul 4 petang...
memang taska sediakan makanan sebelum budak² balik...
kat rumah cuma setengah hari je...
dan tetap bangun bersahur....
sungguh bertabah...
sehingga ke hari ini....
harap kekal bila sampai balik kampung nanti...
he he he he!!





Thursday, 7 August 2014

Puasa Sunat Syawal dan Qada' Ramadhan...

Salam Syawal....

Isu puasa selepas Syawal ni...
orang perempuan la kan...
dengan ABC tiap² bulan...
*ABC=Allah Bagi Cuti*
nak rebut pahala puasa sunat 6 lagi..
kalau nak puasa Qada' dulu...
kadang tak sempat nak puasa sunat 6 sebab ABC....
bila nak utamakan puasa sunat Syawal...
ada kata kena utamakan yang Qada' dulu...
macam² keluar fatwa dan pendapat...
mana yang lebih afdhal buat dulu...
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Artikel penuh DISINI...

Baiklah....
ada diantara kaum hawa ni...
memang rajin berpuasa...
puasa sunat Isnin dan khamis...
puasa hari putih pun tibai sekali...
kalau mengikut hadis Aishah RA..
puasa 6 dulu dan yakin boleh sambung puasa Qada...
6 hari + 7 hari (tempoh kebiasaan perempuan ABC)...
dah 13 hari dan bagi mereka yang rajin puasa ni...
Insya'Allah tak ada masalah...
kalau yang kurang biasa, ABC dalam Ramadhan pun dah mengeluh...
"teruklah nak ganti ni nanti"
kalau dah macam ni memang option 2 in 1 digunapakai la kan....
gabungan puasa sunat dan Qada'...
bila dah bergabung ni pahala yang dapat pun berbahagilah juga kan....
maklumlah iman dikala bukan Ramadhan ni...
sentiasa goyah dengan makanan....
ditambah lagi dengan jamuan rayanya...
bukan takat hujung minggu....
diofis setiap unit pun buat...
belum lagi hari² kat meja pantry terhidang segala kuih raya...
hehehe......

"Tanya Iman, jangan tanya Aiman"

Kalau setiap bulan kita ada reward diri..
baju baru...
skirt baru...
tudung baru...
selipar baru..
makan sedap dan special...
*antara contoh² sahaja*
sekarang ni adalah masa untuk reward rohani kita...
yang setahun sekali kot...
takkan setiap tahun sama je...
kalau kerja kita kejar KPI...
amalan pun patut kita kena kejar KPI juga kan...

Jadi elok perlahan² meningkatkan iman kita...
kalau selama ni asyik bergabung 2 in 1 je...
boleh usahakan puasa seperti hadis Aishah RA...
tapi bila dah buat seperti hadis Aishah RA ni..
pendapat ahkak kenalah habiskan semua sunat dan Qada' one shot....
manalah tau umur tak panjang dah berhutang puasa pulak...
ada berani?

Ikutkan macam² pendapat ulamak keluar ni...
ikutlah mana yang boleh diterimapakai...
semua tu pun untuk kita buat panduan...
anda buat, anda dapat...
anda buat lebih, hasilnya dapat lebih...
haaa begituuuu....



Nota Kaki:
Gambar raya esok je lah yeeee...


Friday, 25 July 2014

Shell Tart in da House....

Salam Ramadhan....

Ku masih setia diofis...
ikutkan ramai orang juga ni...
tapi tengoklah tengahari nanti...
mesti sorang² hilang...
hehehe

Ok...
ku bagi santapan mata...
projek raya yang cuma baru permulaan ni...
eh tempahan ni boleh order sepanjang masa ye...
calling²/sms/whatsup 0176014541 je k...






Haa gitulah....
kuih raya je tak siap lagi...
dah habis tempahan ni bolehlah buat sikit....

Ok...
selamat pulang ke kampung....
sabar je kalau harung jem tu nanti...


Friday, 2 August 2013

24 Ramadhan...

Assalamualaikum....

Harini Jumaat terakhir Ramadhan...
perasan tak semenjak semalam...
cuaca tiba² berubah...
sejuk...mendung...sayu....
seakan berasa hati akan berlalunya Ramadhan...
seakan diantaranya adalah Lailatulqadar...
mana kita tahu kan...
jadi saat akhir begini...
rebutlah peluang 10 malam terakhir...
kalau terjaga buat susu anak...
kalau terjaga tukar lampin anak...
kalau terjaga pergi ke bilik air...
kalau berjaga buat kuih raya...
cekalkan semangat berwudhu dan terus solat sunat...
doa dan baca Al-Quran...
paling koman pun bangun sebab nak masak sahur tu...
sebelum masak tu, buatlah sekejap...
berdikit² buat daripada tak mencuba langsung nak buat...
daripada takda, baik ada walau sedikit kuman, kan...
Amin YaRabb...

Ok dah saat² macam ni...
buka dan sahur memang lintang pukang...
berfikir banyak kali nak tambah lauk mentah atau groceries...
kalau boleh memang nak habiskan bahan² kat dapur...
kemas rumah mana boleh...
*hoihh DIY masih tak siap lagi*
nanti selepas balik dari kampung dah rileks...
jadi memang tumpuan param je lah...
itupun kalau beli cuma menu² pakej...
macam menu Nasi Ayam/Nasi Tomato/Nasi Beriani/Nasi Kukus...
kalau mee macam Mee Kari/Mee Sup/Mee Bandung...
lauk² memang taklah...
sebab tahulah kan rasanya....
daripada mengumpat tentang rasa baik cari menu selamat...
lagipun kalau tapau lauk lagi mahal, kot!!!

Macam semalam beli ayam bakar seekor...
balik masak nasi je...
walaupun sampai rumah dah pukul 7 malam...
bila fikir tak syok makan nasi putih dengan ayam bakar je...
kering tak ada kuah²...
godek² kabinet ternampak perencah nasi beriani..
hahh apa lagi potong² bawang, campak 4 sekawan bla²..
dah jadi nasi beriani walaupun tak adalah perfect...
asal rasa sudah...
kuah pulak....
kletang kletung buat kuah kurma...
semua pun perencah hahahaha...
tapi memang lepas azan la baru siap...
tak kisahlah tu...
Maghrib dulu baru santap lagi elok rasanya....
juadah sampai ke sahur....

Kalau berbuka beli menu pakej...
sahur tu kena gak masak...
yelah menu pakej sekali santap je kan...
masak pun cincai je uols...
macam telur sambal/nasi goreng/sadin/nasi goreng lagi/telur kicap pedas/ikan blis potong² cili api/telur dadar/nasi goreng lagi dan lagi....hahahahaha!
tak adalah nak hadap sangat makan masa sahur tu lauk pauk bagai...
yang penting ahbang kata kena ada nasi...
yesss bossss!!

Paling senang nasi goreng la beb...
masak sesiap nasi malam...
sebab nak buat nasi goreng kalau nasi lama baru sedap, kan....
secukup pot untuk 2 orang makan...
jadi tak adalah pembaziran terlebih ke apa...
bahan tambahan kalau ada sayur letaklah..
kalau tak ada kosong je lah...
asal RASAnya ada....
macam² tajuk boleh buat...
nasi goreng sadin pedas...
nasi goreng cili api...
nasi goreng tomyam pedas...
nasi goreng biasa guna cili kering...
hoiii semua kena pedas tau...
kalau tak, tak lalu tekak ni pagi²...
semua² ni pun lauk tambahan cuma telur dadar/telur mata...
gitewwww!!
jadi kalau dah seminggu bergilir dengan lauk lain tadi...
cukup cycle seminggu kan....

Hah siapa dah kering idea boleh tiru menu tu yer....


Thursday, 18 July 2013

Al-Quran - Dibawakan oleh : Ustajah Nur TintaKibod...

Assalamualaikum....

Bulan berganda pahala...


Ahkak perhatikan...
senario dalam komuter...
selain melayan lena bagi yang dapat duduk...
bagi yang berdiri...
masing² pegang erat Al-Quran poket...
masih kekal tradisi lama...

Ada juga kelebek smartphone/tab...
*kita fikir positif je, yang kelebek FB pun hak masing² kan*
sekarang ni...
kalau sepuluh orang dalam komuter tu....
rasanya sembilan orang mampu dah ada smartphone...
tak ada alasan untuk tidak membaca Al-Quran kan...
kalau dulu bukak Al-Quran kena berwudhu' dulu...
sekarang bukak smartphone atau Al-Quran bertajwid...
rasanya setahun pun boleh berkali² khatam...

Rilekkkk²...
*ahkak bukan menjobo...woiihh ini pun dah ketinggalan juzu' hoke*
ahkak kalau dapat duduk pun...
confirm layan lena jugak...
*ehhh tengok gak FB tu*...
yelah orang kata caj tenaga kan...
kita mak² ni tidur pun berapa jam je...
belum dengan kerja rumah lagi...
ini cerita kalau tak dapat duduklah kan...
yelah daripada melayan perasan tengok ke luar jendela komuter..
baik baca Al-Quran...
perjalanan pun rasa tak lama...

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre kata...
sekarang ni kalau tak mampu usah fikir yang boleh khatam sebulan ni...
sebab tak semua kita lancar membaca Al-Quran....
tapi kita fikir berapa minit kita bersama dengan Al-Quran dalam sehari...

Tahu tak cemana cara nak khatam dalam masa sebulan?
*patutnya sebelum puasa dah inform pasal ni*
Al-Quran ada 20 juzu'...
kita sehari solat 5 waktu kan...
setiap solat kita baca 4 mukasurat...
cara 1 : baca sekaligus sebelum atau selepas solat....
cara 2 : sebelum solat 2 mukasurat, selepas solat 2 mukasurat....

Tapi ahkak biasalah....
banyak lobang²...
tuntutan duniawi kan...
sebab tulah asal ada masa terluang je baca...
contohnya dalam komuter tadilah...
kadang² kat meja ofis je ni ha je...
kalau dah tak ada apa sangat keje nak buat....
bacalah dalam nada semut berbisik pun...
asal sendiri dengar sudah...

credit
Tapi ada juga pro dan kontra antara Al-Quran Android dan Al-Quran tradisional ni...
daripada segi terjemahan kedua²nya memang ada...
daripada segi TAJWID?
rasanya tak jumpa lagi untuk Android..
*ke ahkak terlepas pandang*
kalau Al-Quran tradisional macam ahkak punya ni...
siap dengan Tajwid..
dapat refresh semula segala hukum tajwid...
siap berwarna² dan tahu apa hukumnya...
mana Ihfa' Hakiki...
tempat mana nak didengungkan...
berapa harkatnya....itu jelah bezanya kot...

Tapi itulah...
bila ahkak mengusung Al-Quran Android poket beberapa hari ni...
macam obvious sangat lak...
orang pun pandang²...
lastly ahkak bawak tab Muadz hat 7 inci tu...
takdelah nampak sangat kalau nak baca pun...
sebab dah biasa kan nampak orang pegang smartphone/tab....
Insya'Allah....bab hukum tajwid tu...
harapnya sentiasa istiqamah....

Sekian, dibawakan oleh :
Ustajah Nur TintaKibod...
http://eemoticons.net


Nota Kaki:
Masih mencari² Al-Quran Poket Tajwid boleh ke CLICK² MY SHOP...
baca Al-Quran ni tak semestinya bulan Ramadhan je kan...
kalau lidah kita sentiasa dibasahi kalam Allah...
Insya'Allah ada keberkatannya....


Wednesday, 17 July 2013

WW : Sedekah Juadah...

Assalamualaikum....

Sabda Rasulullah SAW :-

"Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa kepada seorang yang berpuasa, dia akan mendapat ganjaran yang sama seperti orang tersebut berpuasa tetapi tidak langsung mengurangkan ganjaran orang tersebut"



Tuesday, 16 July 2013

Terkejar² Masak...

Assalamualaikum....

Uhhh...
semalam kan hari pertama bawak kereta dalam bulan puasa...
dari stesen ktm ke rumah je pun...
hadoiyaiiiii...
selama merempit tak perasan...
sampai pun cepat kan...

Biasa sampai stesen ktm dalam 5.40 petang...
dan kalau hari biasa makan masa 25 minit je sampai rumah...
itupun dah amik Muadz kat taska...
tapi semalam 6.20 petang baru sampai rumah oke...
dalam kepala dari ofis dah plan nak masak Ayam Percik...
masuk rumah je baru teringat yang ayam lupa nak defrost!!
http://eemoticons.net
pulak tu solat Asar pun belum...
keluar ofis 4.30 petang Asar pun belum masuk lagi kan....
apa lagi singsing lengan...
amik ayam humbam dalam periuk isi air rendamkan sampai lemas...
pergi solat dan bertukang kat dapur....

Mula² buat kuah percik dulu...
resepi kat sini...
tapi macam biasa tetap derhaka...
sebab nampak bahan² lain lama tak terusik...
nuh tumbuk segala macam jintan putih hitam segala dengan lada hitam biji...
perrghhhh.....
aroma menusuk lubang hidung...
kuah masa ni masih cair lagi...
sesuai letak ayam dulu basah²kan bagi meresap...
itupun kalaulah ayam tu masih keras lagi..
memang ahkak dah fikir humban je ayam tu dalam kuah...
http://eemoticons.net
biar masak sendiri dalam kuah tu...
lagipun ayam masak suku je...
lepas tu angkat baru bakar....

Kan baru semalam cakap belum ada menu untuk tayangan umum...
sekali hari ni dah tepek...
sebab peristiwa terkejar² masak la tu kan...
macam feel nak buat tayangan umum ni ...
*hahaha poyos je*


Cepat membakar sebab dibantu oleh Pemanggang Ajaib...
Kan siapa ada pemanggang ajaib tu haruslah dimanfaatkan...
tak kisahlah cap apa pun hat murah ke mahal...
asal boleh masak dengan cepat...
ayam ni masuk je dalam pemanggang ajaib lepas tu biarlah lepas bebas...
kawal api je...
sambil buat menu lain ke, basuh pinggan ke, kemas meja ke kannn....

Ayam Percik Derhaka...
lepas ni nak try buat Ayam Percik ala pasar malam tu plak....

Fuhhhh akhirnya ngam² 10 minit sebelum azan selesai semua...
Ayam Percik derhaka dan Sayur Peria tumis berserta kuih 2 jenis...
*kuih beli je*
dan sempat membersihkan diri...
tobat lah nak lupa² lagi defrost ke apa...
pagi tadi terus letak ikan siap² kat bawah peti ais...
kalau tak lagi haru ahkak kang....
confirm meratib dalam jem lagi petang...
ohoiiii padat sudah penduduk B.B.Bangi ni sekarang....
harap jangan hujan lebat sudah...
kalau tak ahkak rasa cecah pukul 7 malam sampai walau rumah tak jauh mana....
phewwwww!!!!


Thursday, 11 July 2013

Sebulan dalam Penerbangan....

Assalamualaikum....

Ce dengar audio ni...

http://eemoticons.net


Best tak?
he he he...



Wednesday, 10 July 2013

Kisah 1 Ramadhan...

Assalamualaikum....

Are you ok???
ibuk² yang bangun awal sedia juadah sahur...
*yang biasa bangun awal tu tak payah jawab hehehe*
ada juga terbaca di FB selepas Subuh tadi...
sambil² berkemas apa patut...
kira kawan yang kenal la juga...
dia tersedar dah hujung²...
mujur ada roti dengan serunding...
plan asalnya hajat hati nak masak..
dah siap perap daging nak masak kicap...
tak ada rezeki untuk sahur gayanya...
buat berbuka lah pulak ye!!

Bila Ramadhan waktu ofis 8 pagi hingga 4.30 petang...
YA agak serabut juga disitu nak alih masa...
lagipun waktu taska tak berubah...
pukul 7.30 baru taska buka sepenuhnya...
itupun kebiasaannya sebelum 7.30 pagi dah hantar Muadz...
masa tu ada kalanya Muadz orang pertama sampai...
tak pun orang kedua atau ketiga...
kalau gini takkan sebelum pukul 7 pagi dah terpacak kat taska?
cuaca pun masih ala² gelap lagi....
belum lagi melayan kerenah nak bangun pagi tu...
kalau dulu kecik lagi...
busuk masam angkat je bawak naik rumah pengasuh...
ini nak ke taska kenalah siap² mandi dan beruniform...
itupun kadang sampai abah dia balik daripada kerja malam...
masih juga tak berbaju....
oowwwwhhhh bertabah ahkak uolsss!!

Nampak gayanya kena buat waktu sendiri juga...
terpaksa masuk 8.30 dan balik 5 petang...
kat sini takde pilihan waktu bekerja...
jadi sendiri buat!!
hew hew hew!!

Harapnya selepas 4.30 petang...
tak adalah gawat sangat keadaan...
biasalah Ramadhan ni semua orang nak balik cepat...
natijahnya jalan jem sana sini....
ahkak naik komuter harapnya tak adalah isitilah delay melampau...
kena juga amik Muadz tu awal...
cikgu taska pun mesti nak balik awal juga, kannn.....
harap semuanya dipermudahkan...

Baik...
bila Ramadhan kembali lagi...
kadang² ada beberapa perkara kita tak pasti tentang sah atau tidak puasa kita...
jom kita refresh balik info berkaitan Ramadhan...
ada kat label atau klik INFO RAMADHAN  http://eemoticons.net


Eh....Yo-ooo je ahkak buat tajuk 1 Ramadhan...
macam nak buat Diari Ramadhan la pulop...
alah orang kata masih ada mood lagi ni kan...
mood tak mood pun kerja dah berlambak nih....
sok lusa tak update tu harap faham je lah...


Wednesday, 19 June 2013

Bahang Ramadhan....

Assalamualaikum....

Bahang...
ya cuaca pun panas sekarang...
confirm sampai awal puasa...
khabarnya kat selatan dah jerebu teruk...

Bahang Ramadhan pulak...
masa ni mula dah melobi biskut² raya...
sesi rasa merasa...
tak lupa juga juadah kudapan....
rempeyek...
rempeyek ni ahkak secara tak langsung jadi penjual pulak...
tanpa sengaja...
sebelum ni ada beli rempeyek dengan orang ofis adik ipar...
letak sebalang kat tempat wakaf tu...
semua la merasa dan kata sedap...
terus dorang order...
ada juga bagi kakak pengasuh Muadz dulu merasa...
eh dia pun order sama...
minggu lepas orang tu bukak order untuk raya...
apa lagi mencanaklah order...

Hah sebenarnya idea datang nak buat entri ni...
sebab tadi terjumpa sekumpulan mak²...
cerita pasal nak puasa...
ada kata...
"sekejap je nak puasa balik, rasa baru je"
"aah raya tahun lepas terasa lagi"
"orang pun dah bukak order kuih raya...excited pulak"
"eh patutnya kita excited nak buat, ini excited nak oder pulak kan"
"yelah serba salah pulak sebenarnya....beli kadang tak makan, tak beli rasa serba salah"
"aah betul²...beli tak habis, tak beli tak rasa macam raya pulak"

Gitulah rintihan mak² bekerjaya...
ahkak pun ada terdetik juga dengan ayat² paling akhir tu...
hehehe....
kadang kita ni awal je bersemangat nak buat itu, nak buat ini...
sudahnya....
'H.A.R.A.P.A.N'

Dimaklumkan...
tengah menaip entri ni...
ketulan² biskut raya sedang rancak berjalan dari meja ke meja..
http://eemoticons.net
ahkak tak order le kut....
tengok versi sama je macam tahun lepas...
kalau ada yang pelik sikit ok lah kut...

Cuma sekarang...
bila tengok biskut epal ni...
memang bersemangat...
sebab biskut ni sinonim dengan mak...
mak sukaaaa....
InshaAllah ahkak akan buat dengan sebaiknya tahun ni...
semangat!!!!
*tak macam tahun lepas apa tah jadi...buruk rupaaa adehhh*
untukmu MAK...



Friday, 17 August 2012

Persiapan raya...

Assalamualaikum....

Oih oih oih...
kebanyakan orang dah berada di kampung...
atau dalam perjalanan balik kampung...
ahkak baru nak cerita persiapan raya?
sob sob sob!!

Sebenarnya..
tahun ni memang bersederhana...
biskut pun tak buat banyak...
sejenis je itupun untuk mak..
yang banyak adalah kerepek merepek...
ada juga yang beli..
tak banyak sejenis dua...
itupun kegemaran si kecik ni...
lagipun si kecik tu lagi suka kerepek daripada biskut raya...
macam orang tua pulak kan...
hemm...memang mood tada mari ini hari raya :)

Biskut yang sejenis..
Biskut Epal...
kegemaran mak ahkak...
tengoklah tu...
tengok rupa paras memang tak selera...
sedih...
tahlah apasal boleh buruk beno rupa...
tak macam tahun lepas...
elok segar je buah biskutnya...

macam epal busuk je gayanya...
Ingat nak buat kek simple je untuk bawak balik ke mertua..
disamping kerepek² tu...
entahlah sempat ke tidak ni...
malam nanti nak gerak dah..
ahahah sungguhlah aura ke laut...

Pakaian...
seperti biasa orang lelaki...
selagi baju melayu tak berlubang...
mana nak tukar...
maka gunapakai baju melayu yang masih hensem...
hehehe...
ahkak pulak sambar jubah je...
dan baju² yang agak baru yang masih belum dipakai ketika dikampung...
sederhanalah katakan....

Pakaian si kecik...
baju melayu dia digunapaki semula yang masa makusu dia kawen bulan 6...
memang masa beli tu dah niat pakai untuk raya sekali...
tidaklah baju melayu sampai 2-3 pasang...
budak cepat besar...
itupun kalau ikut tahun..
dah 3 pasang baju melayu dia...
cuma kopiah/songkok je tak jumpa...
sampin tak perlu..
pakai sandle je...
sebab senang nak beraya...
kalau kasut susah lah weh nak bukak-pakai....
waahhh mujur lah anak jantan...
kalau gegirl...
mahu rambang mata ummi dia nih tengok baju budak lawa²...
cepatlah dapat gegirl...
Aamiin....

Duit raya pun dah tukar...
mana yang ada dan sempat je...
yang penting dapat hulur ke mak dan anak buah..
walaupun tak beraya ke kampung ahkak...
ahkak masih titipkan duit raya untuk mereka...

Kereta...
InsyaAllah dalam keadaan baik...
sebab ahbang jenis sayang harta...
teliti dan jada seeloknya...
dah check semua...
semoga selamat tiba...
selamat sepanjang perjalanan....

Apa lagi ye...
itu je lah kut...

Nama pun sederhana :)


Monday, 6 August 2012

Balik rumah Nenek...

Assalamualaikum....

Nenek aka Nyai...
dulu si kecik ni masa tak pandai lagi..
sebut 'nyanyi'...
ekekekeke...
kami masih kekalkan ke'jawa'an..
yelah mak dengan arwah bapak..
masih darah jawa...

Sekarang..
dah ke anak-anak..
bercampur dah...
tengoklah sok lagi 25 tahun...
apa cucu nak panggil ahkak ni nanti..
har har har...

Minggu ni..
kami balik Johor...
rindu kat cucunya...
hari-hari asyik dengar suara je..
dapatlah bersahur dan berbuka bersama...
mak, abang² dan kakak...
teringat arwah bapak...

*diam...

Dalam masa dan hari yang singkat dan terhad...
kami manfaatkan...
dengan bershopping bersama...
menyiapkan juadah berbuka bersama..
bercerita bersama...
tentang isu semasa kat kampung...
rupanya ramai dah tiada..
orang-orang tua di kampung...
Innalillahiwainnailaihiroji'un....
kami sempat juga menjenguk pusara arwah bapak...
Al-Fatihah..

Eh....
terselit gambar budak kecik pagi-pagi bukak periuk...
siap rekues kat Nyai..
"muash nak nacik puteh ngan sop"

gambor kecik je la ye..
nati ada menjejeh air liur :p
seronok Nyai tengok seleranya dia makan...
nanti selepas raya kami balik Johor lagi...
(sebab tahun ni giliran kampung ahbang pulak)



Tuesday, 24 July 2012

Menu Ramadhan...

Assalamualaikum....

Maaf ya..
gambar takde..
nanti jatuh makruh plak tunjuk gambar banyak²..
he he he...
*sebenarnya takde gambar...
malas nak amik..
mood tade mari hehe

Sabtu-Ramadhan Pertama
1. Sup Ayam
2. Sambal Kicap
3. Ulam
- sekarang ni kalau versi sayur, malas dah nak masak sayur (sayur hijau), sebab kadang² tak habis sebab bukan jenis hantu sayur, jadi tukar je dengan ulam...maka beli, simpan, basuh dah boleh makan...tak payah susah nak masak...jimat masa pun yer...dan awet muda juga..hokhok..sila batuk kokol ye...

4. Kuih Cara Manis
- nak bagitahu, pertama kali buat ni...disebabkan kegemaran ahbang...maka cubalah juga buat...masalahnya takda acuan dan tempat pembakar khas untuk kuih ni...selalu guna acuan dan tempat pembakar kuih bahulu kannnnn.....ahkak mana ada..ehehehe....
- oleh itu, idea kreatif datang...buh dalam acuan tart (selalu buat cheese tart) dan bakar dalam pan tertutup....pan yang selalu guna untuk panaskan lauk yang bergoreng, buat lempeng, buat murtabak megi, panaskan pizza, roti, goreng telur dadar dan selalunya memang untuk panaskan lauk..hehe...
- menjadik juga...sekejap je masaknya....cuma takdelah cam luarnya tuh cam bakar kuning tuh...memang rupa suci murni je lah warna hijau....

Yang penting..
dan yang kelakar...
ahbang kata "sedap...rasa cam kuih cara..."
hahahaha...
dah tuh ahkak buat kuih apa?
kuih ceria ke?
adehhhh....
mementang rupanya tak terbakar...
rupa suci murni..
ahbang ingat kuih apa...

Ahad-Ramadhan Kedua
1. Nasi Tomato
2. Daging Briyani
3. Ayam Masak Merah
4. Kuih kat Param = Pasar Ramadhan
- disebabkan petang tu keluar beli barang² rumah, singgah Param (Seksyen 7, Bdr. Baru Bangi) nak tengok suasana apa yang terjual....dapat Samosa besar inti ayam dan daging dan karipap...itupun semua si kecik tu yang mintak...hahaha...
- tengok kuih lain semua tak menyelerakan....ada tu agar²/lengkong sepotong pun harga 50 sen!! pitammmmmmmm!...ambil kesempatan betul peniaga nih!!

Jadi..
ke Param tu...
niat kat hati siap²..
kawal nafsu, kawal perbelanjaan...
bukan nak kata tak payah pergi Param...
ikut kesesuaian oranglah..
ada tu memang tak sempat langsung kan...
cuma itu lah...
beli yang betul² nak makan...
dan HABIS...
kalau ada lebih tu...
MEMBAZIR namanya...
dah lari konsep puasa kita sebenarnya...

Isnin-Ramadhan Ketiga
masih lagi edisi menghabiskan lauk semalamnya..
ahahahah...
dan ke Param (Seksyen 3, Bdr. Baru Bangi) pulak...
misi cari kuih...
kat sini dapat kuih harga RM2 = 5 biji....
ahkak ambil agar² santan 3 biji, koci sebiji dan ketayap sebiji....
dan boleh tahan...
macam tulah berniaga...
murah rezeki dan pahala pun dapat...
bagi makan orang berpuasa...
betul tak...

Selasa-Ramadhan Keempat
sebenarnya semalam, hari ini dan minggu ni...
ahkak berbuka dan bersahur sorang je..
sebab ahbang kerja shift malam...
sebab tu tak gaduh sangat pasal makan...
kalau tak kene juga berfikir nak masak apa...
ahbang memang beli kat Param je lah..
dan ahkak bila dah sorang ni ditemani si kecik tu...
selalu simple je telan...
ada roti..on...
ada telur..on...
hah sambal kicap masa buat Sup Ayam tu ada lagi...
atau...
cili api tumbuk dengan ikan bilis..
tumis...
weh makan nasi panas dengan goreng telur letak kicap pun ok per...
he he he
okeh leh up sikit dengan ikan sepat masin!!
blergggghhhh...
ok sudah...
menjejeh air liur kang...
tengahari dah ni!!



Friday, 20 July 2012

Pre-Ramadhan

Assalamualaikum....

Ini memang betul² Pre-Ramadhan...
tengok date post tu...


Sungguh..
kami tak tipu...
ralat sebab tak sempat snap pict...
turun tangga rumah tinggal nak naik motor je...
ingatkan dah sampai stesen komuter..
sempat nak snap..
tapi bayang bulan pun takde...
mungkin arah berlainan...
pulak tu turun motor je tren ngam sampai..
memang kalut...
Allah...kalaulah dapat snap pict tu...
kenangan diatas kebesaran MU YA ALLAH...

Kalau dikenang semula..
anak bulan sabit tu...
beserta bintang sepasang...
terang benderang...
rasa macam dekat...
bukan nampak jauh nuuuuuun diatas sana...
macam gambar pamplet² raya tuh hah...
arghh sukar digambarkan dengan kata²....

Terkenang² je ni ^_^

~Salam Ramadhan~

Tuesday, 2 August 2011

Dugaan Ramadhan...

Assalamualaikum....

Syukur...hari ini dapat berbuka bersama ahbang...dia kata nak masuk lambat belah malam...jadi dapatlah bersama berbuka...ya, ahkak tak masak...kami membeli belah secara berhemah di Pasar Ramadhan (PARAM)...ahbang kata haiwan-haiwan dalam peti ais tu boleh guna masa dia kerja nanti...sebab masa dia kerja tentu kami tak dapat berjalan di PARAM kan....habis RM15...nasi ambeng, kuih dan air...sebenarnya motif utama adalah mencari kurma...sambil melayan kerenah budak kecik ni dok menggelupur bosan seharian dalam rumah..kalau kat rumah pengasuh ramai kawan-kawan main sesama kan...

Sahur pulak semalam masak menu sahur sup ayam, tempe goreng, ayam goreng dan sambal kicap...siap dalam sejam...dan seterusnya tetap masak...tapi itu lah tak tentu lagi nanti kalau dah berbuka sorang, sahur pun sorang...nak beriya masak pun bukan semangat..entah-entah goreng telur makan dengan kicap...hehehe...

Cerita pasal menu, masak, makan ni tentu yang lebih pusing adalah ibu-ibu...setiap hari nak berfikir menu untuk keluarga....tak kira la menu tunjuk-tunjuk atau memerah keringat di dapur...kategori DUGAAN gak tuh lebih lagi yang memerah keringat kat dapur...dengan penat belum habis dah bersilat kat dapur..ye tak...

Ahkak ni kalau bab masak memang sediakan bahan-bahan asas untuk seminggu macam bawang kisar dan ikan bilis kisar (sebab tak guna bahan perasa).  Siap-siap kisar bawang besar, bawang putih dan halia sekali kisar.  Ikan bilis pulak asingkan tapi kisar sikit dengan bahan kisar tadi supaya senang hancur ikan bilis tu.  Yelah ada menu kadangkala tak perlu guna ikan bilis sebab tu diasingkan.  Kalau tak sekali kisar je..bahan-bahan asas tu la penting sekali, senang nak masak dengan cara cepat.  Kalau masa tu nak masak, masa tu hegeh nak mengupas, selepas terawih la baru dapat makan..heh!!...kat dapur ahkak kene pastikan segala rempah cukup.  Rempah kari, sup, kurma serta serbuk kunyit dan lada hitam mesti ada.  Cuba tengok ikutkan dah nampak lima menu kat situ. Hehehe...Bahan lain mesti ada ialah telur & ikan bilis.  Sesak susah tak ada idea masak apa...selain dah siap sedia haiwan-haiwan lain la kan...boleh je campakkan semua tu...

Senang kan...bukan susah pun masak...cuma jangan warm-warm tahi ayam (maksud : Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan.  Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.) dah ler...

Itu cerita DUGAAN makan dan masakan...ini ada juga DUGAAN ditempat kerja....bikin bingung...

Ahkan disuruh oleh bos besar supaya back-up kerja kat tempat lain...yang pengangkutan sangat susah...yang bos kecik selama ni kita senyum pun dia wat muka kering....dan bila mana disuruh overtime juga!!!...meratap mak!!...kalau overtime sahlah balik lambat...ahkak terfikir SATU je..budak kecik tu....takan nak bertunggu tangga kat rumah orang sampai malam kan....dah lah memang ahbang berminggu kerja malam....entahlah nak fikir banyak buat sakit kepala je..tak fikir, kena gak fikirrrrrrrrr....

Tabahlah hati....


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...