Friday 30 January 2009

Air tin MALTA Quench..

Malaysian's Largest Youth Lifestyle Festival YOUTH '09, 9-11 Jan 2009, PWTC..

Saya dok google apakah itu... lihat sini...
mungkin juga
baca yang ini
....
ada lagi disini....
maaf mungkin ketiga²nya sama sahaja informasinya....nak tengok 1 link pun takpe...


Menurut WaWa, perhimpunan (errr...boleh ke dikatakan perhimpunan) ini diadakan untuk remaja² yang inginkan pelbagai aktiviti, pencarian kerja dan macam² lagi (saya pun tak paham sangat YOUTH ni, silalah tengok link diatas ya)...

Tujuan WaWa pergi pun sebab ikut kawan² dia dan nak goodies bag!

Cerita ni cerita lama...dah beberapa minggu lepas..tapi jadi cerita baru (tapi takda lah kene mengena dengan YOUTH tu)....
BILA....
Baru² ni WanWan saya hampir terminum air ini...WaWa simpan dalam peti ais sebab dia pun ragu² nak minum....saya perasan gak air tin tu..tapi tak tergerak hati pulak nak telek apetah lagi nak minum...

"Eh ayaq pa ni dik?
WanWan saya tanya sambil menelek tin air tu....
"Ni tak boleh minum ni.. beer ka tau tak!"
Saya dengan WaWa terkejut! Masa tu kat dapur tengah masak...masing² duk kerumun air tin tu....
WanWan saya sambung lg...
"Dulu ada gak isu ni...dulu tin rena maroon + teh susu...la ni tuka rena lain skit...sama ja airnya"

Tanpa Alkohol...kita lihat pulak isi kandungannya.....

Ye betul...saya jahil tentang terma yang terdapat dalam isi kandungannya tu....tak paham pun....yang saya nampak terangan...TANPA ALKOHOL & PERISA BARLI.....

Tapi yang saya nak bincang disini ialah KILANG yang diberi lesen dan pengeluarannya adalah....Gxxxxxxxx...sebuah syarikat pengedar arak terbesar di Malaysia!!!!!

Oh...mungkin syarikat tu hanya diberi lesen cop untuk pengeluaran sahaja...bukan pembuatan atau pengilangan....(dah rasa syak disitu)....kalau YA pun hanya diberi lesen pengeluaran....tapi dah terangan nama kilang tu dipaparkan dah sudah dinamakan subahat kan....saya tak nampak pulak pengilangan dan pembuatan dimana...hiiishhhhhhhhh......

Bayangkan berapa ramai remaja Melayu dan ISLAM yang hadir dalam perhimpunan itu yang dah menogok air tersebut???....

Sebelum tu WaWa ada juga bagitahu yang dalam goodies beg tu ada poster...lawa..cantik...dia siap nk lekat kat dinding dah...TAPI bila dia amati....ada ayat² dalam kitab Injil...sebut Jesus dan sebagainya.....sekali pandang....memang tak perasannnnn!!!...saya tak tengok pun sebab masa tu WaWa dah koyak² poster tu....masa tu saya dah tiduurrr....

Saya tak kata yang perhimpunan YOUTH tu salah..tak bagus...dimana² pun perkara sebegini boleh berlaku...cuma nasiblah sebab kejadian ni berlaku setelah WaWa hadirinya....

Waspadalah....bagi saya ini adalah salah satu taktik mereka untuk menarik umah Islam terutamanya remaja Islam....yang masih mentah dan hanya tau berseronok....

Silalah ambil tahu adik² + anak² ke mana hala tujuan mereka...barang² yang mereka ada dan gunakan....

NOTA KAKI:
* Mungkin saya terlalu naif untuk debat perkara ni...tapi bagi saya sesuatu yang telah menimbulkan was² + syak wajib dielakkan...TAK MATI PUN KALAU TAK MINUM AIR TU!

Kacip Kak Timah...Tongkat Pak Ali kan ada * larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! 'matiylah' suh budak² minum air nih...:minimo_20:

Ketayap pahit!

Bangun pukul 6 pagi sebab nak basuh baju..
Packing beg sebab petang nanti nak balik Johor...
Iron baju semua...Justify FullBuat kerja macam lipas kudung pun rasa kejap je masa berjalan...
Tu la jadi lapar semacam...
Malam tadi pun tak makan apa...
Teh O dengan biskut lemak sahaja....

Sebak jap...ihiks...
Beli kuih ketayap inti pahit!!RM1 dapat 3 ketui...dalam gambar cantikkan gula merahnya..merah likat...hoho tapi pahit + kering....

Kuih karipap seketui 50sen! sedap? tak jugakkkk!!:minimo_34:

Dah la saya lapar...makan je lah mana yang boleh dimakan..tak elok membazirrr!! cewahhh...
Ni yang berkobar nak buat karipap smpai kampung nanti niiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Emmm...saya bukannya tak bersyukur atas rezeki hari ni...
Tapi mengambil sikap tak puas hati tentang peniaga sekarang...untung nak lebih...kualiti hancus! haaaaihhh takde makna la saya nak beli lagi di gerai tu lagi..tengok sapa yang rugi...

Apa yang kita buat semuakan ibadah..menuntut pahala...lebih² lagi mengaut pahala untuk memberi....bukan mencari keuntungan semata² untuk teruskan kehidupan....(alamak cam tazkirah dihari Jumaat lak)...

Ok..ok...sila sejukkan hati ya...:wink:




Thursday 29 January 2009

Jangan Boikot KFC?..

Saya dapat ni daripada emel² yang di forward.....
Sepanjang pengetahuan saya yang cetek nih...memang ramai pekerja melayu + islam bekerja di KFC...penternak + pengedar ayam ladang pun terdiri daripada bumiputera...ye lah kalau tidak bagaimana nak mendapatkan punca makanan yang halal kan...
Cuma tidak tahu hasil pendapatan keuntungan tuh diagihkan ke mana...adakah seperti yang di war² disalurkan ke Yahudi dan bagaimana...Wallahualam....

Mungkin ada dikalangan blogger yang ada informasi??
Korang nak buh kat entry korang pun tak mengapa...menghebahkan apa yang benar dan apa yang terlindung...dan mencari kebenaran....

_______________________________________

From: ARNEZA MOHAMAD [mailto:arneza@bursamalaysia.com]
Sent: Tuesday, January 20, 2009 3:53 PM

To:
....................
Subject: Fwd: JANGAN BOIKOT KFC


>>> Anizan Ahmad Shukori 1/20/2009 3:50 PM >>>
wallahualam..

>>>

Fyi..

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PENULIS EMAIL NI IALAH ADIK KANDUNG AKU
SENDIRI...

_______________________________________

salam semua...
tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
banyak orang dah tanya pada
saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .

dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah,
universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)
Bhd.
Kulim ini pula adalah
anak syarikat Johor Corporation.
siapa yang tidak tahu sila cari
mengenai johor corporation.
oleh
itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel.
KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar
yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas.

selain itu juga, dibawah KFC
Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut

Kedai Ayamas

RasaMas
Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)

bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)


tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh
itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?

oleh itu fikir2 kan lah apa
yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.


Muhamad Ammar Abdullah

Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443



Wednesday 28 January 2009

Cerita cuti ...

Seperti dalam perancangan....WanWan dan keluarganya sampai pada hari Jumaat...:wink:Saya tak turun menjemput mereka, adik ipar je yang turun...wahhhhhhhhhhhhhhh....bila mereka beri salam je, saya bukak pintu terus saya tergelak.....selepas salam² semua...saya sambung gelak lagi....

"Mak bawak megi untuk adik ke???" :minimo_20: Tak tahan betul tengok Maggi tu...macam la saya ni tak bagi makan anak perempuan dia selama dok kt umah tuh...haha...dahlah nak boikot Maggi...dah ni dh ada nanti kata membazir lak...kenalah makan juga kan...ha ha ha...

Biasalah orang tua kan kalau datang rumah anak menantu ada je yang di bekalkan dari kampung mesti bawak macam²....penuh dah umah dengan :
  • Ikan kering sepat
  • Ikan pekasam
  • Rebung asli (bukan yang bau hancing tu tau)
  • Beras biasa + beras wangi siam
  • Rempah ratus
  • Tepung²
  • Limau raya cina
  • Acar limau + acar rebung
  • haaaihhhh banyak lagi...
Jadi, bermulalah episod saya menjadi bibik bersilat didapur dengan hidangannya...he he he....sungguh SERONOK + penat...biasalah kan kalau ada tetamu kat umah kita tak kira lah keluarga atau sedara atau kawan²...

Malam tu bagi mereka berehat puas² sebab saya tau esoknya pasti ada istilah 'beraya' ke rumah saudara mara...

Hari Sabtu, kami ke Bangi rumah Pak Anjang....salah seorang adik mak mertua yang sungguh berjaya...rumah baru yang besar, halaman yang besar, kereta yang besar dan mahal...hoho... Tapi tu lah masih tak sama dengan dok kat kampung kan...ihiksss...serba tak kena jadiknya...nak buat 'gila' pun segan...hehehe.... cuba kalau rumah kat kampung, sesuka hati je ke dapur, ke depan, ke belakang, bebual macam petiiiirrrrr....tapi rumah besar macam ni saya tiba² jadi seorang yang statik, bukak mulut pun payah...senyum je lah sampai ke sudah...

Dah alang² ke Bangi, kami terjah ke Nilai....memborong tikar buluh + bingkai tulisan khat Ayat Seribu Dinar dan ALLAH + Muhammad...dan barang² keperluan dapur yang belum ada...ohh dengan cuaca yang panas lit lit....redah jugaaaa.....

Selepas tu gerak pulak ke Shah Alam...ke rumah Mak Long pulak....makan laksa...anak² dia nk mengekor balik rumah saya dan bermalam...silalah wahai sepupu²kuuu....bertambah ummah jadi bertambah la kerja bibik...hehehe....malam tu penuh lah rumah saya dengan kepala masing²...kecccooohhhhhhhhhhh!

Hari Ahad pulak, selepas makan tengahari pukul 2 petang...(itupun kepala dah pusing berfikir nak buat menu apa sebab ikutkan Mak Long nak datang, akhirnya mak mertua saya yang wat menu)...saya dan WanWan bergegas ke tempat perabot nak cari sofa...WanWan bersungguh nak derma sofa kat umah tu...ikutkan bukan lah penting sangat kan...tapi dah dia bersungguh...saya pun ikutkan je lah sambil tersengih dalam hati...:minimo_16:Akhirnya, sofa Cavenci gak sebab sesuai dengan poket WanWan....LEBIU kt WanWan saya....:minimo_30:


Hari Isnin, mereka bersiap untuk pulang ke Perlis...wahhh masa ni saya dah syahdu dah...'hujan' la juga walaupun tahan...:cry:tapi dalam bilik je...depan dorang malu lah saya wooohhhh...selepas mereka balik saya dan adik ipar membalas dendam tido....ahaksss...:minimo_15:


NOTA KAKI:
* Penceritaan yang tiada gambar tau...memang langsung tak sempat...kalau dh bersilat kat dapur, dah hidang nak ambil gambar apanya..tak sempat dah licin makanan he he...gambar jalan² pun tak terfikir....
* OH...saya memang bukan seorang pemblog tegar beserta gambar kan..he he he...

- panas lit lit = panas terik

Pagi yang aman...

Selamat kembali bekerja...

Pagi ni aman sungguh la pegi kerja....baik komuter, baik LRT...takde istilah himpitan dan senggolan...kawasan rumah saya pun tak jammed tauuu..selalu tuh...dalam kawasan apartmen pun sesak bila nk keluar daripada pintu utama...

Kat ofis ni pun leh berjimba² sebab mostly takde...yang paling penting...

BOS SAYA pun takde!!!!.....:minimo_41:yihaaaa...yuhuuuuuu...yabedabeeduuuuuuu!!

Ok ok...sekarang nk khatamkan emel yer....sampaikan over limit emel ofis saya...harap² bukan berkaitan dengan kerja....adehhh....

Friday 23 January 2009

Mee Western vs Bubur East....

OK OK OK...dah dah cukup lah tu gelakkan entry EKIN tuh...

Meh layan makanan lak.....

Silalah menjamu selera ya....:wink:

Mee Western

Ni bukan Spaghetti cap Prego ya...ni cap asli dok bersilat kat dapur...cari Oregano tak jumpa...nk amik Mix Herb cam tak ok ja...belek punya belek jumpa Rosemary Leaf...yihaa belasah je dik non....nasib bau memuaskan....takda smua ni macam Oregano/Rosemary Leaf tu takdalah nama Spagheti...jadi Mi Berlado je nanti....heheh....

Bubur East

Ni namanya Bubur Candil...resepi mak..dia yang bagi nama...sebagai anak ikut ja apa resepi dan bunyinya...makan masa sejuk kua daripada peti es lagi bes...rasa lembutdan nyaman je kat tekak....aroma daun pandan yang tatahan tuuuuuu.....

Ni semua makanan masa ala² nk kebah demam ritu.....menu tak hengattttt kannnnn :minimo_16:


EKIN pulak...

Rentetan cerita MAWI...ada juga cerita berkenaan EKIN.... sehati sejawa jiwa la katakan...


Nampak tak bawah Label Tudung Ekin RM27.90 tu apa?

ALAS KAKI ye u olsssssssssssssssss!
:minimo_20::minimo_20::minimo_20:

Ate..ape keheinya Label Tudung Ekin tu buh kat situ ye dok....
Ni la senario yang terjadi disalah sebuah pasaraya besar...tekalah pasaraya apa dan dimana...

Aduiii...saya nampak dulu baru bagitau adik ipar saya...tapi orang pertama yang gelak dialah! kuat pulak tuh....lepas tu baru kami sama² gelak dan tanpa membuang masa snap gambar...guna HP je...

Cari juga mana pulak tudungnya...nak kata bahagian sebelah sana...sah² bahagian situ laluan escalator..... pusing² lagi baru jumpa bahagian Tudung Ekin tuh..berlambak OK... natijahnya dalam gelak² tu dah sampai rumah baru teringat alas kaki pun tak beli...:minimo_34:seronok gelak la katakan...huhu.........


Macam magic la kan...tudung bertukar menjadi ALAS KAKI!! ha ha ha haaaa.....


Wahai pekerja disana silalah alert ya...kesian kawan tu menjadi bahan gelak orang ramai macam kami yang entah orang ke berapa tah duk gelakkan tudung tuh...kasihan tudungggggg periuk....:minimo_16:



Langsir BANGLAkah?


Langsir BANGLAkah?
:minimo_32:
Sungguh keji kenyataan itu....

NANTIKAN KEMUNCULANNYA....
:pompom::minimo_02::pompom::minimo_02::pompom::minimo_02::pompom:

Thursday 22 January 2009

Buang angin...

Makan anginnnnnnnn? Buang anginnnnnn???? :minimo_16:

Sekarang kan masuk petang je hujan kan...masa balik dalam LRT, dalam Komuter mesti terbayang dah benda yang panas²..pedas²...

Pekena UBI REBUS dengan SAMBAL TUMIS dengan NGOPI/NGETEH...mesti pastu tido lenakan...he he he....

Ini lah dia menu malam tadi...gigih merebus hasil cabutan daripada pokok kat kampungya kat Air Hitam minggu lepas, jiran berblok² iaitu Cik Uji .... PUTIH + GEBU + EMPUK....

Tapi ada juga lebihnya yangg dah masuk angin sket...jadi elok je untuk dibuat kuih untuk dijamu keluarga mertua datang nanti...tapi itu lah tak tahu lak nk buat kuih apa...:minimo_18:


Selain Talam/Bingka/Lepat Ubi...ada IDEA LAIN tak??? eh Getuk dengan Ubi Goreng bukan kuih tau...tu kudapan ekekeke....

NOTA KAKI:
* Sudahnya sarapan ke ofis pagi ni pun dengan ubi rebus yang dah di goreng..sambal tumis tak lupa..nasib baik tak tumpah dalam handbag...ngeh²
* Eh perasan tak...'enjin' Naluri dan Jemari macam dah bermula je...hik hik hik!!



Kelu....

Salam semua...

Saya tak tahu kenapa..bila kulit blog dah bertukar...saya jadi kelu nk berbicara...nampaknya naluri dan jemari saya belum serasi...masing² kelu untuk berinteraksi menjadikan ianya tidak terluah disini...:err:


Esok..
Saya mula bercuti...sambung dengan cuti am Gong Xi Fa Chai...asalnya ada appointment di PPUM...seterusnya mula bersilat didapur sempena kedatangan WanWan saya dan keluarga mertua...mereka beraya disini! heh....

Juga sebanyak doa untuk mak saya SEMOGA CEPAT SEMBUH...:phonecry: last saya telefon suaranya sgt sengau..mak saya demam! Kalaulah bukan kerana keluarga mertua dah awal merancang beraya disini...tentu saya akan heret WanWan saya balik ke rumah keluarga saya...Insya'allah mak selepas ni kami akan balik ya...




Wednesday 21 January 2009

WAJAH BARU...

:pompom:SELAMAT DATANG ke kulit blog saya yg baru:minimo_05:


:flower:NAAAH...bunga tuk semua pd sesapa yg membaca blog tak seberapa ni.....:minimo_30:


:what:Kenapa saya privatekan blog?...sbb nk bertapa bermuhasabah diri smbil tukar kulit ular sawa blog saya ni....huhuhu...Terima Kasih atas keprihatinan kalian...:minimo_19:


:wink:OK...tau cam apa je kulit blog saya nih...TAPI...apa saya ada kesah??? saya menulis untuk diri saya...kalau ianya beri manfaat kepada semua silakan membacanya..kalau sebaliknya pejam mata sajalah yer...tiada paksaan untuk berlama² di blog saya ni...


:reading:SELAMAT BERBLOGGING untuk semua....:minimo_09:

NOTA KAKI:
* Sila highlight text kalau nk baca topik yg lama² yer..sbb semuanya dalam font yg cerah...saya ada sedikit M nk tukar semua..ohhh sungguh sibuk ok...
* Banyak lagi entry cerita+gambar yang tertunggak semasa saya sedang bertapa..nanti dh senang saya Qada' la yer...





Thursday 15 January 2009

Mawi nyaris maut!

Peminat MAWI kah???

Sila baca disini ---->
MAWI NYARIS MAUT dalam kebakaran



Wednesday 14 January 2009

Pendek shj...

Oh OK OK OK...saya terpaksa merajinkan diri sebentar utk membuat entry ini...

* kenapa x de entry baru?
* ko sakit msuk spital ke?
* MC lg ke?
* dh masuk zon BZ sedunia ke yu?
*bla bla blaaaaaaa......

haaa...pertanyaan bertalu² baik kt YM atau SMS atau ada yg rajin testing call ofis saya...haiishh...sayang benar kamu semua dgn saya ye *perasan!! wakaka..

Utk makluman.....saya masih tak sehat dan MASIH TERUS BEKERJA...mmg lama dh ni seminggu lebeh...ohh jgn teka ianya sbg denggi @ chikugunya yer...mintak dijauhkan.... demamnya mmg melampo tp takde ruam²...ada juga yg teka "demam ada isi ke ni"..oh klu yg ni mintak didekatkan sedekat²nya pn saya rela...itupn klu betul....he he heeehhhhh.....

Nanti²lah...saya perlukan ketenangan minda....emosi....fizikal....

Doakan saya sehat....






Thursday 8 January 2009

Baloi sudah...

Rentetan drp peristiwa T & G ni...

Semalam saya perasan baki kad tu RM8.30..
Tapi pagi ni bila saya swap kt mesin...
Baki RM17!!

Oh..tegamam seketika.. *poyo je
Dlm hati dh suka..automatik je senyum sndrik...
Nampaknya T&G dh kotakan janjinya..
Pulang duit saya...

Terima Kasih...TQ....

Lupa nak citer seblum semua ni tejadi...saya report dulu ke T&G..mula² ingt nk pegi ke hub kt KL Sentral tu..tp mcm malas je sbb rasa cm sia² je betekak nanti...idea beras bernas saya call je HQ nya... seorang lelaki yg jawab...nasib ok...selalu klu berlawanan jantina senang sket nk ngorat berkomunikasi...heh....

Agak pelik time tu...kt sistem T&G sendiri takde pn tunjukkan transaksi yg kad saya di potong amaunnya...sdgkan kt sistem LRT ade la pulak kan dorang cpt je dpt tau transaksi pembelian seme...haishh...last² brader kata dia wat remark..nt ada pape dia call semula....

Jadinya...baru semalam dh nk dkt sebulan bru dorang dpt trace gaknya yg duit saya tuh sebanyak RM17 dh kene telan dgn mesin yg canggih itewww...:p

Sekurang²nya save sket duit tambang saya bulan ni..yeaaaaaaaa!!




Wednesday 7 January 2009

Puasa...

Harini 10 Muharam 1430/7 Januari 2009...

Hari Asyura...mesti ramai dh tau kan...mungkin juga ramai yg pose rini..
Nk tmbah point ni senang je...tak kira bulan apa...add yg sunat...mcm pose sunat...maka tmbah la h point....

Ok slamat berpose pd yg pose...yg x pose boleh la mkn....

*Skang saya tgh bekpes roti cicah Guara Cafe...dh 3 hari menu saya..roti roti roti....msuk nasik keluar balik...:(



CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish

*STICKY MODE....Entri baru sila skroll ke bawah yer.......



* SALAM Mama Aqish *


Nama saya Mu'adz Firas


Lahir pada 16 Oktober 2009


Berusia 2 bulan 21 hari
*tarikh berakhirnya contest



Cakkkkkkk.......cenyum itu cedekahhh...



Sesiapa nak ikut serta sila ke blog Mama Aqish.....

CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish

*STICK MODE....entri baru sila skroll bawah yer...

SALAM Mama Aqish.....

Nama saya Mu'adz Firas

Lahir pada 16 Oktober 2009

Berusia 2 bulan 21 hari
*tarikh last contest


Caaakkkk.... Cenyum itu Cedekah...hihi


Sesiapa yang ingin turut serta sila ke blog Mama Aqish....



-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...