Friday 31 May 2013

Bil Terakhir...

Assalamualaikum....

Akan dikenang selamanya...
biarlah ahkak abadikan nama arwah disini...


Selamat tinggal....
kenangan...



Cucu Bukan Anak Kita...

Assalamualaikum....

Ahkak terpanggil untuk berkongsi artikel ini...
baca dulu yer....

Sumber : Prof. Dr. Rozieta Shaary's  
CUCU BUKAN ANAK KITA...
Maaf ya, rasanya perkara ini perlu dibawa ketengah buat peringatan kita yang mungkin terlupa... 
Wahai ibu bapa, nenek kepada cucu, berilah ruang untuk ibu dan bapa kepada cucu anda mendidik dan menjaga cucu anda.  
Memanglah kita ni makan garam dulu dan lebih berpengalaman, namun, kita dulu macam mereka juga, kurang tahu terutamannya bila beranak sulung. Bingung juga : ) 
Jika mereka nampak tidak bijak, ajarlah dengan baik. Beri penjelasan dengan baik. Janganlah dikutuk si ibu atau si bapa muda itu. Janganlah dipaksa suruh jangan bagi susu badanlah, itu dan ini. Kita beri mereka maklumat mana yang baik dan mana yang buruk, biarkanlah mereka membuat pilihan. Jika salah sangat merbahaya barulah ambil langkah. Contohnya, sebab tak tahu, ibu bapa muda bawa anak berjalan di luar masa maghrib. Maka elok ditegur dan beri penjelasan bukan buat seperti mereka itu terlampau dungu. Macamanalah mereka nak menghormati kita yang dah tua ni. 
Apa-apa pun janganlah meminta anak mereka untuk kita jaga dan terpisah dari mereka kecualilah jika mereka meminta kita melakukannya. Jangan rampas masa keemasan mereka. Masa kita tuhan dah beri. Berilah mereka nikmat menjaga anak-anak mereka. 
Ketahuilah, bila kita meminta kepada anak kita, dia akan jadi serba salah. Apatah lagi menantu. 
Jika kita sayangkan cucu kita, biarkan dia membina pertalian rapat dengan ibu bapa nya. Biar dia mesra dengan ibu bapanya. Jauhi racuni pemikiran cucu kita terhadap ibu atau bapanya. Tidak ada siapa yang untung bila ini berlaku. 
Kita orang tua ni mestilah menunjukkan contoh yang baik, menjadi tempat mereka merujuk kerana mereka dapat menilai kebijaksanaan kita dan kesabaran kita serta ketinggian akhlak kita.  
Itulah peranan kita yang telah bergelar datuk dan nenek ni

: ) 
Pesanan nenek kepada 3 cucu yang comel-comel.
Rasanya ramai diantara kita mengalami situasi serupa atau hampir sama...
*aci potong jari mesti ada punyalah*
serba salah kepada ibubapa kita sendiri atau mertua disebabkan cucu...
contoh :
atok dan nenek sangat rapat dengan cucu, balik rumah pun tak nak ...
atok dan nenek tak kisah berhabis dengan cucu...
sehingga sanggup membela cucu jika buat salah...
sehingga sanggup memanjakan cucu apa sahaja dapat...
sedangkan...
sebagai ibubapa kita lagi berhak membantah untuk kebaikan anak...
seperti kata pepatah "melentur buluh biar daripada rebung"

Mungkin paling rasa tak boleh nak terima...
kalau atok dan nenek training cucu seperti dia training kita dulu..
senang cerita cara pendidikan dan penjagaan sama seperti cara mereka dulu...
sedangkan peredaran zaman juga perlu diambil kira...
paling parah langsung pula tak boleh di patah dengan kata²...
contoh :
kalau dulu ibubapa (atok dan nenek) kepada ibubapa kita memberikan nama kepada kita...
sekarang pulak ibubapa kita nak memberi nama kepada anak kita...
*senang cerita nak beri nama kepada cucu seperti mana sudah dibuat secara turun temurun tradisi keluarga*
sedangkan kita sudah bersedia berbulan lama mencari nama sesuai untuk diberi kepada permata hati yang bakal lahir...

Itu contoh je tauu...
maaflah kalau ada terkena mengena dengan readers...
namapun terrrrr...errrrr....

Hemmm memang betullah kata Prof tu...
pasrah jugalah kalau nanti diri sendiri jadi nenek..
tak tahulah cara cemana...
harap² masih belum lupa apa sudah dirasa semasa jadi ibu...
apapun yang kita lakukan biarlah bersederhana...
hati dan perasaan ni memang isu sensitif...
kalau boleh mengalah, mengalah je lah...
kalau dah sampai tahap tak betul, kena fight juga kan...
Insya Allah semoga kita diberi kebahagian kekeluargaan...
Aminnn...

Nota Kaki:
* Maaf lah yer...artikel tu copy paste...agak terabur saiz dan font...dah betulkan pun begitu juaaa...

Thursday 30 May 2013

Sayangnya...Tinggal Sejarah....

Assalamualaikum....

Bila kenang balik...
memang sebak...
sebab semua berkaitan dengan arwah...
sebab tu lama dah berfikir...
ibarat kalau buat...
seakan menepis kenangan dengan arwah...
kalau dibiarkan...
sampai bila nak menanggung kos *walaupun dianggap masih murah*
tak mendatangkan faedah pun kepada yang masih ada...
dibandingkan dengan kecanggihan komunikasi sekarang ni...

Ya...
komukasi penting lebih lagi tahun 80-an dulu...
boleh dikira dengan jari siapa yang ada telefon...
kami ada telefon lebih kurang tahun 1986..
*tahun pun ahkak yang tanya abang ahkak, ahkak bukan ingat pun hehehe*
ahkak tak pasti sebab apa arwah masukkan line telefon...
mungkin untuk memudahkan arwah berhubung dengan bos dia...
masa tu arwah kerja di Singapura...
yang ahkak masih ingat ahkak gembira dengan adanya telefon tu...
ahkak boleh main pusing² nombor...
http://eemoticons.net

Sebijik lah warna oren tu....
sumber sini...
Lepas tu kalau rosak ke apa...
macam² paten dan warna lah dapat...
tapi yang paling ingat hok oren ni lah...
sampaikan loose kalau pusing nombor tu...
asyik silap nombor ke nombor orang lain je...

Paling 'best' bila ada telefon...
macam public phone la juga...
jiran² sebelah menyebelah menumpang sama...
yang call in tu tahan lagilah kita nak melayan...
dalam masa 10 minit suruh telefon balik sebab kita nak kena panggil orangnya...
kalau call out?
pitam juga nak melayan kerenah orang...
yang ok tu ok lah, dah call hulur juga sesen dua...
ni cerita yang tak ok...
siap bermangga telefon tu...
cakap makpak bawak kunci pergi kerja...
hewhewhew!!

Bila zaman dah berubah...
transform ke telefon butang pulak...
dan pelbagai bentuk rupa jugalah dapat...
bila rosak, ganti baru *tak berapa baru pun sebenarnya*
sampaikan ada tu kami pergi sendiri ke ibusawat...
naik bas uols, terkedek² jalan serang pejabat...
dah susah sangat telefon custome service...
tapi lambat juga datang nak baiki atau ganti baru....

Adusssss...
semua kenangan tuh....
kenangan yang arwah tinggalkan untuk kami....
sampailah sekarang...
daripada nombor hanya 7 nombor...
bertambah menjadi 8 nombor...
masih kekal dengan nombor yang sama...

Sekarang...
bila rosak, report, orang datang perbaiki...
selang 2-3 hari rosak balik...
tukar telefon sudah...
tukar wayar sudah...
henjut kabel pun sudah..
sampai dah tak terlayan dah mak kat rumah tu...
rosak aje!!
lebih lagi bila kawasan asyik banjir je kan...
tiang telefon tu pun dah nak reput...
kalau tengok rekod report kerosakan...
agak pening jugalah agaknya...

Sebak...
bila semalam kata muktamad dan dipersetujui semua orang...
ahkak menamatkan perkhidmatan telefon rumah tuh...
melunaskan bil lama yang boleh menampung 3 bulan bil sekarang...
sekarang ahkak bagi mak guna telefonn CDMA yang sewanya cuma RM10...
kalau call CDMA ke CDMA atau CDMA ke fixed line atau sebaliknya...
FREE ok!!
jadi itulah yang kita cari....
kalau guna yang lama walau tak ada sewa bulanan...
setiap panggilan akan dicaj juga...
bila kumpul berlebih pulop!!
lagipun masing² dah guna HP kan...
canggih manggih semua...
nak murah gunalah caj HP ke HP kannn....

Nampak ke nombor telefon tu? nasiblah siapa gatal nak cuba...takde ringing dah...
lepas ni nombor ni mesti nama orang lain pulak huhuhuhu....
Cuma mak agak kurang setuju...
sebab telefon tu senang untuk dia nak tekan nombor...
mak panggil "telefon besar"
maklumlah mata orang tua dah kurang penglihatan...
tapi itulah dalam guna telefon besar pun selalu juga silap tekan ke nombor orang lain...
mak mak...lucu juga kadang²...
sekarang kalau nak telefon kakak yang tolong dial....
kalau yang dah biasa macam call ke rumah ahkak...
ahkak dah siap² set kat nombor...
terus je tekan dah boleh dial sendiri kan...
seronok mak sekarang boleh cakap tiap² malam dengan cucu dia...

Takpelah...
biarlah tinggal sejarah...
biarlah tinggal kenangan...
arwah bapak tetap dalam doa kami anak²nya...
Al-Fatihah...



Wednesday 29 May 2013

Bidan Terjun...

Assalamualaikum....

Ceh..
bukan sambut anak...
tapi buat bedung anak sedara..
memang dah niat nak bagi bedung...
tapi asyik tertunda je nak menjahit...
pulak tu asyik ke hulu ke hilir je kan...
dan paling menguatkan asyik tertunda..
gender baby tak tahu lagi...
bila scan asyik kepit je kaki...
kain pulak yang ada kebanyakan pink uols...
acaner...huhuhu...
bila tanya amaknya kata dah ada bedung..
jadi bolehlah buat spare sampai dia beranak...
nak jadi cerita...
bedung yang spare tu kecik la pulok!!
balut baby tak cukup badan...

Maka...
*ini cerita lama masa tu*
mengheret mesin jahit ke rumah amaknya...
masa ni dah beli kain lain nampak boy la kan...
sebab baby pun dah keluar kan...

Mesin yang banyak berjasa...mujur muat dalam beg kain ni...hihihi
Bedung atas sekali tu yang kecik saiznya...
Syukur akhirnya siap juga dalam beberapa jam...
cuma bila dah ekspress hasilnya ekspress jugalah...
cuma jahit selapis je tepinya...
harap maklum je lah yer...
hasilnya tidak seperti ini...
ini memang jahit dua lapisan tepinya...
rapi gitu!!

Tuesday 28 May 2013

Banjir lagi...

Assalamualaikum....

Nampaknya banjir 2011 belum berkesudahan...
tapi kalini masalah kat bahagian dapur pulak...
sebelum balik kampung...
ada alas lantai dengan kotak...
sebab asalnya masalah juga bawah sinki tu...
sikit je lah...
dengan harapan letak kotak akan meresap...
dan beberapa hari tinggal keringlah...
sampaikan paip utama pun kami tutup...
baik punya penjimatan...

Bila balik rumah...
bukak pintu je dah bau semacam...
tengok² kat dapur dah jadi bajak...
kotak alas lantai tu dah lencun...
selak kotak tengok air macam lendir...
kalau air daripada paip ke apa ke...
takdelah lendir kan...
masa tu rasa macam nak pengsan dah...
penat harung jem tak habis...
fikir banjir kat dapur pulak...
http://eemoticons.net

Dengan demam berbaki...
eloklah MC je hah...
doktor pun dah tahu dah...
asal balik kampung je mesti ziarah klinik dia...
http://eemoticons.net

Maka berberus bermoplah lantai busuk tu...
hemmmm....
pagi tadi bangun tidur....
air melimpah lagi...
aiyohhh...
tak tahulah mana punca....
pening cenggini!!
http://eemoticons.net


Dah tu beli rumah jauh pun masih isu...
sampai bila nak hadap perkara macam ni kan....
macam kami ni takde hak pulak nak hidup tenang....
huhuhuhu....


Monday 27 May 2013

Genap 5 hari..

Assalamualaikum..

1 MC sebelum..
cuti 3 hari..
1 MC selepas..
mula cuti sekolah..
bukan pergi holiday jalan2..
balik kampung di JB..
menjenguk orang tua..
dalam keadaan demam berbaki..

Sampai malam tadi..
sedap makan jem..
exit Lekas kena hadap trafik light bersusun pulak..
namapun cuti panjang kan....
kira persiapan jugalah future nanti...
keluar masuk highway lalu Lekas...
yang itu cerita lain ok....

Ini gambar budak tecik..
jadi penghibur lara..
sepanjang menghuni di rumah selatan....

Si Bongkok Tanjung Puteri.....hehehhhh
 

Friday 24 May 2013

Cuti Sekolah Menara KL


Bersempena dengan cuti persekolahan yang akan berlangsung pada 24 Mei hingga 9 Jun 2013, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan ‘Riang Ria Cuti Sekolah Santai Seisi Keluarga” bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Perkampungan Budaya 1Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik seperti kemunculan Upin & Ipin, Super Squad & Supertots Superhero, Kemunculan Syem Raja Lawak, Bengkel Mewarna & Peraduan mewarna oleh UNEH Raja Pensel Warna, demo produk berunsurkan pop-up, bengkel gubahan bunga, mirror carving, bottle sand art, sand art, face painting, demo memasak dan ceramah kesedaran alam sekitar oleh Chef Alwi, jualan buku komik, persembahan kesenian seperti tarian, buskin dan break dance, Sesi Kuiz, Persembahan DJ serta Mini Studio Photo.
 Selain daripada itu, Menara Kuala Lumpur turut menawarkan Pakej Keluarga berharga RM 88.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Pelantar Pemandangan (bagi Pemegang MyKad). Di samping itu para pengunjung juga akan menikmati potongan sebanyak 10% bagi pembelian tiket yang seterusnya. Dengan pakej yang ditawarkan ini, para pengunjung hanya perlu menambah RM10.00 seorang bagi menyertai setiap satu aktiviti seperti menunggang Kuda Padi, melawat KL Tower Animal Zone, merasai pengalaman memandu F1 Simulator, menerokai Perkampungan Budaya 1Malaysia dan menyaksikan kehidupan ikan berwarna-warni di Blue Coral Aquarium. Oleh itu jangan lupa untuk penuhi jadual anda untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai bersempena musim cuti sekolah kali ini. Duta Perkhidmatan Pelanggan kami akan menanti ketibaan anda dengan penuh senyuman dan layanan mesra. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03 – 2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my, facebook di www.facebook.com/officialmenarakl
, Twitter @Menara_KL dan Instagram (Menara KL).  Bagi pihak Menara Kuala Lumpur
Komunikasi Korporat KumpulanTelekom Malaysia Berhad


Wednesday 22 May 2013

Loan Rumah II

Assalamualaikum....

Sekarang mengejar masa...
dalam masa 3 bulan mesti kena dapat loan...
3 bulan dari tarikh kita booking rumah...

Malam tadi...
pergi pasar malam...
dalam perjalanan balik ada call masuk...
tengok nombor 06-xxxx
pukul 8.30 malam masa tu...
bila jawab dari bank...
oohoiiiiiiii tanjat ok...
orang bank tu kata dia lupa nak call untuk progress...
dia bagi form kat emel dan...
natijahnya pagi ni kelam kabutlah isi form...


Katanya kalau proses hari ini...
petang dah boleh dapat result...
RHB haritu dalam proses...
bank Islam pun dalam proses...
wahhhh cenggitu hebat kalau bank Muamalat ni sehari dah boleh tahu...
apapun kita tunggu je lah....
next bank, BSN...


Tuesday 21 May 2013

Susu Dutch Lady....

Assalamualaikum....


VS


Cerita pasal transformasi susu ni banyak...
tengok je kat Label Susu tu...
hari tu pergi Econsave dalam bulan empat camtu...
belek² susu sekali nampak susu Dutch Lady...
sama harga dengan susu Fernleaf yang guna sekarang...
terasa macam nak mencuba pulak susu Dutch Lady tuh...
harga RM17.99 sama harga dengan Fernleaf...
amik je lah 2 paket...
masa tu tak tahu harga sebenar susu Dutch Lady tuh...
rasanya macam RM20++ gak sama harga dengan susu Fernleaf kalau beli kat Manjaku...

Minggu ni cari susu lagi...
kunun nak amik susu Dutch Lady lagi lah...
sekali harga dah berubah asal...
*padan muka apesal tak amik banyak wat stok je haritu*
sebab dah terjatuh cinta dengan bau susu Dutch Lady tuu...
sedap je baunyaaa....
*padahal bukan makpak yang minum*
Muadz pun ok je minum susu tu...
tak ada apa masalah pun...
tapi disebabkan dah naik harga balik...
rembat balik lah susu Fernleaf tuh..
masih harga RM17.68...
memang tau pasaraya ni main harga je..
hahahahah!

Kitorang bukanlah tahap sampai kedekut...
beli yang murah² je...
susu sekarang ni bukan keperluan penting sangat dah...
umur sekarang budak dah makan macam²...
susu cuma keperluan sampingan je...
kadang² tu minum tak habis pun...
masa mintak kemain lagi...
kat taska lagilah...
ada tu tak bersentuh langsung susu...
padahal bagi 1 portion je...
kalau beli yang mahal...
bergetar dada, mengigil tangan ok kalau tak habis....
huehuehue!!

Tapi yang penting...
kena minum susu juga...
orang dewasa pun kena minum juga tau...
tak kisah la susu lembu ke kambing ke unta ke kuda ke...
asal susuuuuuuu!!




Swimming pulok...

Assalamualaikum....

Beberapa hari selepas lawatan ke KidZania tu...
taska buat aktiviti swimming pulak..
*ke main air kolam je hehehe*
tempatnya di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya...
sebelum tu budak ni tiap² hari berzikir nak pergi swimming katanya....

Layankan je lah seperti biasa...
gambar Muadz cilok daripada FB taska dia...




Ni namanya....cikgu borek, anak murid rintik..
hehehehehhe......









Gambar lain...
boleh tengok sini...


Monday 20 May 2013

Syafiq & Farhana....

Assalamualaikum....

Majlis 11 Mei 2013...
berlangsung di Presint 8, Dewan Serbaguna, Putrajaya....
selaku saudara mara..
kami pun datang awal ke dewan...
tolonglah apa yang patut...
tolong susun paper beg atas meja VIP je pun...
dan santap awal sebelum tetamu datang....
ihikssss!!
Guest Book...
Tahniahhh....
Gift..
Atas : Otomen
Bawah : Cam nari inang pun ada....
Ada je perangai budak ni...
sepanjang kat meja macam² dibuatnya...
susun gift panjang² sampailah...
tangan tersandung gelas berisi air kopi!!! +_+
apaknya tak minum lagi pun air kopi tu...
mintak mahap berkali² la makpak ni dengan budak caterer tu...
haiihhh mujurlah kenduri saudara mara sendiri...
itupun cepat² blah masuk bilik je lah...
bagi susu suruh dia tidur...
tapi harapanlah kan nak tidur...
sampailah pengantin pun dah masuk dalam bilik tu...
lagilah tak tidur...

Oleh itu...
habis dah kisah kenduri kahwin sepupu²...
selamat semuanya...
*rasa penat pun tak habis lagi*



X-Ray Selepas Pakai Susuk...

Assalamualaikum....

Excited nak tunjuk dari malam tadi lagi...
kalau tak kerana doktor tingtong Totin tepek gambar..
memang sampai kiamat pun takkan dapat tengok kot...

Sumber : Totin
Cer tengok bahagian hidung ke dagu....
nampak tak macam garis putih kecik² tuh...
nak tahu apa?
SUSUK kau!!
jenis orang suka tanam susuk...
berselirat!!
rasanya cemana doktor nak keluarkan susuk tu?
operate ke?
cadangan...
suruh je orang tu jumpa balik bomoh ke dukun yang buat susuk tu...
cemana masuk cemana gak la keluar...
dorang boleh keluarkan macam magic tu kot..
hehehehe....

Dah lah gi la tenung x-ray tuh...
kagum iols...
kalau kumpul harus penuh sebekas jarum tu...
hahahahhaha!!

Sunday 19 May 2013

Loan Rumah I

Assalamualaikum....

Pada kami..
berurusan dengan pihak yang melibatkan kewangan amat mencabar..
bermula sesi bertemu dengan bank2 untuk mendapatkan pinjaman rumah..
nak kata baru betul2 bermula sangat pun tidak..
sebelum2 ni bank2 dah mula call tawarkan servis dorang..
tapi faktor masa tak mengizinkan dengan pelbagai hal keluarga....
nak fikir pun tak daya....
bila semuanya dah selesai baru kitorang mulakan balik....

Dalam masa tu bank2 follow up....
mana dokumen tak lengkap (sepatutnya takda masalah dah semuanya dah bagi sales person, dia yang buat)
mungkin terlepas pandang...
maklumlah bukan 1 bank je kan..
kena bagi dokumen dengan mencuba segala bank..
stail developer SP ni dia buatkan semua..
dari pinjaman sampai ke peguam..
tapi yelah kita pun banyak juga tertanya nanti....
ini bukan beli aiskrim boleh main pass je kat orang....
beli ratus2 ribu wooooit.....
paling senang hadap sendiri bank..
daripada tak tahu, fahamlah juga sikit2 pasal BLR, MRTA, MLTA, percent, lock period dan macam2 lg...

Sekarang yang beri respon cuma RHB, BSN dan BANK ISLAM...
errrmmmmm......disebabkan kitorang banyak komitmen dengan RHB (bank bayar kereta).....
maka kita tengok cemana respon bank tu....
kitorang pilih pakej islam berbanding konvensional sebab :
  1.  Ada akad dan mencari barakah tentunya...rumah nak duduk biarlah tenang bukan 'panas'.
  2. ada capping maksima sehingga 10% sahaja berbanding konvensional yang boleh mark up tinggi ikut ekonomi...islamik setakat 10% tu jelah walau bank naikkan kadar nanti.. sebab tu non-muslim pun pilih islamik maaa....
Bank pulak ada offer Skim Rumah Pertama.....
untuk gaji bawah RM3000 dan 100% (full loan).....
berbanding pinjaman bank hanya 90% sahaja.....
10% lagi topup duit sendiri atau kwsp....
TETAPI....
bayaran bulanan sangat tinggi....
DAN....
dalam akaun simpanan mesti ada SATU RIBU dalam setiap 3 bulan...

Sebenarnya kitorang tak terfikir pun pasal Skim tu...
memandangkan 10% pun dah ada dan tak mahu bulan2 menanggung jumlah yang tinggi...
kitorang ketepikan Skim tu....
fikir2 Pi Mai Tang Tu gak....
buat masa ni RHB offer 4.25%-4.3%....
hemmmphh tinggi juga tu..
sebab tu perlu apply bank2 lain juga....

Secara formal dah apply loan rumah tinggal tunggu je lah...
lepas ni nak settle down dengan Bank Islam pulak....
dengan harapan lagi on phone and emel pun dah settle sebab dah banyak info bank nak haritu....
mudah2an.....
Amiiiinnnnnn....


Program Cuti Sekolah -PHOTO CAMP-

Assalamualaikum....

Dibuka juga untuk ORANG AWAM....
yuran RM300 seorang....



Objektif kursus adalah:
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas fotografi digital.
  • Memberikan pemahaman berkaitan dengan imej-imej seni foto.
  • Memberikan pemahaman mengenai fungsi DSLR dan kamera digital.
  • Memberi pendedahan awal penggunaan perisian Adobe yang merangkumi ‘Adobe Photoshop' untuk meningkatkan kualiti imej.
Borang boleh download di SINI.....
sebelum 22 Mei 2013





Friday 17 May 2013

Sambutan Hari Guru di taska...

Assalamualaikum....

Hari ini....
cikgu bersemangat upload gambar Hari Guru...
banyak nih tapi tak semua lah tepek sini...
seperti biasa cari gambar yang ada Muadz dulu...
he he he....
Dari kiri : Cikgu Hamiza (Guru kelas Muadz), Cikgu Wahida (Principal), Cikgu Kanaga (Guru Bahasa Inggeris)

Cikgu 3 orang je...
kadang² ada nampak cikgu sambilan...
tapi sering bertukar ganti...
nama pun sambilan kan....
Eh ada konsert kilaun emas eh.....
Pameran makanan dan hadiah...
Tu diaa...kek, kek dan kek...belum lagi anak² kek....
Hah ni gambar clear sikit daripada semalam....simple bangetttt....
yelah buat pun pagi nak pergi sekolah.....
Allaaahhhhhh.....apesal la muka masam cam cecorot je Muadz??????

Wooowwwwwwwww......bertuah cikgu².... ^_^
Terkesima dengan sebahagian hadiah untuk cikgu²...
memang tak terkejut pun sebab parents pun pakai BMW...
apolah sangat kan brand begini pada dorang...
he he heeee!!

Kok ye pun mak buat coklat, kat depan coklat juga tempat melepak ye  Muadz....
Hah tudung BIRU tu ialah BIBIK.....

ko hado???
TEACHER BIBIK!!
kellasssss bibik kan....
ok la tu bibik...
sempena cikgu makan²...
he he he
Lepas tu acara sukaneka...
Wahhh seronoklah korang dapat jongkang-jongkit baruuuu!!
more pictures at Adik Genius.....

Nota Kaki:
*pssstttt....paperbeg memang model gambar camtu eh...
sangat muslimah covernya...
hakikatnya tudung kebanyakannya yang pendek² kan?*

Thursday 16 May 2013

Kisah Malam Sebelum Hari Guru...

Assalamualaikum....

Maksudnya malam tadi lah...
kemas beg sekolah, keluarkan baju busuk...
jeling folder Bulletin Sekolah...
kalau nak tahu ada terbaru ke tak...
jeling kat bawah je tempat signature..
kalau kosong maknanya ada bulletin baru...
kalau dah sign tu maknanya dah lepas la kan...
jeling² tengok tempat signature tu kosong!!
baca punya baca...
maklumlah tulis omputeh...
habis baca tepuk dahi!!
esok ada celebration Teacher's Day...
suruh pakai uniform sukan dan ada macam sukaneka...
cikgu suruh bawak makanan dan hadiah samada untuk cikgu atau tukar² hadiah
*entahlah tak pasti masa baca pasal hadiah sebab kepala dah mula fikir macam²*

Suntuknya memo nih...
sepatutnya bagilah awal boleh parents nak plan...
ahkak rasa pengetua lupa kot...tih tih tih!!
ahkak pulak dah garu kepala apa nak buat nih...
sms member mengadu *hahaha*
rupanya dia pun tengah shopping malam² cari hadiah bagai...
malam tadi member kata semua kedai buku dan kedai RM2/RM5 penuh parents...
sebab melayan anak² nak beli hadiah untuk cikgu²...
garu kepala ahkak kejap nak buat apa...
ahbang pulak kerja malam...
tapi yang paling sadis...
dalam ahkak ke hulu ke hilir dalam rumah tu...
melayan dia makan, mintak susu semua...
tak perasan yang Muadz dah tertidur seawal pukul 8 malam!!!

Sebenarnya Muadz dah 2-3 hari badannya panas...
cuma badan je panas...
selsema tak ada...
batuk kahak tu adalah sikit...
asal malam je panas...
siang ok je belajar, main dan makan macam biasa...
bila siang penat...
malam terus tumbang...
lagilah dengan keadaan macam tu kan....
kalau Muadz tak tidur boleh juga panjang akal keluar cari apa yang patut....
kesian tengok sampai mengorok tidurnya....
hikmah dia tidur awal juga dapat sediakan apa yang patut....

Rasa lega juga tengok dia tidur...
sebab kalau dia belum tidur ada aje lah tak kenanya....
sambil² tunggu baju² bekerja dalam mesin ...
ahkak pun selongkar la apa yang patut kat dapur...
tengok bahan² sesuai buat mufin...
mujur cuba dulu setengah adunan...
tapi jadi mufin bantat!!!!
stresssssss!!!
masa tu dah pukul 12 malam dah....
termenung mak!!
masa tu dah kuciwa dah...
sms ahbang bagitahu dan cakap nak tidurrrrrr....
malas nak fikir dah....

Tapi ahkak cuma tidur 2 jam je...
pukul 3 pagi bangun...
kerjakan ini pulak...
hasilnya...
ada 3 design tapi nampak love je kan....
Homemade Chocolate!!...
apasal lah malam tadi tak nampak bar coklat ni!!
kalau tak lama dah siap juadahnya... isk²
filling pun cuma buh kismis je..
itu je pun yang ada...
dan adunan coklatnya campuran perasa badam kisar....
harap sedaplah....
kira² juga tadi dapat berapa biji...
adalah dalam 70 biji juga....
lepas tu buat coklat oreo pulak...
untuk hadiah kat cikgu...
nasiblah cikgu makan coklat je hahaha....

Dalam masa² kecemasan macamni...
kepala kena ligat berfikir..
idea kena kreatif....
nak buat cemana dengan coklat oreo tuh...
mujurlah cikgu 3 orang je!!!



Ahkak ambil A4 warna pink lipat dua...
tulis dengan pensel Happy Tearcher's Day...
lepas tu suruh Muadz tulis balik dengan Magic Pen...
gigih juga dia pagi² tulis sampai 3 helai...
dah siap pakai baju sukan dah....
bila ahbang balik kerja...
ahbang pun pulun sama bagi idea apa nak buat....
akhirnya jadilah begini....



Muadz kata...
"macam aiskrim je abah"
hahahaha...
komen je budak tecik ni...
jadilah tu daripada tak ada....
alah mahaplah...
gambar betul² rupa tak sempat...
masa kecederaan dah ni kalau kat padang....
asal jadi jee....

Ok...
harap cikgunya puas hati...
ucapan dapat, coklat oreo pun dapat...
makanan pun bawa walaupun hanya jajan coklat...





Guru....

Assalamualaikum....


Buat...
Ibu mertua...
*pencen tahun ni*
pakcik² dan makcik² saudara...
sepupu² sepapat...
*almost guruuuu*
handai taulan...
rakan² blogger dan FB's...
dan seluruhnyaaaaaa....


Wednesday 15 May 2013

Trip ke KidZania....

Assalamualaikum....

2 Mei lepas...
Muadz dibawa ke KidZania...
sebagai aktiviti sekolah dia...
seronoknya lahai dia...
tak sabar pakai kasut baru...
*selalu pergi sekolah pakai crocs je, ala² crocs rupa Angry Bird dan Ben10 je yang Muadz ada, senang nak keluar masuk sekolah, main playground...pakai kasut payah*
disebabkan trip hari bekerja...
maka parents tak adalah mengendeng nak pergi juga...
cuma masa hari trip tu ramai la juga yang tunggu anak² naik bas...

Trip ni charge RM85 seorang termasuk makan dan minum kat sana...
ini harga weekdays kot..
sebab ada pre-school lain kena charge RM95 seorang sebab pergi weekend...

Okeh kita tengok je la gambarnya yang dapat dari FB Adik Genius Integrated School....
gambar yang cikgu²nya ambil secara rawak je....
ahkak save la semula yang mana ada gambar Muadz je...
tak banyak tapi syukur ada....
hehehehe...

Mateen dan Muadz...cikgu kata...best friend...
tapi selalu gak Muadz ngadu...Mateen busuk, tak mandi...hahahahaha...
adehhhhh busuk² pun dok dengan dia gak khennnn.....






Bomba tecik!!!






Lepas ni kita cerita aktiviti swimming pula yerrr...




-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...