Friday, 3 May 2013

Jarak & Rumah, Kelebihan & Kekurangan...

Assalamualaikum....

Salam Jumaat....

Kehidupan kita ada kekurangan dan kelebihan...
tak semua yang kita inginkan atau impikan kita dapat...
mungkin kita bertuah rumah dan tempat kerja dekat...
tapi diuji dengan perkara lain yang kadangkala kita kurang nampak kekurangan dalam kehidupan kita...
mungkin kita kurang bertuah rumah dan tempat kerja jauh...
tapi bila berada dirumah kita dapat rasakan ketenangan yang hebat...

Seperti juga pendapatan kita...
ada yang berpendapatan tinggi...
tetapi masih juga tak cukup²...
ada yang berpendapatan rendah...
tetapi masih mampu itu ini..
samada barakah dan sifat syukurnya...

Kami perlu motivasi sekarang ni....
sebab kebanyakannya meluahkan rasa contohnya :-
"agak jauhlah juga"
"macamana nanti nak pergi kerja"
"jauhhhnyaaaaa..."
"nanti anak nak hantar mana"

Hidup kalau asyik berfikir tentang apa orang cakap...
sedangkan yang mahu teruskan hidup adalah kami...
susah kami...
perit kami...
perbelanjaan kami...
sakit pening kami...
senang tentunya kami...
hanya kami je yang tahu...
Allahuakbar...
bukannya kami jenis tak mahu mendengar kata...
sekurang²nya hormati keputusan yang kami buat....
bukan hanya tahu meng-komen tanpa menyelami apa yang kami alami...
gitewwww!!

Mungkin ada mempertahankan...
kita cari juga yang dekat dengan tempat kerja dan rumah...
sebab mereka tahu yang mereka mampu membayar sejumlah wang untuk hidup dikota besar...
sebab tu mereka berani bersuara pertahankan pendirian mereka...

Cuba orang macam kami yang  memang tahu tak mampu hidup dikota besar...
ditambah dengan perbelanjaan lain...
dengan hiruk pikuknya...

Ada suatu ketika...
SMS...
Kak Timah Bangi : Beb...macamana nak masak *sekian²*, aku lupa apa nak letak ni...
Kak Joyah Sentul : Woiii ko dah sampai rumah ke? aku stuck jammed ni dah sejam...bumbung rumah pun tak nampak lagi....
*lokasi hanya contoh*

Sedangkan Kak Timah dan Kak Joyah sama² balik kerja....
lokasi rumah yang membezakan...
dengan pengangkutan awam dan memandu sendiri...

Aku rasa yang jadi masalah kita sekarang bukan JARAK tapi stress JAMMED!!!
betul tak??
kalau jarak jauh mungkin cuma penat fizikal....
kalau penat otak?
apapun tak boleh fikir dah....
bagi satu contoh je lah ye...
ada ke orang stuck dalam jammed boleh senyum²?
menyumpah adalah...
lagi² yang jaraknya memang dekat tapi makan masa macam dari KL nak balik Seremban!

Fikirkan lah yer....

Disini ada sedikit motivasi yang boleh dikongsi bersama....

Mungkin ada yang kurang faham...
nanti selepas lulus fasa pertama nanti...
akan diceritakan semua...
semoga Allah permudahkan....


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...