Showing posts with label Artikel Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Artikel Kekeluargaan. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Isteri, Suami dan Keputusan...

Salam Ramadhan....

Sempat jenguk FB kejap...
ternampak seseorang share nukilan ini...
kite tepek kat sini je...
nak share kat FB macam tak best...
sebab keluar gambar suami dan anak dia pulak...
kang bukak wall kita terpampang gambar suami dia...
dah lain macam pulak...hehehe

Sekadar renungan....
baca daripada hati...
untuk para isteri...



Friday, 13 December 2013

Etika Makan Nombor Enam....

Assalamualaikum....

ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengn wang dan harta halal.

Makanan sunnah adalah yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.

Menjual produk makanan dengan jampi adalah hars dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, cth air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.


SUMBER : Ustaz Zaharuddin

Taknak luah panjang....
rasanya yang paling biasa adalah NOMBOR 6....
pantang orang kita ni...
bila rasa je makanan...
mesti mengkritik...
masin sangat lah...manislah....
iyaaa betulll...
tengok je lah masa ada jamuan kat ofis...
kan kan kan...



Friday, 31 May 2013

Cucu Bukan Anak Kita...

Assalamualaikum....

Ahkak terpanggil untuk berkongsi artikel ini...
baca dulu yer....

Sumber : Prof. Dr. Rozieta Shaary's  
CUCU BUKAN ANAK KITA...
Maaf ya, rasanya perkara ini perlu dibawa ketengah buat peringatan kita yang mungkin terlupa... 
Wahai ibu bapa, nenek kepada cucu, berilah ruang untuk ibu dan bapa kepada cucu anda mendidik dan menjaga cucu anda.  
Memanglah kita ni makan garam dulu dan lebih berpengalaman, namun, kita dulu macam mereka juga, kurang tahu terutamannya bila beranak sulung. Bingung juga : ) 
Jika mereka nampak tidak bijak, ajarlah dengan baik. Beri penjelasan dengan baik. Janganlah dikutuk si ibu atau si bapa muda itu. Janganlah dipaksa suruh jangan bagi susu badanlah, itu dan ini. Kita beri mereka maklumat mana yang baik dan mana yang buruk, biarkanlah mereka membuat pilihan. Jika salah sangat merbahaya barulah ambil langkah. Contohnya, sebab tak tahu, ibu bapa muda bawa anak berjalan di luar masa maghrib. Maka elok ditegur dan beri penjelasan bukan buat seperti mereka itu terlampau dungu. Macamanalah mereka nak menghormati kita yang dah tua ni. 
Apa-apa pun janganlah meminta anak mereka untuk kita jaga dan terpisah dari mereka kecualilah jika mereka meminta kita melakukannya. Jangan rampas masa keemasan mereka. Masa kita tuhan dah beri. Berilah mereka nikmat menjaga anak-anak mereka. 
Ketahuilah, bila kita meminta kepada anak kita, dia akan jadi serba salah. Apatah lagi menantu. 
Jika kita sayangkan cucu kita, biarkan dia membina pertalian rapat dengan ibu bapa nya. Biar dia mesra dengan ibu bapanya. Jauhi racuni pemikiran cucu kita terhadap ibu atau bapanya. Tidak ada siapa yang untung bila ini berlaku. 
Kita orang tua ni mestilah menunjukkan contoh yang baik, menjadi tempat mereka merujuk kerana mereka dapat menilai kebijaksanaan kita dan kesabaran kita serta ketinggian akhlak kita.  
Itulah peranan kita yang telah bergelar datuk dan nenek ni

: ) 
Pesanan nenek kepada 3 cucu yang comel-comel.
Rasanya ramai diantara kita mengalami situasi serupa atau hampir sama...
*aci potong jari mesti ada punyalah*
serba salah kepada ibubapa kita sendiri atau mertua disebabkan cucu...
contoh :
atok dan nenek sangat rapat dengan cucu, balik rumah pun tak nak ...
atok dan nenek tak kisah berhabis dengan cucu...
sehingga sanggup membela cucu jika buat salah...
sehingga sanggup memanjakan cucu apa sahaja dapat...
sedangkan...
sebagai ibubapa kita lagi berhak membantah untuk kebaikan anak...
seperti kata pepatah "melentur buluh biar daripada rebung"

Mungkin paling rasa tak boleh nak terima...
kalau atok dan nenek training cucu seperti dia training kita dulu..
senang cerita cara pendidikan dan penjagaan sama seperti cara mereka dulu...
sedangkan peredaran zaman juga perlu diambil kira...
paling parah langsung pula tak boleh di patah dengan kata²...
contoh :
kalau dulu ibubapa (atok dan nenek) kepada ibubapa kita memberikan nama kepada kita...
sekarang pulak ibubapa kita nak memberi nama kepada anak kita...
*senang cerita nak beri nama kepada cucu seperti mana sudah dibuat secara turun temurun tradisi keluarga*
sedangkan kita sudah bersedia berbulan lama mencari nama sesuai untuk diberi kepada permata hati yang bakal lahir...

Itu contoh je tauu...
maaflah kalau ada terkena mengena dengan readers...
namapun terrrrr...errrrr....

Hemmm memang betullah kata Prof tu...
pasrah jugalah kalau nanti diri sendiri jadi nenek..
tak tahulah cara cemana...
harap² masih belum lupa apa sudah dirasa semasa jadi ibu...
apapun yang kita lakukan biarlah bersederhana...
hati dan perasaan ni memang isu sensitif...
kalau boleh mengalah, mengalah je lah...
kalau dah sampai tahap tak betul, kena fight juga kan...
Insya Allah semoga kita diberi kebahagian kekeluargaan...
Aminnn...

Nota Kaki:
* Maaf lah yer...artikel tu copy paste...agak terabur saiz dan font...dah betulkan pun begitu juaaa...

Wednesday, 15 June 2011

Hati-hati berkata ‘jangan’ kepada anak

Assalamualaikum....

“Ana, jangan panjat tangga, nanti jatuh!”

Pekikan sebegini selalu kedengaran di rumah atau di mana saja. Asal sahaja ada perkara baru yang hendak dilakukan oleh anak, kita cepat menggunakan perkataan keramat ‘jangan’, ‘sibuk je’, ‘jangan banyak tanya’ ataupun yang seangkatan dengannya.

Itulah ibu bapa prihatin namanya, ingin menjaga anak supaya tidak sakit, atau terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini kepadanya. Tetapi dalam tidak sedar, sikap kita yang teralu proaktif boleh mengganggu perkembangan sosial seseorang anak dan membuatkannya hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Bagaimana ia berlaku?

Anak kecil yang baru menjengah dunia, tidak tahu apa-apa dan mula belajar daripada model pertama yang dilihatnya di rumah, iaitu kita, ibu dan bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap bayi yang dilahirkan berada di dalam keadaan fitrah, ibu bapalah yang mencorakkannya untuk menjadi Majusi, Nasrani ataupun Yahudi.”

Fitrah yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah ialah agama Islam yang berkeadaan firtah. Firtah bermaksud suci bersih iaitu positif dan berada pada tahap kuasa yang maksimum, buktinya firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian.” (QS at-Tiin 95:4)

Jadi sebagai hamba Allah yang suci, bersih dan berada pada kuasa yang paling maksimum, tidak ada keraguan dalam kamus hidupnya dan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah SWT.

Itulah asalnya diri manusia. Inilah anak kita yang masih sangat dekat dengan fitrah manusia. Ðia berani dan tiada keraguan serta sentiasa positif. Sifat-sifat ini jika dipandu dengan baik oleh ibu bapa, sangat membantu untuk tumbesarannya. Apabila usia anak tiga hingga enam tahun, anak kita sedang mula belajar melakukan semuanya sendiri, daripada mengayuh basikal, melukis, mewarna, menulis, makan dan sebagainya, semuanya hendak dibuat sendiri. Pada ketika itu, sokongan daripada ibu bapa akan menerbitkan rasa seronok dalam diri anak dan memberi keyakinan kepadanya untuk terus mencuba perkara baru.
 
Rasa tidak dihargai

Sebaliknya, jika anak sentiasa menerima kritikan dan dimarahi setiap kali dia melakukan kesalahan, dia akan merasa tidak dihargai, rasa bersalah dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan mengganggu kehidupan sosialnya. Ibu bapa yang terlampau mengawal pergerakan anak-anak mereka dan banyak melarang daripada memberi galakan serta menagih sepenuh ketaatan daripada anak, tanpa sebarang persoalan (autohitarian parents) akan membentuk peribadi anak yang selalu moody, pendiam, menghadapi masalah untuk berkomunikasi, pemalu, introvert dan sukar mempercayai. Keadaan ini menyukarkannya untuk berinteraksi dengan orang lain.

Ibu bapa yang baik akan sentiasa memberi galakan kepada anaknya untuk melakukan perkara baru. Ðalam masa yang sama, masih meletakkan garis panduan dan tidak terlalu mengawal tindakan anaknya. Mereka mendengar pendapat anak dan menerangkan pendapat tersebut baik atau tidak untuk diri anak. Ðan yang paling penting, mereka berjaya memperlihatkan dengan jelas bahawa akhirnya keputusan akan dibuat oleh mereka selepas mengambil kira pendapat anak (authoritative parents).

Akhirnya, perkataan yang digunakan akan menggambarkan perasaan yang diluahkan. Jadi, walaupun masih kecil, anak-anak kita sangat faham dengan bahasa dan perkataan yang digunakan oleh ibu bapa mereka. Anak yang sentiasa diberi sokongan dan kasih sayang, di samping diberi teguran yang membina akan tumbuh sebagai individu yang baik. Cara menegur anak yang efektif ialah dengan mengambil kira karakter anak tersebut.

Jika dia merupakan seorang yang periang dan sentiasa ceria, teguran yang perlu diberikan ialah dengan cara pujukan, kerana anak-anak ini sangat memahami dan gemar dipujuk dan dibelai.

Manakala jika anak yang agresif dan sangat aktif, teguran yang boleh dilakukan ialah dengan sentuhan. Sentuh dan belai anak ini dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah kata-kata yang tepat dan jelas supaya mereka faham teguran yang hendak dilakukan.

Anak yang pemalu perlukan cabaran dan untuk anak yang pasif, teguran yang mujarab ialah dengan mengajak mereka berbincang dan rasionalkan meraka dengan fakta.

Insya Allah, semoga sedikit tips ini membantu kita untuk sama-sama membesarkan anak dengan berjaya dan menjadi ibu bapa yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Sumber : Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia di MW#1423 & Emel SIM



Kan....kita sebagai mak bapak selalu kan sebut JANGAN...tah berapa kali tah...sebab takmo memudaratkan anak...tp mentaliti anak dah terima lain...so bagaimana ye?

Macam ahkak marah kat diri sendri gak asyik sebut JANGAN je..sedangkan dah tahu kesan JANGAN tu camana.....kadang² biarkan je..paling tidak pun kalau dah nakal sangat dan memang perbuatan tu tak boleh dibuat...ahkak akan kuar jari telunjuk...goyang-goyang dan said NO NO NO...hahahaha

Tetiba je terus speking....kalau macam tu ikut plak dia...kadang-kadang dia macam tahu tak boleh buat...terus dia secara automatik sebut NO NO NO sambil goyang jari telunjuk dia....

http://www.emocutez.com



-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...