Friday 30 August 2013

Selami Merdeka III

Assalamualaikum....

Jommmmm!!

TM telah membuka Galeri berkaitan kemerdekaan....
dibuka untuk ORANG AWAM juga yer....

26 Ogos hingga 12 September 2013

Galeri Ceritera Tanah Airku
Lobi Menara TM, Jalan Pantai, Kuala Lumpur


Selamat Hari Merdeka!!

Mini Roti John...Penyek....

Assalamualaikum....

Hai korang...
minggu ni memang kejadian tekejut je...
sume kejadian dapat notis last minute...
maka hasil semua pun last minute...

Harini ada jamuan kat taska sempena MerdekaRaya...
kene bawak food...
maka jadilah Bento roti beramai²...
cuba buat menu yang tak ada dalam google...
*tapi kalau sipi² bahannya adalah...nama pun roti john kan*
sebab menu ni asal daripada kakak ofis...
dia selalu bawak buat kitorang mentekedarah...
jadi dah itu je yang simple dan senang...
*senang tapi meratap berdiri sejam nak habiskan roti tu*
pada mulanya nak buat dadih/trifle...
tapi motif utama adalah bekasnya...
dah habis dan kalau nak pergi beli...
setakat nak beli bekas tu...
redah Yummie selepas waktu kerja...
memang nahas je...
takpelah kita pendamkan untuk menu dan celebrate akan datang...
InsyaAllah...

Dan ini hasil air tangan ahkak yang last minute...

Mini Roti John....Penyek...
Tak nampak rupa apa kan...sebab dah penyek hehehe...
Side atas....
Bahannya :
  • Roti Baby Bun/Potato Bun (guna Potato Bun jenama Sweetie, 1 pek ada 8 biji bun, dan dibelah dua yek)
  • Daging kisar (1/2 pek atau anggaran sendiri, guna daging kisar jenama Ramly)...
  • Telur (guna 10 biji telur untuk 3 setengah pek Potato Bun...perasa lagi dengan cheese powder+mayonis)
  • Butter untuk menggoreng telur.
Caranya :
  • Daging kisar tumis dengan bawang, perasa dan lada sulah. *ini resepi tumis ikut suka ati, nak pedas tambahlah cili, nak colourful tambahlah sayur campur*.  Masak sampai kering airnya...
  • Pukul telur macam nak buat telur dadar.
  • Campur dengan daging yang dah masak.
  • Sediakan kuali bulat *kalau guna kuali leper/pemanggang ajaib jenuh nanti nak kejar telur bersepah*
  • Letak sikit butter.  Dan api kecik.
  • Senduk bancuhan telur tadi anggaran senduk kecik.
  • Letak belahan roti Potato Bun.
  • Penyekkan roti dengan sudip/sudip masak burger tu.
  • Terbalik²kan roti.
Ok siap!!!


Side bawah yg nampak roti...





UPDATE : Bilik Sewa - Vista Angkasa....

UPDATE 30/8/2013

Perhatian yer...
sampai sekarang dapat lagi call (dah delete nombor telefon kat blog ni tapi rasanya kat iklan tempat lain masih ada sebab dah tak ingat buh kat mana dah) bertanyakan bilik ni... humangaiihhhh....dekat 4 tahun dah....ahkak pun dah tak tahu menahu sangat kalau bilik ni kosong atau tak walaupun masih ada contact² lagi dengan budak rumah lama yang masih duduk situ....tapi idoklah kerap....jadi usahlah bertanya lagi yeee...kadang rasa nak gelak pun ada...sebab ada yang telefon tu lelaki tolong carikan untuk awek ok...baik sungguh pakwe...weeeeeeee.....tapi salute lah sekurang²nya korang mencuba nak tanya...tahu betapa peritnya nak cari bilik, kan...sebab bilik² kat area sini memang macam pisang goreng panas uols!! nak cari yang elok pun susah....apatah lagi housemate yang sekepala....hehehehe...ok....

======================================================================

BILIK utk DISEWA..DISEMBER 2008 

Apartment VISTA ANGKASA, Kerinchi, KL
BLOK 8, RUMAH TEPI


  • PEREMPUAN & MUSLIM.
  • 1 @ 2 ORANG.
  • RM300 SEBULAN TERMASUK api+ air+utilities.
  • Deposit 1 + 1 (RM100 - api, air, utilities).
  • Rumah kategori 4 bilik, BILIK ke-3.
  • Bilik tepi ada tingkap nmpak permandangan.
  • Kemudahan asas dapur, mesin basuh, meja mkn,TV dll...
  • Bekerja @ Belajar.
  • Berdekatan Universiti Malaya + Midvalley + Menara TM.
  • Bersebelahan Federal Highway.
  • Hub pengangkutan - LRT Putra Stesen Universiti, Bas , Teksi.
  • Kemudahan Kedai Runcit + Cyber Cafe + Dobi + Kedai Makan + Pondok Pengawal + Surau + Pasar Malam.
Hubungi : xxxxxxxxxxx

Sila war²kn ke seantero mesia yek..tq...gambo bilik xde ek..sbb hrp maklom..bilik bujang..ekekeke...proses pelonggokkan brg² sdg berlaku utk sesi pemindahan ujung bln inik...hehehe



Thursday 29 August 2013

Selami Merdeka II

Assalamualaikum....

Atas inisiatif.....
TM telah membuka Galeri berkaitan kemerdekaan....
dibuka untuk ORANG AWAM juga yer....

26 Ogos hingga 12 September 2013

Galeri Ceritera Tanah Airku
Lobi Menara TM, Jalan Pantai, Kuala Lumpur





Wednesday 28 August 2013

#36 : Kain Pelekat La La La La...

Assalamualaikum....

Mulanya selepas raya...
memang meratap nak kain pelekat...
mungkin nampak SEMUA orang lelaki (pakcik²) dia kat kampung pakai kain pelikat...
selagi tak dapat kain pelekat tak mahu solat...
puaslah mujuk...
ada hari ok ada tak...
dah sibuk beraya mana nak layan sangat kerenah dia...
bila balik sini minggu pertama raya tu...
singgahlah pasar malam..
dia pulak ingat pasal kain pelekat dia...
sebab ada kedai jual² kain batik kain pelekat kan....
tapi pasar malam pun lengang...
berapa kerat je gerai bukak...
sudahnya tak dapat juga...

Baru minggu sudah pergi pasar malam....
dapat juga kain pelekat budak...
budak² pun tak adalah saiz sebiji dia...
labuh juga sampai ke tengkuk...

Bujang dah dia...


Seharian jugalah pakai kain ni...
ikut solat pun penuh...
haisshhh budak ni...
bukan senang nak didik anak....





Puding Roti...

Assalamualaikum....

Emel war² sehari sebelum...
majlis farewell...
bila potluck masing² kelam kabut...
mula² terfikir frozen food..
tapi masing² dah cop karipap dan pau...
hah memang harapanlah kan...

Ahkak pun cepatlah cari pakcik google..
apa yang paling senang dan simple...
ingat² balik apa ada kat rumah...
terus teringat nak buat puding roti..
walaupun asalnya roti sekeping pun tak ada...
tadahal...
roti boleh beli singgah balik kerja nanti....
mendapatlah capai roti panjang RM3.40...

Bangun awal macam biasa...
sebab masak, kan...
sambil² tu buatlah puding roti....
dah nak dekat pukul 7 pagi...
puding roti masih dalam oven ok...
mujurlah mood Muadz harini baik sikit...
pada mulanya bangun meragam gak taknak pergi sekolah...
tapi bila apak dah pujuk...
boleh pulak cakap...
"yey yey Muadz nak pergi sekolah, Muadz taknak nangis"
rasa nak menangis mak ko nak....
terus dia buka baju seluar nak mandi...
memang awal dia mandi hari ni...
syukurrrrr.....

Jadi...
bila puding roti masih dalam oven...
masih panas, nampak bergegar dan lembik...
nervous jap fikir masak ke idak ni...
telefon pakar, yeee memang begitu teksturnya...
terkocoh jugalah...
sebab dah pukul 7 pagi..
masa untuk bergerak keluar rumah...
terus je capai paper dan beg dan puding roti beserta LOYANG sekali...
meratap panas pegang loyang....
sepanjang jalan bau naik...
sepanjang dalam komuter meratap pegang beg nilon yang panas...
buat tak tahu je dahlah berdiri kan, gigih....
hahaha nasiblah orang yang hidu bau roti tu dalam komuter tu...
mahapkan sayeeeee.....

Resepi asal sini...
Gula : 1 cawan (200g gula)
Majerin : 5 sudu besar (guna butter)
Fresh milk : 800ml (campur susu cair dan fresh milk)
Roti : 15 keping 
Telur : 1 biji
Esen vanila : 1 sudu kecil -untuk hilangkan hanyir telur. takde pun takpe-
Choco chip : secukup rasa untuk hiasan (tambah kismis dan pewarna)
*dalam kurungan warna merah tu ahkak yang derhaka resepi yer)

Hasilnya adalah ini...

Bancuhan sebelum bakar
Bancuhan sebelum bakar tapi dah berhias atasnya...
Dah nak habis....lupa nak snap gambar yang dah siap...
puding roti kena serang raksaksa, namanya ni...
Memang nampak kecah sebab lembut lagi...
namapun baru keluar oven katakoo!!
sebenarnya first time buat ni...
mihmihmih...
walaupun ada orang kata "ala kacang je"
nak buat selalu bukan menu kegemaran...
disebabkan menu ni simple dan cepat..
layannn je lah....
oihh diri sendiri pun tak rasa ni...
sebab dah overload hidu baunya sepanjang jalan....
lagipun laku juga sebab tak banyak orang buat dessert....
kira ni cuci mulut la kan....

Sekarang tengah fikir menu untuk taska Jumaat ni pulak....

Tuesday 27 August 2013

Selami Merdeka I...

Assalamualaikum....

Lagi 4 hari...
kita menyambut kemerdekaan negara yang ke 56...
sunyi sambutannya...
tenggelam dek open house raya..
hehehehe....
lepas ni boleh buat title Open House Merdeka Raya pulak ek...
sebab merdeka pun masih dalam bulan Syawal....

Atas dasar inisiatif...
TM telah membuka Galeri berkaitan kemerdekaan....
dibuka untuk ORANG AWAM juga yer....

26 Ogos hingga 12 September 2013

Galeri Ceritera Tanah Airku


Lobi Menara TM, Jalan Pantai, Kuala Lumpur



"....Saya ni nak pi London....UMNO tak dak duit, 
saya pun tak dak duit.... 
Saya jual Istana, Ayahanda dok murka...
ayahanda suruh jadi Raja, saya tak mau, 
saya nak jadi Presiden UMNO,
nak bagi Malaya MERDEKA..." (Sumber Bernama)



Monday 26 August 2013

Sekolah? Naheeeee!!

Assalamualaikum....

Inilah hal yang kena fikir sekarang...
sebenarnya daripada minggu lepas...
lepas raya dan bercuti panjang...
mood ke taska budak kecik ni merudum...
tapi masih boleh dipujuk lagi...

Kalau minggu lepas...
diserahkan segala kepada bapaknya...
sebab bapaknya kerja shift petang...
boleh melayan hantar pagi dia ke taska...
itupun macam² juga kerenah...
dah sampai pagar taska...
melalak taknak pergi sekolah...
ada tu siap request Milo kotak lagi...
dah terpaksa bawak dia sama pergi stesen Petronas...
dalam pada tu bapaknya kena sound dengan teacher...
"next time u dont do like this...bla bla bla"
maksudnya melayan kerenah anaknyalah...
Eh...abistu kalau budak tu dah melalak meragam...
ahkak tak rasa dorang (teacher) tu boleh layan kerenah dia...
dah dapat Milo elok je perangai budak tu sampai ke sudah...
senang kerja dorang kan?

Dan dua hari terakhir minggu lepas...
disebabkan hujan ahkak la hantar dia ke taska...
hemmm gitu juga perangainya...
motif utama daripada rumah taknak pergi taska...
drama juga kat pagar taska...
merah muka dan merembes airmata...
siap mintak gula dan ok....

Bila tengok keadaan macam tu...
kami cuba happykan dia minggu ni...
bawak pergi jalan² berbayar hari Sabtu...
*next entry publish*
dan open house hari Ahad...

Tapi....
bila sampai rumah...
nampak beg sekolah...
baju sekolah..
peralatan sekolah...
mula buat drama balik...
"muaz taknak gi sekolah"

Alahai anakkk...
apa masalah ni..
dan kitorang mulalah menyiasat...
tanya dia kenapa dan mengapa...
masa tanya siap on video...
secara kesimpulannya adalah...
"nanti kawan² kaco Muadz"
ohhh apakah anakku dibuli??????
ada la dia sebutkan beberapa nama kawan² dia...
tapi iyalah nakal budak² ni...
kita pun faham...
mungkin Muadz tak boleh terima..
lagipun kawan² dia semua besar dan tinggi..
dia dahlah halus kecik cenonet..
lahaiiiiii.....

Memang sekarang ni...
fikiran kat taska je ni...
ni pun dok goggle ni...
*zaman sekarang info hujung hari je mihmihmih*
banyak info yang keluar...
salah satunya ini...
kemungkinan memang ada kat sini...

Antara Penyebabnya :-

1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah. *memang ada dia kata nak duduk dengan Ummi...adehhh* 
2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah *seperti kesimpulan*  
3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya. *dulu ada seorang teacher tu dia tak suka, tapi tak suka pun bukan dia yang cakap, kita tahu daripada pergerakan fizikal dia*  
4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya *setahu ahkak dia suka berkawan, hatta kat berjalan kat shopping mall pun dia dulu yang dekat dengan budak lain siap mengaku itu friend dia..eh²*  
5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat. 
6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan. 
7. Tidak suka bangun awal pagi. *nama pun budak², memang liat sikit nak bangun dan ada ketika pun senang nak bangun, memang kena tetapkan masa untuk dia tidur sebab kalau tidur lambat lagilah meragam nak suruh bangun*  
8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah.
Amacam?????
Cadangan Penyelesaian :-

1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya.. *grrrr puas dah meratib kat dia cerita pasal kawan² ni*
2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa. *itu yang pergi jalan² dan upah belikan sharpener dan pensel warna masa weekend haritu* 
3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas. *bangun bila tahu semua orang tak ada disekeliling dan mengadap tv tengok kartun...adoihh....pakaian siap bergosok ye*
4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin.   
5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya. *selalu je buat macam ni...tengok dia mewarna, baca A-BA-TA dll. *
6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. *rasa macam nak bagitahu jugalah..tengok petang ni dia macamana...tak berubah juga esok memang kena bagitahu * 
7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan). 
8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan. *heemmm sebenarnya ini dalam perancangan tahun depan...just wait and see* 
9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.

Huuurrrmmmmmmm?????
Doa senjata Mukmin kan...


Saturday 24 August 2013

Majlis Aidilfitri Ofis 2013

Assalamualaikum....

Kalau bab makan²...
open house, open office...
isitilah Syawal sebulan...
jadi bila dah mula bertugas...
confirm setiap Division/Bahagian dah mula sibuk plan majlis raya....
kat sini dah lama tak buat besaran under 1 company...
peruntukan untuk Division/Bahagian je...
contohnya macam tempat ahkak...
Division/Bahagian Group Finance...
bawahnya ada banyak unit...
maka bergasaklah berebut makanan dalam dewan tu...
hehehehe....
lepas tu Division/Bahagian pulak yang buat...
contoh Group Human Resources pulak...
haa bergasak lagi anak² unit kat bawahnya....
gitulah....


Gambar makanan tak ada uols...
menunya tak meriah macam tahun lepas...
kambing golek...
*ini ahkak terpa dulu sebab selalunya laku dan habis cepat*
sate, nasi dagang, nasi campur, rojak, lemang, nasi himpit, rendang, kuih muih...
*laksa, soto pun tak ada...menu biasa kalau open house gitu*
kuew teow goreng...
*masak kat situ tapi amatlah lambat sebab orang yang masak lemah gemalai ish*
cendol, air sirap dan minuman panas...
haaa kan macam tak meriah gituu....
bila gosip² dorang lebih tak gemar yang nasi campur tu...
menu dah biasa macam lunch kan....
mujur bukan AJK....
kalau tak mesti kena soal jawab...
hehehehe

Tapi tu lah dah pakai lawa²...
tetiba keluar nama...
unit ahkak ditugaskan untuk jaga kebersihan...
jadi DBKL pulak ko....
pegang plastik sampah...
nasiblah warna hijau...
mihmihmih...
kalau warna hitam nampak nauuuu!!!....
sebenarnya mengawal je plastik² sampah tu...
kalau penuh ganti lain...
jadi tak adalah macam tong² sampah awam tu...
penuh sampai tertumpah dan menyakitkan mata...
dan juga meringankan kerja kakak² cleaner tu...
dorang mesti lagi berat tugasnya...
nak bersihkan tempat...
nak sapu, nak mop lantai...
belum lagi kes cendol tumpah atas kerusi empuk tu...
lalalalala......

Apapun...
selagi bulan masih bernama Syawal...
hujung minggu pun tak sunyi daripada jemputan open house kan...

Friday 23 August 2013

Kurung Anak di Taska...

Assalamualaikum....

Rupa²nya blog yang kena tunggu sampai 600 saat tu...
*sorilah tuan punya blog, i tak link kat blog u, buang masa je*
bukan empunya sebenar cerita...
dia pun cilok cerita daripada sumber lain...
tulis sumber tapi tak buat link...
lainlah tu sumber asal...
eksklusif boleh la tahan lagi....
sudahnya ahkak google je la cari sumber asal...

Ini sumber asal...
korang bacalah yer....
pasal anak yang dikurung dalam stor ditaska sebab kuat menangis...
aduiihaii...
bukan senang nak bukak taska...
bukan senang nak jaga anak orang...
amanah orang tu....


Motif tunggu 600 saat?

Assalamualaikum....

Kan...
nak bukak blog seseorang...
sebelum tu kena LIKE FB dia...
tak boleh close/pangkah pulak tu...
ada je blog yang boleh close...
bila keluar pop up FB dia...
tak perlulah kot nak like personal FB orang...
kalau kita tak ada kena mengena pun...
paling parah kena wait 600 seconds!!
motif kena tunggu selama tu??
motif kena like FB dia??

Ini bukan masalah...
kau tak suka baca tak payah tunggu...
tapi disebabkan nak baca isu sejagat...
pasal anak² kat nursery pulak tu....

Hishh...
hilang mood ahkak pagi² nih..
tak apa kita tunggu je lah...
nanti dah dapat info ahkak share kat sini...
tak payah nak like FB ahkak pon....

Iskkkk!!




Thursday 22 August 2013

Nahas Bas di Genting...

Assalamualaikum....

Takziah kepada keluarga mangsa...
sampai sekarang tak keluar lagi kan...
nama² mangsa...
cuma tahu setakat ni 37 orang mati...
yang lain 16 cedera dan itupun masih ada yang kritikal...

Tak dapat la nak bayang...
tinggi tu...
bas pulak dalam keadaan uzur...
baca pun ngeri apa yang terjadi kat dorang...

Boleh dikatakan antara nahas teruk berbanding sebelum ni....

sumber : themalaysianinside

Sesungguhnya kalau nak tahu...
ahkak tak pernah naik lagi Genting tu...
mihmihmih...
entoh bila gaya nak datang situ...
belum terbukak hati kotnya...
bila tengok gaya gini...
lagi berapa entohlah gayanya ni....

Semoga ambil iktibarlah semua...
takdir dah memang takdir...
tapi semua pun bersebab kan....
salah satu punca adalah keadaan bas juga...
pihak berkenaan silalah buka mata yer....


Wednesday 21 August 2013

Nak Putih Tak?

Assalamualaikum....

Mesti ingat ahkak jual produk...
idok lerrr.....
cuma teruja dengan ketaksuban...
sesetengah orang MELAYU...
kepada produk² dipasaran...
lebih lagi untuk PUTIH....
ternampak kat forum sendiri...
sendiri maksudnya forum kat tempat kerja...
kalau forum² jualan lain confirm banyak....
Nama Penjual  mau putih macam artis korea??meh dapatkan Jenama Produk rmxx ringgit jer termasuk pos .01x-xxxxxxxx
Kellllllasssssssss nok...
putih macam artis korea gitu...
ko hado??

Orang lain tanya....
Nama Ahli Forum  ade kelulusan dari KKM ke?
Tokei diam...tak lama lepas tu...
Nama Penjual  sape yg nk order krim pemutih tadi sila emel ke xxxx ye shout sangkut
Dan² kan shout sangkut...
orang lain Enter ok je...

Kalau ye pun ko nak putih..
eh bukan putihlah sebenarnya...
cerah sikit daripada warna asal kulit...
amik masa beb...
gunalah cara tradisional...
tapi malas kan...
banyak benda kena buat...
itu yang cari cara senang...
tepek krim...
2-3 minggu dah putih gitu....
ada tu beberapa hari je...
dahlah harga murah...
cepat pulak effect...
korang tak terasa sesuatu kerrrr......

Tak mustahil kalau ko dah putih pun...
satu hari kulit ko kembali kepada asal....
tak pun kan...
ko tak pelik ke...
muka ko je putih...
badan ko tak...
dan katanya ada jenis yang minum...
untuk putih seluruh badan...
errrrkkk.....
ok dah malas nak komen...
hehehe....

Boleh tak kata...
bersyukurlah dengan warna kulit yang ko ada...
habis kalau kulit ko dah sawo matang...
keturunan Jawa pulak tu makpaknya...
macamana nak tukar kulit jadi orang Korea??
derrrrrrr......

Nota Kaki:
Orang Jawa toksah kecik hati ok...
gunakan contoh orang Jawa...
sebab ahkak pun Jawa jugekkkk....


Tuesday 20 August 2013

Main Bunga Api...



Assalamualaikum....

Rasanya cerita jalan² raya dah habis...
sebab tak ada gambar kan...
hehehe....
sampai raya ke 3 kitorang jalan beraya benarnya...
raya ke 4 dah surrender...
jadi layan cerita ada budak kecik teruja main bunga api....
teruja dengan pelita baru...
teruja nak main bunga api kekdahnya...

Memang tahun ni...
rasa lain macam sikit meriahnya...
mungkin sebab Muadz dah faham...
ahbang memang beriya spend untuk bunga api & mercun...
*mercun tu bapaknya yang main, Muadz memang lari, dia layan bunga api je*
ahkak pulak dah plan nak serikan keliling rumah dengan pelita...
lagipun pelita lama dah hanyut ke mana tah...
pelita lama jenis sangkut kat tiang tu...
dan bila kitorang dah bersungguh...
abang akak pulak tambah serikan lagi dengan lampu liplap Ketupat....

haaa meriah kooo!!
malam raya main bunga api.....
malam raya ke berapa tah....
dengan Nyai.....
Selalu setiap malam raya...
abang sepupu dia datang main mercun sekali...
kali ni tak datang la pulak...
sampai persembahan dah habis...
yang dewasa ni lah tumpang main bunga api sekali...
maka rasa meriah la juga jadi budak²...
hehehehe




Monday 19 August 2013

Jalan² Beraya...

Assalamualaikum....

Raya kedua...
mula beraya ke kampung...
kebetulan kat rumah makcik..
semua datang serentak...
tak plan pun...
jarang berlaku...
jadi penuhlah rumah...
yelah walaupun singgah...
tapi masing² ada plan nak pergi rumah mana dulu kan...
inipun ikhsan gambar daripada sepupu...
hikhikhik...
layan je....

kaum adam...
kaum hawa...
Dari kiri : Mak ahkak, Mak Ton (adik mak), baju oren tu kakak ahkak...
Dari kiri : Abang ahkak (yang balik kampung dengan bas ituhari bertiga dengan Muadz),
Abang sulung dengan anak dia....
kaum hawa lagi...
anak² Mak Usu dan Mak Usu tengah² tudung oren...
sama je kan secetak je muka...mihmihmih...
Memang seharian kat kampung...
balik semula rumah dah tengah malam...
ginilah bila kat kampung dah tak ada siapa²...
hatta rumah peninggalan pun...
sekarang ni ziarah jelah mana saudara yang ada...
rindu suasana dulu²...
balik kampung 2-3 hari...
mandi sungai...
main kejar²...
berebut toilet time peak hour...
hahahaha!!
merajuk rumah atok sini, lari rumah atok sana...
arrghhh kenangan...

Ok dah tutup kot cerita raya haritu...
bila dah balik ke sarang masing²...
open house la pulak...
memang tak tertunai semua...
mana yang sempat je...
beraya ke rumah saudara² yang dekat kat sini pulak...
dekat..
tapi setahun sekali je jumpa...
lahaiiiiiiiiii.....
bz bebenor letewww....





Jalan Tutup...

Assalamualaikum....

Salam pagi Isnin...
mood pagi ni ok-ok je lah...
makpak pun rata² dah mula kerja...
anak² dah mula sekolah...
mood jadi ok-ok je sebab...
jalan shortcut yang selalu ahkak guna...
dah kena palang...
sebab kawasan situ banyak sangat kes samun rumah...
maklumlah rumah besar² dan pastinya berduit, sayup mata memandang...
katanya untuk sementara...
sempena raya ramai balik kampung...
kawasan jadi sunyi...
nampaknya hanya kata²...
sebab pagi tadi masih berpalang...

Jadi pagi tadi...
gagahkan jugalah diri lalu jalan besar...
sebagai pemandu jalan kedua...
kena bagi keutamaan pemandu jalan utama nak belok simpang...
tapi itulah jenuhlah nak tunggu clear...
kalau dah sentiada ada kenderaan je...
kena curi² masuk jugalah...
dan kenderaan dari jalan utama kenalah juga bertimbang rasa...
tapi biasalah manusia kan...
memang susah juga nak toleransi...
*nasibbbbb*

Risau juga...
sebab bawak Muadz...
mujurlah dia jenis duduk diam...
pakai seatbelt....
tapi mulut tak reti diam tanya macam²......
mengganggu juga kadang²...
ihikkksss...
kalau sebelum ni guna jalan shortcut tu...
ada traffic light...
jadi tak gaduh nak cross jalan...
sekarang nak cross jalan macam nak pergi perang...
belum lagi kenderaan dari jalan lurus laju macam kat litar...
adehhhh.....
memang inilah kehidupan...
heheheeeeehhhhhh!!!

Semoga Allah pelihara kita ye nak...
Amiinn...




Sunday 18 August 2013

HyppTV Sports Pack dengan Dua Saluran Baru


Saturday 17 August 2013

SHARKNADO "Membaham"!!

ULANGAN - SABTU 17 Ogos 2013 jam 5.50 petang & AHAD 18 Ogos 2013 jam 9.30 pagi








Friday 16 August 2013

Raya 2 ke Pusara...

Assalamualaikum....

Raya kedua baru beraya bersungguh....
tempat pertama pergi adalah ke kubur arwah bapak....
pejam celik dah masuk 3 tahun arwah pergi...
Al-Fatihah untuk Haji Mohd Sidik bin Haji Rafiee....


Gambar lama...
Kami sebak...
sebab Muadz dah pandai baca doa untuk arwah atuk dia...
baca Surah Al-Fatihah...
walaupun banyak bunyi irama daripada huruf...
bunyi jugalah Surah Al-Fatihah tu...
sambil kita pun baca sekali bagi panduan....
Muadz pun dah faham yang arwah atuk  dia dah meninggal...
kalau tahun sudah siap tanya...
"kubur Muadz mana?"

Ok jangan sedih² dah...
kenapa kitorang tak pergi raya pertama?
Ustaz kata...
1 Syawal adalah hari kemanangan dan gembira umat Islam...
berkumpul keluarga, ziarah keluarga dan jiran....
eh sebenarnya RAYA cuma sehari je tau, ustaz kata...hehehe....
jadi biarlah 1 Syawal tu penuh dengan kenangan yang gembira, bukan kesedihan...
sebab nanti pergi kubur suasana jadi sedih...
lagipun kita ke kubur dengan niat apa selain sedekahkan doa....
*doa pun dari mana² je boleh sampai, kan*....
ke kubur dengan mengingati mati, tentang akhirat...
sesuai dengan suasana sunyi dapat rasa kalau kita dialam barzakh nanti...
kalau kat kubur pun dah sesak ramai manusia hiruk pikuk....
suasana tu dah tak ada...
macam pergi fun fair je jadinya nanti....
ada betul? bukan ahkak cakap...
tapi ustaz kata....

Satu lagi sebab...
hoiiihhh confirmlah penuh keliling perkuburan...
parking kenderaan pun jadi masalah besar...
hemmm tapi terpulanglah kan...
yang penting niat kita...
ada kata raya pertama tu lah semua berkumpul...
sekali harung pergi pusara...
tak pun pergilah petang...
suasana dah reda sedikit....

Cuma pada pendapat seposen kami...
bila ternampak orang jual air mawar, bunga² dah hirisan daun pandan...
untuk ditabur atas kubur...
ironinya??
kalau sampai costly semata untuk ditabur ke pusara...
tak perlu kot...
*ini bukan pasal menyekat rezeki orang yang berniaga macam tu*...
cuba kita berbalik kepada sunnah...
sunnah dapat pahala, itu aje...
yang penting DOA anak² yang soleh...

Kami ada juga bawak air...
hanya bawak air putih biasa letak dalam botol...
tujuannya cuma nak bagi rumput atas pusara tu tumbuh...
tumbuhan² hidup seperti rumput dan pokok inilah yang bertasbih dan berdoa...
*kalau macam tu bunga boleh tapi POKOK BUNGA HIDUP ye*
basah²kan tanah yang kering kontang...
sental sikit mana batu nisan atau yang berlumpur tanah tu...
nanti tak nampak nama pulak...
manalah kita tahu kan...
kalau ada orang lain nak ziarah pusara arwah...
senang nak mencari....
gitewww.....





Thursday 15 August 2013

Raya 1 di Pagi Raya...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....
raya mesti seronok kan...
paling seronok budak² la kan...
lagi² yang dah faham pasal raya....
faham budak²lah...
main bunga api...
*next entri tertunggak*
pakai baju raya...
duit raya....

Pagi raya...
ahbang agak risau sebenarnya...
nak bawak Muadz ke masjid...
sebab mengambil masa yang lama...
lainlah kalau solat fardhu kat masjid...
sekejap je kan...
orang pun tak ramai....
tapi disebabkan semua nak solat raya...
Muadz pun awal pagi dah bangun...
semangat raya gitu....
orang sibuk mandi, dia pun nak mandi sama...
orang sibuk bersiap, dia pun sibuk sama...
jadi...
abahnya kena cekal hatilah....
heret anak teruna bersama ke masjid...
berbekalkan air masak sebotol dan gula² mentos...
tak lupa juga pakai diaper!!
kang tengah solat ada budak meraung nak pergi toilet...
naya je dah la orang ramai....
sampai masjid berpecahlah kitorang...
ahkak selamatlah tak bawak tentera kecik...hehehehe....
sok² Muadz dapat adik gegirl rasakan la ahkak....hew hew hew....

Kitorang tak balik sama...
sebab dekat jalan kaki je ke masjid...
mak pulak biasalah jumpa kawan² melekat lama kat masjid....
orang laki selalunya dah sampai rumah dulu...
bila dah balik rumah....
tanya abah dia cemana masa kat masjid....
masa solat sunat je dia ikut...
masa solat raya dia dah malas...
"Muadz taknak solat, nak duduk je"
haaa tengok datang mood mendom dia...
pastu ahbang cerita...
masa rakaat terakhir selepas salam kedua...
ahbang tengok arah dia tiba² je....
airmata meleleh....
senyap...
sendu pun tak...
lahaiiii sedih dihari raya ye nak?
kitorang dengar kelakar pun yer....
anak...anak....
buat penghibur hati sungguh....
Entri ni cuma nak abadikan kenangan....
tahun ni Muadz belajar ikut abah ke masjid solat raya....
*solat fardhu dah selalu dah*
gambar tak ada lupa nak bawak HP...
kalau tak boleh posing depan masjid...
ahakssss.....
gambar ni pun boleh lah...
berbaju melayu dan bersongkok gituuu....

Nampak tak songkok besar...
songkok abah dia benonya....
songkok dia tah ke mana tahnya....
Raya pertama tak pergi ke mana²...
lepak rumah je...
ye mehhh...
charged energy...
penat sebelum raya masih bersisa...
raya kedua baru nak jalan² beraya gitu....
baru feel beraya kan....

Raya pertama tunggu budak² dan orang datang beraya...
eh ada gak beraya rumah jiran² terdekat...
sambil bertukar juadah gitu...
*harap amalan ni kekal sampai bila²*
bila dah bertukar juadah...
menu pun dah bermacam²...
maka aktiviti seterusnya...
makan...
tido...
tengok tv...
makan...
tido lagi....
bangun tido...
makannnn....
korang naik berapa kilo lepas raya?????
hahahaha.....



Wednesday 14 August 2013

WW : Pelita Baru...

Assalamualaikum....


Ish ish ish...muka excited ini budak...
Petang sebelum Raya...
ada budak tak sabar nak main bunga api...
petang lagi kerah abahnya pasang pelita...
layankan ajeeeee...

Pelita baru...
tag harga pun tak tanggal lagi....
maklumlah selalu banjir...
pelita lama hanyut ke mana tahhhhh!!!
ok next entry cerita main bunga api yeee...


Tuesday 13 August 2013

Derma DaraH Raya...

Assalamualaikum....

Pagi tadi...
member level atas call..
bagitahu nak join derma darah tak...
aiihh baru teringat lama tak menderma...
belek buku dah setahun...
yelah kadang² bila hospital/Pusat Darah datang..
tengah 'bulan mengambang'lah...
tengah demamlah sebab makan ubat...
membantutkan je nak menderma...

Kitorang orang terawal...
yelah lagipun bangunan masih kosong...
orang ramai tak kerja lagi....
sambil borak² dengan orang yang test darah...
ahkak kata...
"tak dapat derma harta derma darah pun jadilah"
orang tu kata...
"ok lah juga derma darah ni...menyerah diri *sambil gelak*...lepas raya ni darah tak cukup....terpaksalah keluar cari darah...hospital kurang darah dah ni"
lepas tu borak² dengan kakak² nurse tu...
mostly memang semua dah berumur...
dalam 40 tahun ke atas gitu...
selain borak pagi dah makan ke belum...
selain borak raya balik mana...
ada juga borak pasal kesihatan...
pasal anak...

Kakak nurse tu kata...
sebenarnya kahwin awal tak bagus...
sebab sistem dalam badan belum matang...
dan potensi kanser...
masa dengar tu macam terkejut...
sebab selama ni kita dimomokkan dengan...
kahwin lambat yang banyak gejala...
yelah ahkak ni sedarlah diri kahwin lambat...
cuma ahkak nurse tu kata potensi kahwin lambat ni...
macam menopouse je lah...
tapi sebelum gejala menopouse ni berlaku ada caranya macam makan ubatan..
yelah sebab muda lagi belum jejak 40 tahun...
tapi ada juga umur 30 tahun lebih dah menopouse..
*huwaaa takutnya dengar*
kalau dah 40 tahun tu macam potensi down syndrom...
tapi kan tawakal dan berdoa kan...
sedangkan yang muda pun ramai juga dapat/potensi down syndrom...
kakak² nurse tu bagitahulah kan...
tipu dorang, tertipulah ahkak yang menyampaikan cerita ni....

Eh sedangkan dia dah 40 tahun lebih...
masih dapat baby...
Alhamdulillah rezeki kakak nurse...
dan ada beberapa orang kawan² dia pun dah 40 tahun lebih...
Alhamdulillah anak² semua sihat...
eh ada kakak ofis ni pun anak dah dua umur 40 tahun lebih...
sebab dia pun kahwin lambat....
Alhamdulillah anak² pun semua sihat...
comel lagiiiii.....

Apapun semuanya dalam ketentuan Allah...
doa yang terbaik kan....


Cerita Sebelum Raya...

Assalamualaikum....

Hari ni....
Huish...
mula kerja hari ni...
tapi ofis masih kosong...
blog pun terabai semenjak balik kampung...
hajat hati nak tukar header blog pun terabai...
*tapi dah tukar dah ni ambil kesempatan bos² pun cuti lagi*
line kat kampung macam biskut...
setakat bukak FB boleh tahan lagi...
itupun kadang² connection error...
bila kena menunggu depan smartphone/tablet...
baik abaikan...
kerja rumah banyak menanti...
menatap wajah orang tua dan keluarga lagi afdhal...
daripada menatap gadget gituuu....
itulah sebabnya blog sunyi sepi dihari raya...

OK...cerita...
Sebelum raya...
FYI,
rumah kat kampung hasil peninggalan banjir...
asal hujan lebat, banjir...
kadang hujan tak lebat, banjir...
bukan setakat banjir air tapi lumpur...
itulah hasil pembangunan...
sikit² tegak bangunan...
sikit² tumbuh flyover...
sikit²...eh..
bukan sikit dah...
banyak pembangunan...
jadi rumah² terpinggir jadi mangsa...
sebab tulah...
kalau macam raya ni...
nak berkemas dua kali ganda...
sebab tulah...
amik cuti sebelum lama sikit...
untuk tolong berkemas...
sanggup balik dulu naik bas dengan anak....
*ahbang Rabu baru mula cuti*
lainlah rumah dah sedia berkemas walau sikit tinggal nak polish je...
balik malam raya pun boleh....
adik beradik pun dah dengan keluarga masing²...
terhad juga nak menolong, kan...
mana yang agak² senang....
singsinglah lengan...

Lagi...
Sebelum raya...
dua hari sebelum raya...
berbelanjalah kitorang barang² basah dan lain²...
kata dah pandai bawak kereta...
haruslah membawa mak dan kakak berbelanja...
kita jadi driver je pun jadilah...
tapi itulah nak jadi cerita...
*biasalahkan setiap orang mesti punya cerita kalau dah bawak kereta ni*
gores dan menang!!
senyummmm.....

Teksi...belakang kanan...
Kereta kakakkuuuuu.....depan kiri...
Kekdahnya nak reversed daripada parking...
teksi tu parking senget...
masih dalam petak tapi bontotnya dah hujung petak...
ahkak banyak jaga belah kanan nak reversed  kanan...
tak perasan pun teksi tu parking senget...
sangkut la kan...
lahai malas nak cerita banyak cemana kena...
benda dah jadi, kannn...
memanglah ahkak salah pun...
teksi tu pulak dengan gaya samseng la juga...
tau jelah perangai orang teksi cemana...
kalau ikut pict tu tak teruk mana pun kan...
kereta kitorang yang teruk...
kita berbudi bahasa mintak la mahap...
dia gaya samseng..
"takkan minta maap je kak oi"
masalah ke kalau cakap elok²...
memang lah tahu kene setel dengan duit kan...
camlah ahkak ni kuno sangat...
pungpang²...
dia mintak RM150...
ahkak pun call la ahbang semua...
suh dia negotiate...
pungpang²...
dapat RM100...
sampai abang ipar pun datang tengok...
dapat RM80...

Yelah sebenarnya...
kalau buat pun teksi dia tu..
memang lebih RM100++ pun...
TAPI itupun kalau dia nak buaaaatttt....
tak nampak sangat pun benarnya...
kitorang punya ni kalau buat mau koman² RM300 gak...
ishh pada ahkak dah memang salah pun...
memanglah kena tanggung...
TAPI tu lah...
cara dia samseng sangat...
geram pulak tengok...
dah la sesama bangsa...
yang paling best boleh dia cakap...

"abis sewa teksi saya harini siapa nak bayar?????"


Itu yang kitorang tak boleh terima cara dia cakap camtu...
bukannya teksi tu tak boleh jalan pun kannn.....
tu sebabnya mintak kurang lagi....
sebenarnya asalnya boleh je nak bagi RM100 tu senang cerita genap...
tapi bila fikir cara tak macam orang pun...
samseng gila....
weh masa tu tengahari pun tak lagi...
orang kat pasar tu berduyun...
boleh je cari rezeki kan...
ini belum pape dah bergantung dengan hasil 'gores & menang' tadi...
kau kerja keras haritu orang ramai...
bukan setakat sewa teksi...
dapat lagi duit raya hasil penat lelah...
itulah kan....
selama ni ahkak dengar je cerita orang² teksi...
*tak semua*
terkena batang hidung sendiri...
baru tahu...

Mujurlah kereta kakak tu...
bila dah balik..
abang ipar tolong polish dan tak nampak lah teruk...
kemek tu pun kebetulan kat sudut yang memang lekuk...
memang tak nampak sangat....
syukurrr....
kira buat masa ni tak adalah mendatangkan apa² pun...
cuma luaran je lah....
nama pun gores kan...
Alhamdulillah....
nanti dapat rezeki lebih...
bolehlah tolong² topap nak  mekap balik...
Amiinnn....


Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum....

Masih belum terlambat...


Ahkak sekeluarga mengucapkan...
SALAM AIDILFITRI...
AMPUN & MAAF...
seandainya tulisan ahkak selama ni...
ada yang membuatkan hati terguris dan terasa...
biasalah hakikat kehidupan...
banyak cacat celanya...
sebagaimana hakikat kita sebagai manusia..
tak sesempurna mana...
tulisan disini sebahagian daripada hakikat kehidupan kita, kan....
mana yang buruk kita jadikan panduan....
mana yang baik kita jadikan pedoman....

AMPUN & MAAF sekali lagi...
semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan & Syawal akan datang...
Amin Ya Rabb.....

Tuesday 6 August 2013

UPDATE : Balik Kampung dengan Bas..

Assalamualaikum...

Meh la tengok gelagat Muadz dalam bas..
petang semalam kami sampai..
Balik beraya tahun ni..
kami dua beranak balik naik bas..
wah lama tak naik bas ekspress..
dan pertama kali juga naik bas kat TBS..
jejak TBS berkali2 dah..
cuma pengalaman naik kat terminal bawah tu je belum..

Muadz memang excited..
hari2 tanya bila nak naik bas...
dan dalam perjalanan pun berkali2 gak tanya..
"umi bila nak sampai rumah Nyai"
huhu lotih mak cari jawapan...
mujur hanya 4 jam je dah sampai..
bas berhenti pun hanya untuk penumpang ke tandas..
Muadz memang ahkak pakaikan je diaper..kikiki..
itupun Muadz sendiri lupa dia pakai diaper..
atas bas bagitahu nak kencing!
ayomakk itulah risikonya..

Budak excited giler naik bas...
Seronok tengok bas, kereta, lori lalu lalang...siap ikut gerakan lagi...
Sudahnya tidooooo dengan Ahmad....
Muadz tido sekali je...
itupun tak sampai sejam...
selainnya membebel sendiri...
dengan Ahmad...
dengan Robot...
ahkak pun mengantuk...
pejam mata tapi tidur² ayam je lah...
terjaga tengok dia buat apa...
tu tau dia bebel bercakap sendiri...


Oh ya gambar ni..
dapat beg goodies dari tv3 dan tv9 masa dalam bas...dapat sorang satu....
dapat air mineral, kurma, biskut gajus, kopi, sampul raya dan poster jadual rancangan raya...
eh biskut gajus tu sedap!!
He He He


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...