Monday, 26 August 2013

Sekolah? Naheeeee!!

Assalamualaikum....

Inilah hal yang kena fikir sekarang...
sebenarnya daripada minggu lepas...
lepas raya dan bercuti panjang...
mood ke taska budak kecik ni merudum...
tapi masih boleh dipujuk lagi...

Kalau minggu lepas...
diserahkan segala kepada bapaknya...
sebab bapaknya kerja shift petang...
boleh melayan hantar pagi dia ke taska...
itupun macam² juga kerenah...
dah sampai pagar taska...
melalak taknak pergi sekolah...
ada tu siap request Milo kotak lagi...
dah terpaksa bawak dia sama pergi stesen Petronas...
dalam pada tu bapaknya kena sound dengan teacher...
"next time u dont do like this...bla bla bla"
maksudnya melayan kerenah anaknyalah...
Eh...abistu kalau budak tu dah melalak meragam...
ahkak tak rasa dorang (teacher) tu boleh layan kerenah dia...
dah dapat Milo elok je perangai budak tu sampai ke sudah...
senang kerja dorang kan?

Dan dua hari terakhir minggu lepas...
disebabkan hujan ahkak la hantar dia ke taska...
hemmm gitu juga perangainya...
motif utama daripada rumah taknak pergi taska...
drama juga kat pagar taska...
merah muka dan merembes airmata...
siap mintak gula dan ok....

Bila tengok keadaan macam tu...
kami cuba happykan dia minggu ni...
bawak pergi jalan² berbayar hari Sabtu...
*next entry publish*
dan open house hari Ahad...

Tapi....
bila sampai rumah...
nampak beg sekolah...
baju sekolah..
peralatan sekolah...
mula buat drama balik...
"muaz taknak gi sekolah"

Alahai anakkk...
apa masalah ni..
dan kitorang mulalah menyiasat...
tanya dia kenapa dan mengapa...
masa tanya siap on video...
secara kesimpulannya adalah...
"nanti kawan² kaco Muadz"
ohhh apakah anakku dibuli??????
ada la dia sebutkan beberapa nama kawan² dia...
tapi iyalah nakal budak² ni...
kita pun faham...
mungkin Muadz tak boleh terima..
lagipun kawan² dia semua besar dan tinggi..
dia dahlah halus kecik cenonet..
lahaiiiiii.....

Memang sekarang ni...
fikiran kat taska je ni...
ni pun dok goggle ni...
*zaman sekarang info hujung hari je mihmihmih*
banyak info yang keluar...
salah satunya ini...
kemungkinan memang ada kat sini...

Antara Penyebabnya :-

1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah. *memang ada dia kata nak duduk dengan Ummi...adehhh* 
2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah *seperti kesimpulan*  
3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya. *dulu ada seorang teacher tu dia tak suka, tapi tak suka pun bukan dia yang cakap, kita tahu daripada pergerakan fizikal dia*  
4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya *setahu ahkak dia suka berkawan, hatta kat berjalan kat shopping mall pun dia dulu yang dekat dengan budak lain siap mengaku itu friend dia..eh²*  
5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat. 
6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan. 
7. Tidak suka bangun awal pagi. *nama pun budak², memang liat sikit nak bangun dan ada ketika pun senang nak bangun, memang kena tetapkan masa untuk dia tidur sebab kalau tidur lambat lagilah meragam nak suruh bangun*  
8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah.
Amacam?????
Cadangan Penyelesaian :-

1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya.. *grrrr puas dah meratib kat dia cerita pasal kawan² ni*
2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa. *itu yang pergi jalan² dan upah belikan sharpener dan pensel warna masa weekend haritu* 
3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas. *bangun bila tahu semua orang tak ada disekeliling dan mengadap tv tengok kartun...adoihh....pakaian siap bergosok ye*
4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin.   
5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya. *selalu je buat macam ni...tengok dia mewarna, baca A-BA-TA dll. *
6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. *rasa macam nak bagitahu jugalah..tengok petang ni dia macamana...tak berubah juga esok memang kena bagitahu * 
7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan). 
8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan. *heemmm sebenarnya ini dalam perancangan tahun depan...just wait and see* 
9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.

Huuurrrmmmmmmm?????
Doa senjata Mukmin kan...


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...