Tuesday, 2 August 2011

Dugaan Ramadhan...

Assalamualaikum....

Syukur...hari ini dapat berbuka bersama ahbang...dia kata nak masuk lambat belah malam...jadi dapatlah bersama berbuka...ya, ahkak tak masak...kami membeli belah secara berhemah di Pasar Ramadhan (PARAM)...ahbang kata haiwan-haiwan dalam peti ais tu boleh guna masa dia kerja nanti...sebab masa dia kerja tentu kami tak dapat berjalan di PARAM kan....habis RM15...nasi ambeng, kuih dan air...sebenarnya motif utama adalah mencari kurma...sambil melayan kerenah budak kecik ni dok menggelupur bosan seharian dalam rumah..kalau kat rumah pengasuh ramai kawan-kawan main sesama kan...

Sahur pulak semalam masak menu sahur sup ayam, tempe goreng, ayam goreng dan sambal kicap...siap dalam sejam...dan seterusnya tetap masak...tapi itu lah tak tentu lagi nanti kalau dah berbuka sorang, sahur pun sorang...nak beriya masak pun bukan semangat..entah-entah goreng telur makan dengan kicap...hehehe...

Cerita pasal menu, masak, makan ni tentu yang lebih pusing adalah ibu-ibu...setiap hari nak berfikir menu untuk keluarga....tak kira la menu tunjuk-tunjuk atau memerah keringat di dapur...kategori DUGAAN gak tuh lebih lagi yang memerah keringat kat dapur...dengan penat belum habis dah bersilat kat dapur..ye tak...

Ahkak ni kalau bab masak memang sediakan bahan-bahan asas untuk seminggu macam bawang kisar dan ikan bilis kisar (sebab tak guna bahan perasa).  Siap-siap kisar bawang besar, bawang putih dan halia sekali kisar.  Ikan bilis pulak asingkan tapi kisar sikit dengan bahan kisar tadi supaya senang hancur ikan bilis tu.  Yelah ada menu kadangkala tak perlu guna ikan bilis sebab tu diasingkan.  Kalau tak sekali kisar je..bahan-bahan asas tu la penting sekali, senang nak masak dengan cara cepat.  Kalau masa tu nak masak, masa tu hegeh nak mengupas, selepas terawih la baru dapat makan..heh!!...kat dapur ahkak kene pastikan segala rempah cukup.  Rempah kari, sup, kurma serta serbuk kunyit dan lada hitam mesti ada.  Cuba tengok ikutkan dah nampak lima menu kat situ. Hehehe...Bahan lain mesti ada ialah telur & ikan bilis.  Sesak susah tak ada idea masak apa...selain dah siap sedia haiwan-haiwan lain la kan...boleh je campakkan semua tu...

Senang kan...bukan susah pun masak...cuma jangan warm-warm tahi ayam (maksud : Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan.  Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.) dah ler...

Itu cerita DUGAAN makan dan masakan...ini ada juga DUGAAN ditempat kerja....bikin bingung...

Ahkan disuruh oleh bos besar supaya back-up kerja kat tempat lain...yang pengangkutan sangat susah...yang bos kecik selama ni kita senyum pun dia wat muka kering....dan bila mana disuruh overtime juga!!!...meratap mak!!...kalau overtime sahlah balik lambat...ahkak terfikir SATU je..budak kecik tu....takan nak bertunggu tangga kat rumah orang sampai malam kan....dah lah memang ahbang berminggu kerja malam....entahlah nak fikir banyak buat sakit kepala je..tak fikir, kena gak fikirrrrrrrrr....

Tabahlah hati....


5 comments:

  1. huhuhu betul.. dugaan besarr.. huhu sy senin-jumaat buka ngan mia je.. huhuh.. maka menu adalah biasaa.. pas isyak br la bersilat2 nak masak tuk sahur.. huhuh

    nehiii..katakan tidak pada oT... hehehe

    ReplyDelete
  2. back up tempat lain yg pengangkutan nya susah?? alahaii bos besar tu.senang2 je main suruh.merayu lah kak.ckp tak buleh.tak bulehhhh

    ReplyDelete
  3. sama la kita kak
    nak masak2 mmg sediakan bahan segala siap2..cepat skit nak masak
    kalau time tu br nak kupas bawang segala..mmg org dah azan.. ayam atas api lagi la jawabnya

    kata je tak boleh kat boss tu
    bg segala alasan yg sgt kukuh

    ReplyDelete
  4. hmmm bulan puasa ni memang kena banyak bersabar, macam-macam je ujian yang datang ... sabar ye kak

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...