Ehem hem hemmmm....korang dah bayar zakat fitrah? Kena cepat-cepat tau..bila cepat bayar, cepatlah sumbangan tu disalurkan kepada golongan yang memerlukan....nak raya ni kan...kenanglah golongan tak mampu nak meraikan 1 Syawal nanti cemana....moga dengan zakat kita tu meringankan dan memberi cahaya Aidlfitri untuk dorang....bayar zakat ni tak kira lah tanggungjawab lelaki ke perempuan...ahkak? of course la tanggungjawab suami..hehe...kalau anak perempuan yang BEKERJA nak bayarkan zakat ibu ayah pun boleh tau...jangan ingat tanggungjawab LELAKI je...
Sekarang tempat bayar zakat kat mana-mana je...bukan kat masjid je...shopping mall pun ada....kebetulan Ahad pergi Tesco kajang...ada Amil zakat kat situ....ramai juga yang shopping mengambil kesempatan menunaikan kewajiban....Alhamdulillah....
Tempat strategik sebelah kedai NAGOYA...orang perempuan 'berzakat' dalam kedai, orang lelaki berzakat dengan Amil..hahaha...
Masa arwah bapak ahkak dulu, bila balik selepas bayar zakat fitrah...dia akan pegang kepala sorang-sorang...contohnya..."ayu dah"...sorang-sorang lah dia usap kepala...hehehe..tak ada apa pun benarnya...saja je arwah wat camtu...mungkin sebagai tanda dia jalankan tanggungjawab keatas ahli keluarga bawah tanggungannya....dan sambil mengeratkan lagi kami adik-beradik dengan terjadinya perbuatan macam tu...cam sweet je....emmm...rindu kat arwah...
Oh ye ini ada kadar zakat fitrah tahun 2011....ini kadar minimum...bagi lebih boleh saja....
Sumber google
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
No comments:
Post a Comment