Wednesday, 24 August 2011

Bantu Kembar 3...

Assalamualaikum....

Ustaz/zah kata..bulan Ramadhan ni banyakkan bersedekah... apa lagi pada golongan asnaf tak mampu...menjelang lebaran ni kan......tak dorang bukan sakit...tapi kemiskinan menghimpit keluarga...dengan 4 orang anak...3 kembar...

kembar 3 ni ..comel kan..perempuan lak tu....macam AUNI AUNI AUNI...ini pun dapat info dari blog AMRAFAHAN...bapak kembar 3...tahu perit jerih ada anak kembar 3 ni...


Janganlah pulak ada kata pasal susu tu..."susu ibu lebih baik..lebih jimat dan sebagainya"..aduhhhh...jangan ye..sesenang cakap bila kita tak rasa apa yang mereka alami....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Ini kisah dorang dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE :-

Dibelenggu masalah kewangan

BALING 16 Ogos — Sepasang suami isteri dari Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang di sini berhadapan dengan keperitan hidup untuk membesarkan tiga bayi kembar perempuan mereka yang kini berusia tiga bulan.

Bayi kembar tiga itu, Nurul Fasihah, Nurul Farishah, dan Nurul Farisha Mansor memerlukan sekurang-kurangnya 15 helai lampin pakai buang dalam sehari.

Mereka juga memerlukan susu botol sekurang-kurangnya enam hingga tujuh botol sehari. Dalam seminggu seberat 1.8 kg susu tepung bayi diperlukan.

Bapa bayi berkenaan Mansor Ibrahim, 44, seorang pemandu lori kayu getah secara sambilan sejak beberapa bulan ini hanya mampu memperoleh pendapatan RM400 sebulan manakala isterinya, Yusniza Yusuf, 37, tidak bekerja.

Mansor berkata, dengan pendapatan sebanyak itulah dia menyara keluarganya termasuk membesarkan anak sulung mereka Mohd. Adam Haikal, 3, dan terpaksa menumpang di rumah ibunya Esah Tahir, 73.

Katanya, paling menyedihkan, dia tidak dapat menyediakan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Bagi meringankan beban yang ditanggung ketika ini, Mansor sudah pun membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, tetapi masih menunggu permohonannya diluluskan.

Ketika ini, keluarga itu tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
Sementara itu, Pengarah JKM Kedah, Zulkifli Ramli ketika dihubungi berkata, kes permohonan Mansor akan diberi parhatian segera. – BERNAMA
Bantuan boleh disalurkan ke :-

Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2


Atau disalurkan terus ke

Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.

No HP: 013-4214573

 **No. akaun, alamat dan no telefon adalah hasil usaha sahabat sahabat saya di Kelab Kembar Malaysia. Moga aktiviti kemasyarakatan seperti ini menjadi agenda utama kelab kami. <-- Copypaste dari blog AMRAFAHAN


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...