Gambar sekadar lakonan...google je... |
budak² la paling gembira...
DUIT RAYA!!
kalau zaman ahkak dulu..
takdanya dapat banyak macam sekarang..
yelah zaman berubah :)
Heemmmphhh...
perangai anak ahkak..
pasal duit raya ni...
boleh dikira la berapa kali dia amik sampul tu...
kebanyakannya bunyi...
TAKNAK!!
waduh...
sampaikan saudara kata..
"bagusnya dia tak mementingkan keduniaan"
perli ke apa tu? :p
rasa nak tergolek gelak pun ada...
yelah kadang timing tak tentu..
mengantuk ke...kembung perut ke...
apa bagi pun taknak...
tapi ye lah budak²...
cemana pun meragam..
dapat juga duit raya :)
Tapi bila datang mood yang sangat baik...
amik dan goyang² sampul tu..
siap cakap "samat ali laye"
*masih pelat antara L dan R...grrr..
Anak ahkak cuma ada...
akaun Tabung Haji, AHB & SSPN je..
memang tak ada bukak akaun bank untuk kanak²...
atau ASB (TING)...
banyak nooo nak bukak nanti satu pun terisi...
maka pilih je lah yang sepadan dengan kemampuan makpaknya...
hewhewhew...
Kenapa pilih simpanan dibawah?
Tabung Haji
Asalnya sebab dah penat sangat fikir pasal bank. Setiap bank ada promosi tersendiri. Dapat giftla itu la ini lah...senang cerita pilih TH sebab nanti bila dah sampai seru, Umrah atau Haji juga akhirnya kan :) tak perlulah banyak² akaun nak bukak...pening kepala je :p... lainlah dulu TH ni tak boleh withdraw, sekarang semua boleh...dan yang paling penting Insya'Allah dengan TH semuanya bersih...
Amanah Hartanah Bumiputera
Seingat...hishh memang tak ingat bila join AHB ni, mungkin 2 tahun lepas masa masih panas AHB ni, inipun sebenarnya nak bukak akaun ASB tu, tapi kuota dah takda untuk tahun tu..itu yang tak mahu pegang duit lama² maka join AHB ni...diakuilah memang jarang masuk sini, bila time raya macam ni lah boleh :), ada sekali tu macam nak quit je daripada AHB ni, tapi bila fikir balik harga hartanah tengah tak masuk akal ni, baiklah diperamkan dulu...ahak!! Selanjutnya boleh baca sini... (update 8 September 2013, akaun ni dah tutup, sekian)
SSPN
Haaa hat ni, setahun sekali je buh ahhahaa...kalau boleh tak mahu bergantung sangat pada akaun ni...harap ada rezeki lebih untuk pendidikan anak²....ini cuma buat syarat je huhu...
Dan sekarang cuba melabur dalam dirham perak pulak....
budak² kita bagi perak je...
kalau makpak boleh lah cari dinar emas...
tiheeee!
Sumber google juga... |
namapun melabur...
tentulah kena bersabar dalam jangkamasa yang LAMA....
lagipun nawaitu untuk pendidikan anak² kan...
semoga Allah berkati perjalanan hidup kami..
No comments:
Post a Comment