Sunday, 4 July 2010

Al-Fatihah..AyahandaKu...

STICKY MODE ENTRY-entri terbaru sila skroll bawah




26 May 2010- Rabu...
Aku dikejutkan dengan berita yang memang tak disangka...seawal 5.30 pagi telefon bimbitku berdering...walaupun terasa sesuatu...aku tidak mahu fikir yang bukan-bukan...tapi hakikat tetap hakikat...kedengaran suara kasar abangku sayup disana...setelah salam disambut..."Ayu..bapak petang tadi demam masuk hospital, tau kan...Ayu jangan terkejut tau"....terhenti disitu....aku terdiam..."....bapak dah tak ada..."...kedengaran esakan kecil seorang lelaki...aku terus off telefon..menggerakkan si suami yang lena.... SAYU..PILU..
Seakan baru ditelinga, aku dengar suaranya dari katil hospital pukul 10 mlm sebelumnya..itupun seakan dengar dengan tidak...
...diam...
Kata mereka...
Pagi,
dia masih mampu ke sana sini berbelanja untuk barang kedai dan rumah sambil ditemani emak..
Tengahari,
melepaskan penat dan mengatakan tidak sihat..
Petang,
kesihatan semakin membimbangkan...tidak bertenaga..dipapah untuk ke hospital...
Senja,
wad menjadi penyudah..
Malam,
ditemani mak terhampar lesu di katil..
Embun pagi,
doktor dan jururawat datang untuk memeriksa...tapi...AJAL MAUT..sudah pasti...
Mak hanya perasan nafas kasar laungan ALLAHUAKBAR...tapi mak sangkakan dia hanya mimpi...
Dia pergi dalam tidur....perginya tanpa anak2..tanpa adik beradik..tanpa saudara mara...hanya isteri tercinta...
Dulu...
MAK kata,
selepas solatnya pasti menangis...
MAK kata,
perginya mahu dalam tidur...
MAK kata,
tak mahu anak2 susah, disatukan simpanan dalam satu bank..
kami tak mahu mak, mak simpanlah..ada rezeki...jejak lagi ke Mekah...
MAK kata,
...diam...
terkilan..terasa hati dengan mereka...
aku tak mahu masuk campur...hal keluarga mereka sejak azali...
buat mereka...renungkanlah..
sehingga nafas yang terakhir.....
akhirnya nanti..kamu semua juga begitu...
...sendu...
kalian,
aku tinggalkan kenangan entri ini...
2009 -- bulan oktober hanya 4 entri..saat aku menunggu kelahiran putera pertama...
2010 -- bulan oktober tinggal kenangan....arwah bapaku 10.10...cucunya 16.10 dan aku 20.10...
NOTA KAKI:
* Maaf teman, aku lambat mewarkan berita ini di blog...terutamanya kepada yang belum tahu...kepada yang mengetahuinya daripada awal...terima kasih atas DOA kalian...semoga roh bapaku tenang disana ditempatkan dikalangan orang yang bertakwa...AMIN...



3 comments:

  1. :( Takziah kak ayue
    tabahkan hati kak ayue sekeluarga..
    al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  2. menitik air mata baca entry ni..moga arwah ditempatkan di kalangan yg beriman.

    ReplyDelete
  3. takziah Ayu...harap ko akan lebih kuat dan tabah tanpa dia...

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...