Wednesday, 7 July 2010

Vaksin Pneumococcal..

APAKAH PENYAKIT PNEUMOKOKUS?



= sekumpulan penyakit yg disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang dinamakan Streptococcus pneumonias atau pneumokokus.



Ianya merupakan jangkitan serius yang melibatkan kanak-kanak lebih-lebih lagi mereka yang berusia 2 tahun ke bawah.



Kuman pneumokokus boleh menyebabkan penyakit meningitis (radang selaput otak atau urat saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitann darah) dan atitis media (jangkitan telinga tengah, sebahagian dalam gegendang telinga).



APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT INI?



1) Jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang (MENINGITIS)



Meningitis boleh mengakibatkan kecacatan yang serius seperti kurang pendengaran, lumpuh, kerencatan akal dan maut.



Simptom: demam, keletihan, mengantuk ataukelalian, muntah dan kekejangan leher.



2) Jangkitan darah (BAKTEREMIA)



Bakteremia berlaku apabila kuman bakteria memasuki saluran darah mengakibatkan jangkitan darah. Ia boleh membawa ke meningitis.



Simptom: demam, peningkatan kadar pernafasan dan anak meragam.



3) Jangkitan paru-paru (PNEUMONIA)



Simptom : batuk, lesesakan dada, kahak, demam dengan menggigil dan rasa sejuk



4) Jangkitan telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga (OTITIS MEDIA)



Simptom : sakit telinga, demam dan anak kerap menarik telinga.



PENYAKIT PNEUMOKOKAL MENGAKIBATKAN?

  • Kehilangan pendengaran
  • Kerosakan tak
  • Kecacatan yang kronik
  • Lumpuh
  • Kerencatan akal
  • Gugup/kesukaran bertutur
  • Maut

SIAPAKAH YANG BERISIKO?

  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang ditempatkan di nurseri atau pusat penjagaan harian
  • Kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
  • Pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Kanak-kanak berpenyakit kronik seperti diabetis jantung, paru-paru atau penyakit buah pinggang...

4 comments:

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...