Tuesday 8 February 2011

Blogwalking..pasal krisis di Mesir...




Disebabkan makan gaji buta..tak buat apa...blogwalking lah ahkak...tapi tu la...GAMBAR yilek..nak update blog sendiri gambar pun tak boleh upload...(begitu kebal orang IT letak batu blok ye)...ye lah kalau ada kerja takde lah kita ni nak blogwalking ye dak...

Jadi..layan je lah cerita...lebih lagi pasal Krisis di Mesir....rentetan blog :

Bermulanya Revolusi di Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali kerana masalah korupsi yang melampau. Kejayaan Rakyat Tunisia ini telah menyuntik semangat kepada Rakyat Mesir untuk menggulingkan Kerajaan Hosni Mubarak yang juga sangat korup. Kita juga sedia maklum yang Kerajaan Mesir lebih pro kepada zionis dan sering menghalang bantuan ke Palestin walaupun sesama Islam.

Bertitik tolak daripada kejadian Mohammed Bouazizi, seorang rakyat Tunisia yang membakar diri akibat tidak tahan dengan korupsi dalam kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, walaupun beliau melaporkan masalah beliau kekejaman terhadap beliau kepada kerajaan, namun ia langsung tidak diendahkan dan kekejaman makin berleluasa dan yang miskin terus ditindas dan yang kaya terus dipuja. Akhirnya, beliau pada 17 Disember 2010, telah membakar dirinya sendiri tanda protes kepada kezaliman dan kekejaman Kerajaan sedia ada. Kematian beliau telah menyebabkan kemarahan dan membangkitkan semangat golongan bawahan untuk membela nasib mereka sehingga kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali lumpuh dan beliau terpaksa melarikan diri daripada Tunisia.

Di mesir pula, 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.Akibatnya, rusuhan dan demonstrasi untuk meminta Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak berundur dilakukan.

Namun Hosni Mubarak tetap berdiam sehinggalah keadaan menjadi makin parah
selepas 3 hari dan telah mengakibatkan 35 orang terbunuh.....[Baca penuh]

Ini je lah dulu buat masa ni..sebab link lain yang melambak tu kebanyakannya agenda menghentam sesama sendiri...malas ahkak nak amik peduli...kita duduk atas pagar...dan mendoakan keselamatan manusia sejagat....tiada peperangan....semua tu menyedihkan dan sengsara...to tak!!

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...