Friday, 29 June 2012

Bukan Barbie..tapi Ahmad....

Assalamualaikum....

Kalau ada Gegirl...
mesti suka warna Pink..
daripada pakaian sampai ke permainan...
lebih lagi permainan anak-anak patung kan...
*tengah berangan Gegirl benarnya..Aamiinn*

Kalau ada BoBoy....
diktakdirkan sinonim dengan Blue..
tapi bila lelaki ni banyak pilihan kan..
semua warna masuk...
permainan pulak lebih kepada bola, senapang, permainan keras...
lepas tu lepuk makpak dia...
hahaha....

Jarangkan Boy ada/suka anak patung...
ngeeeeee!!!
maksud ahkak yang berupa orang macam anak patung Girl macam Barbie tu...
*ke ahkak yang tak tau?*
kalau patung Ultraman ke, UpinIpin ke, Penyu ke..
banyakkk la kan....

Tengok budak kecik ni peluk apa...


Nama Plushie Muslimin tu AHMAD yer...
masa mula² dapat ahkak tanya..
"nama ni siapa?"
terus dia sebut AHMAD...
gelihati pulak ahkak..
sebab tiba-tiba teringat lagu AHMAD *tah siapa penyanyinya*
dan lekatlah nama tu...

Masa mula-mula tak tahu juga..
apa nak buat dengan Ahmad ni selain dibuat tidur...
tak pun kene baling, sepak pun ada...
hahahaha...
kami pun cuba lah godek-godek Ahmad ni...
OHHHH...
datang idea yang bernas...
boleh ajar dia cara-cara bersolat..
angkat takbir, rukuk, sujud..
tidaklah serius sangat...
sambil-sambil kan...
jadi sampai sekarang bila pegang Ahmad..
dia akan teringat...
- angkat tangan Ahmad tu buat takbir dan sebut Allahuakbar versi pelat dialah...

Sooo sweeeet.....

Selain Ahmad ni ada juga yang lain...
banyakkkkk untuk Muslimah...
suatu pendekatan juga untuk anak perempuan kita belajar berhijab..
tak gitu....

Berminat? 
Boleh lah jenguk di kedai ~ Click2 My Shop ~
kalau patung lain boleh kita berbelanja..
tak salah untuk ke arah kebaikan..kan..
eh Upin Ipin tu patung orang juga kan...^_^

Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan : 

Adalah diharuskan patung daripada permainan kanak-kanak seperti yang dibuat daripada plastik, getah, kapas, kain dan sebagainya kerana baginda Rasulullah s.a.w. tidak mengingkarinya apabila baginda melihat dari Syaidatina Aishah r.a. sendiri. Dengan demikian, dapatIah dibuat kesimpulan bahawa membuat atau melukis gambar-gambar di papan hitam bagi tujuan mengajar untuk menerang atau menjelas sesuatu masalah yang berkait adalah suatu perkara yang harus lebih-Iebih lagi jika gambar-gambar yang dibuat itu merupakan gambar pokok, rumah dan sebagainya sekalipun ianya mempunyai rupa dan berjisim. 

Begitu juga tidaklah ada tegahan menggunakan patung yang berupa manusia atau haiwan umpamanya dalam keadaan yang tertentu sahaja bagi menerang dan memberi pelajaran kepada murid-murid kerana tidak didapati ada apa-apa syubhah penyembahan atau sebagainya kerana tujuannya semata-mata memberi pengetahuan dan pengajaran yang mungkin tidak baleh diatasi tanpa penggunaan gambar-gambar atau patung-patung. Adapun jika digunakan patung-patung itu bagi maksud memulia, membesar serta menyanjungnya atau kerana meniru perbuatan penyembah berhala maka itu adalah haram dan ditegah sama sekali, wallahua'lam.

Wallahualam...


2 comments:

  1. untung muadz.semua yg umi dia jual merasa kt dia sama ekekeke

    ReplyDelete
  2. :|:antalya:|:
    salah satu sebab meniaga, dapat gak anak merasa :)
    selain cari pendapatan sampingan...

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...