Mistik la sangat kan...
lately ni memang selalulah...
cuma malam tadi gerakan dan bunyi terlalu kuat...
ke sebelum ni tak sedar sebab bukak sound tv kuat?
tengok Masterchef kene feeling sound kuat sebab ber'gado' bunyi dengan otomen la, spaidemen la...
Memang malam tadi paling kuat...
berturut2 dan lepas tu diam...
sampaikan si kecik ni pun terdiam...
yang bestnya dia boleh tanya "mi bunyi apa tu?"
kalau tak kerana dia tanya...
takdelah ahkak berfikir huhuhuuuu!!
buat je la macam biasa....
si kecik ni siap buat muka serius...
sambil pegang pistol uols!!
adehh tatau masa tu nak gelak ke nak buat apa dah dengan situasi...
sudahnya ahkak ajak dia tidur...
bukak MP3 mengaji...
dan memang kelaut la kitorang...
malam tadi memang lena awal daripada biasa....
Ikuti kisahnya dalam komen FB kat bawah...
gambar nampak kecik...
korang right click dan klik Open Link in new Tab yer...
cerah sikit nak baca :p
Gitulah kisahnya....
sebenarnya ahbang tak tahu pun lagi...
lagipun minggu ni dia shift malam...
baik senyap daripada hati sendiri berdebar²...
esok lusa baru khabarkan...
Hemmm itulah...
kadang terperasan juga...
ada benda atau perbuatan yang kita tak buat..
tengok² taraaaa....
cuma dalam pada tu kita seolah macam "eh aku ada buat ke tadi...ada kotttttttt"
itu rumah sendiri tuh...
ini kes rumah atas...
haiihh entahlah....
Cepat²lah orang yang nak kahwin esok tu duduk....
sekurang²nya bunyi pun tahu dah rumah dah memang diduduki....
tadelah berlaku pelik² lagi..iskkk!
Balik ni kene selongkar CD bacaan Ruqyah la jawabnya..
eh mana letak tah! +_+
Nota Kaki:
* Sebenarnya tak perlu pun perasaan takut tu...sebab kita pun tahu kan..selain manusia ada mahkluk lain iaitu Jin...cuma itulah...ikutkan mana boleh mahkluk berlainan alam bermastautin bersama...ditakuti juga terkena Jin Kafir...biasa kan rumah bertingkat² ni banyak cerita disebaliknya....itu je :)