Nak dapat kad kena bayar RM1 tau...itulah resitnya... takde dah sekarang apa² percuma :p |
Bermula hari ini 1 November 2012 sehingga 31 Oktober 2013 kad dah boleh digunakan....
ada dah cerita disini...
kaunter ni buka di KL Sentral, Tingkat 1, dekat dengan Dunkin Donut, depan kedai majalah Sun @ Mag tu...
buka sehingga 21 November 2012...
buka dari pukul 11 pagi hingga 8 malam...
SYARATnya adalah berpendapatan TIGA RIBU ke bawah....
sila bawa salinan kad pengenalan Warganegara Malaysia...
untuk yang bekerja sahaja...
kalau student, OKU dan warga emas masing² ada dah diskaunnya tersendiri....
Haritu masa first day buat kad ni...
ahkak pasang telinga orang sebelah tanya dengan orang KTM kat kaunter tu...
"macamana pihak KTM nak tau pendapatan kami RM3k ke bawah?"
orang KTM tu cakap...
"kami percaya dengan awak, dengan jujur dan ikhlas siapa yang pendapatan tiga ribu ke bawah tu"
oleh itu, sendiri fikirlah, tak payah susah fikir panjang, fikir tentang KEBERKATAN je sudah... :)
Cara guna kad ni...
kene tunjuk masa beli tiket kat kaunter dan dapatlah separuh harga...
kad ni bukan macam kat T & G boleh swap...
belakang kad ni kena tulis nama dan no kad pengenalan...
ada no siri, terma dan syarat...
macam kad ahli je hehe...
Jadi pagi tadi hari pertama kan...
dah agak dah kaunter tiket mesti panjang...
oouughhhhh!!
satu je ahkak nak tanya...
"boleh beli tiket pergi-balik sekali tak?"
haha yelah sebab naik komuter ni ibarat pelari 100m...
bila balik semua orang jalan laju je....
nak kejar komuter kadangkala tepat masa kadangkala rasa nak sepak je komuter tu kahkahkah!
kalau setiap kali nak pergi beratur kat kaunter, hemmmmpppppp....
Maka orang KTM tu pun explain...
"boleh, nak beli tiket seminggu terus pun boleh...lagi jimat!!"
ahkak pun ada la jugak hold tadi berfikir kan..
maaflah dengan orang² belakang yang beratur tu...
tak lama pun, sekejap je tanya hehehehehhhh!
Decide beli untuk tiket mingguan terus...
sebab malas nak beratur hokeeee....
sentap tau kalau tengah beratur komuter datang!!
Sampai ofis tadi...
kemain buat matematik tambang untuk 5 hari bekerja
seminggu sepatutnya 7 hari kan..
tapi ye lah hujung minggu 2 hari tu bukan guna pun...
jadi nak dapat ketepatan untung dan rugi kenalah kira 5 hari...
bila dah kira untuk 5 hari bekerja...
tambang biasa pergi-balik = RM33 <-- beli kat kaunter setiap hari (kalau ahkak guna T & G je)
tambang 50% = RM16.50 <-- beli kat kaunter setiap hari
tambang tiket mingguan = RM17 <-- beli kat kaunter seminggu sekali
beza 50 sen je...
bolehlah buat upah kat diri sendiri daripada kena hari² beratur panjang, sakit kaki dan bonus kena tinggal tren!!
^_^
boleh beli tiket mingguan?boleh explain in detail?
ReplyDeletehai Alice..
Deleteboleh beli mingguan...
details mcm yg highlight kuning tu yer..