Assalamualaikum...
Tumbang lagi...
ingat malam tadi dah bagi ubat 3 serangkai akan kebah..
pagi tadi semakin menggila naik suhunya..
menyerah lagi..
dan yakin prosedur seterusnya cek darah..
Kali ini..
Muadz pasrah..
tanpa tangisan..
tanpa tolakan..
tanpa perasaan..
nurse pun pandai memujuk..
"nak amik ulat kat tangan adik ni"
katanya..
Muadz mengangguk..
letih lesu..
redha..
Sekarang..
perang dengan ubat pula..
adakala mahu, kadang2 berontak..
pahit mungkin tekaknya..
walaupun ubat manis aneka warna..
bukan kategori susah,tetapi yelah bila ditarik semula nikmat rasa..
apakan daya..
Oh keputusan darahnya..
Alhamdulillah..
bukan bakteria, bukan viral..
hemoglobin normal..
denggi jauh sekali..
Terima kasih doktor..
jarang jumpa doktor yang mahu beri keterangan berdasarkan slip keputusan darah..
selalunya kesimpulan sahaja..
*pegang kepala*
Orang yang jaga pun rasa pening kepala berdenyut..
toingggg!
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment