Tuesday 6 May 2014

Boleh Harap Sudah...

Assalamualaikum....


Tak diajar pun...
tapi setiap kali tengok amaknya buat kerja...
dia mesti nak menyelit sama...
perasaan ingin tahu dan nak mencuba...
ini kalau ditentang keras ni...
mahu merajuk 7 hari 7 malam tau...

Masa buat Tat Telur haritu...
sementara menguli doh dia tertidur...
kita dah buat tat habis...
*buat sikit je adunan*
bila dia terjaga muka dah masam...
"umi tak bagi Muadz tolong, dah siap pun"

Aduhai anak...
mujur tat tu belum diisi inti...
jadi tugasan dia pulak...
menjejeh ke comot ke..
layankan aje....


Dah boleh diharap untuk menolong ni..
apa kata tahun ni kita buat biskut raya, boleh???
*inilah gaya belum ada anak dara, bujang pulak yang rajin*
Alhamdulillah....

Bak kata Kak Pinut penulis glemer tu..
anak bujang kena ajar juga masuk ke dapur...
ahkak sokong 200%...
tak semestinya anak bujang tu ajar berkebun je...
tak jatuh pun macho...
sebab apa, kerja seharian kat rumah ni banyak dalam dapur...
kalau tak tolong masak, ajar lah cuci pinggan semua...
sok² senang nanti tolong isteri kat dapur...
ehemmmm!!

Tapi isteri pulak janganlah lepas tangan...
dapat laki rajin kerjanya mengangkang je lah pulak...
kalau lelaki ni ego dengan kahwin 4...
perempuan pulak ego dapat laki yang rajin...
katanyanya huntonglah semua laki buat...
ikut Rasulullah katanya...
*Rasulullah hidup zaman bila, kita ni hidup zaman bila +_+*

Ustaz kata...
suami kalau masuk syurga, sah² isteri masuk sama...
isteri kalau masuk neraka, sah² heret suami sama...
neraka...perempuan yang paling ramai kan??
renung²kan....
dan selamat beramal...

Eh tazkirah hari Selasa pulok...
ikikikiki....


4 comments:

  1. Ni kalau ada lagi 5 orang macam Muadz, dah boleh buka kilang biskut raya nanti eh.

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah, untunggggg ibu dia. hehe

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...