Assalamualaikum....
Dulu masa zaman kolej...
kitorang ada kawan Cina...
perempuan dari Batu Pahat, Johor..
satu²nya amoi dalam
batch kitorang...
bila dah dikelilingi Melayu dan Islam...
cara dia pun dah ke arah itu...
tapi tak ada yang pelik pun...
ikutkan asal dia pun dah dikelilingi orang Melayu...
dia pun dah rasa selesa....
Nak dijadikan cerita...
amoi tu geng kitorang...
diketuai oleh seorang kakak dari Kelantan...
tentunya bertudung labuh...
daripada sehostel, sebilik dan serumah sewa...
agak rapat sehingga masing² ada panggilan adik-beradik...
daripada along sampai ke bungsu...
Pada suatu hari...
kitorang terkesima tengok dia datang kelas...
cuma selendang menutupi kepala...
*pada masa tu memang agak janggal memandangkan semua pun bertudung penuh tak ada yang bertudung separuh*
walaupun belum sempurna...
cukup membuatkan pelbagai tafsiran...
daripada rakan sekuliah sehingga ke pensyarah...
komen positif, juga negatif...
Ada yang negatif,
"macam mempermainkan agama kita pulak dia"
Yang positifnya,
"mana tahu dia cuba² dan terbukak hati masuk Islam"
Masa tu kitorang sebagai 'adik-beradik' dia...
terkena juga tempias atas komen² yang negatif...
tak nasihat lah...jangan dibiarkan lah...
kitorang
no komen pun...
sebab tahu hati budi dia macamana...
walaupun tak semua dia bagitahu...
dengan cara dan percakapan...
we knows...
orang luar je lebih²...
Bila habis belajar...
dia hilang...
sorang 'adik-beradik' pun tak tahu...
maklumlah zaman tu penggunaan
handphone pun terhad...
ishh sangat terhad...
amoi tu sorang je pakai
handphone...
*anjing pun boleh mati kalau kena baling kikikiki*
kita
call dia tak jawab, sampai satu hari tu tak ada nada langsung...
Ya...hampir 10 tahun...
baru kitorang jumpa balik...
terima kasih kat
Facebook...
mencari kawan², dia yang
last jumpa...
akhirnya Kak Long juga yang dapat jumpa...
itupun asalnya terjumpa adik angkatnya yang sama sekolej cuma lain
batch je...
bila tengok
profile macam terjumpa amoi ni balik...
paling terkejut...
bukan dengan nama sebenar...
bukan dengan agama sebenar...
dan sebenarnya isteri kepada adik angkat Kak Long tu...
sekarang dah dua orang anak pun...
Allahuakbar...
Ok..tajuk tu sebenarnya untuk Felixia Yeap...
intro panjang amat...
tapi kena mengena jugak kan...
Alhamdulillah...
cemburu sebenarnya...
dia seperti dilahirkan semula...
tiada dosa sesuci bayi...
semoga istiqomah...
semoga menjadi Muslimah solehah...
Assalamualaikum _____ Rania...
*nama Islam yang belum confirm lagi ketika entri ini ditulis*
khabarnya hari ini 3 Julai penyaksian dia kepada pencipta kita yang SATU...