"...Saya pernah cuba mencari Tuhan.Cuba mendekati diri dengan Tuhan....."Islam dihati....
bagaimana dia mengenali Islam setelah mengenali agama lain terlebih dahulu....
"....Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan....."Hidup bukan segalanya duit dan kemewahan...
semua ditinggalkan setelah mastautin diliang lahat...
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.
Tidak ada sebarang media yang akan hadir.
Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.
Kelahiran semula...
Rania Felixia Yeap
No comments:
Post a Comment