Friday 11 July 2008

Mas Kahwin NAIK....

Mas kahwin di Selangor mungkin naik

SHAH ALAM 7 Julai - Selangor bercadang untuk menaikkan kadar mas kahwin kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka di negeri itu, mulai tahun depan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata, cadangan itu dibuat bagi menyelaraskan semula kadar berkenaan mengikut perkembangan semasa.
Katanya, Selangor tidak pernah mengkaji semula kadar mas kahwin iaitu sebanyak RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak ia ditetapkan pada tahun 1978.
''Kita (Selangor) telah lama tetapkan mas kahwin mengikut kadar tersebut, manakala negeri-negeri lain pula telah menaikkan kadar mas kahwin yang ditetapkan di negeri masing-masing mengikut keadaan semasa.
''Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat cadangan dan kita akan usulkan kepada Jawatankuasa Fatwa serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
''Sekiranya dipersetujui, kita akan dapatkan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemungkinan dilaksanakan pada tahun depan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapakah kadar baru yang akan ditetapkan untuk cadangan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura JAIS untuk mengkaji semula kadar mas kahwin di Selangor seperti mana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain.
Pada Oktober tahun lalu, Negeri Sembilan telah menaikkan kadar mas kahwin untuk anak dara dan janda masing-masing sebanyak RM200 dan RM100 seorang, manakala Perak pula telah menetapkan kadar berkenaan sebanyak RM101.
Tiga negeri lagi, Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak menetapkan kadar mas kahwin, sebaliknya, ia ditentukan mengikut persetujuan yang ditetapkan oleh keluarga pasangan terbabit.
Dalam pada itu, Mohamed Kushrin ketika ditanya sama ada cadangan tersebut dibuat ekoran kenaikan harga minyak dan barangan ketika ini, berkata, ia bukan dibuat kerana alasan tersebut.
Sebaliknya, beliau berkata, cadangan sedemikian dibuat sebelum kerajaan membuat pengumuman untuk menaikkan harga bahan bakar itu Jun lalu.
''Kita bukan buat cadangan untuk naikkan kadar ini susulan kenaikan harga minyak, tetapi kita mahu kaji semula kadar mas kahwin di Selangor yang diamalkan sejak 30 tahun lalu.
''Perkara ini masih di peringkat cadangan dan saya beri jaminan sekiranya diluluskan, ia tidak akan membebankan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan di negeri ini,'' katanya

Apa kata SURVEYYYYYYYYY????
*bg aku la..mmg patut pn NAIK...ni Mas Kahwin ye...BUKAN Hantaran...mende yg WAJIB okeh...kata sayang smpai nk belah dada lah, lautan api sanggop di renangi lah..bla bla bla...huuuuu....nk bg isteri xyah la dekot...nt bila laki duit paras idung lom smpai ujong bln, bini gak nolong topup belanja...tul tak...bek korang (laki) ngakuuuuu...hahahahah


klu kt JOHO..RM22.50 jek...aku wat beli bahan² wat kueh je dh abis x smpai sejam....tp smpai skang la ku tak guna pe pn duit tuh...nk wat frame je lah...keh²...



1 comment:

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...