Friday, 29 August 2008

Berkasual di hari Jumaat

Rasanya harini Jumaat ke-5 pekeliling drp HR ni berkuatkuasa...pekeliling apa yer??

GARIS PANDUAN BERPAKAIAN “SMART CASUAL” UNTUK HARI JUMAAT.....
Lanjutan dari Pekeliling Sumber Manusia .......bertarikh ......... mengenai “No-Tie Friday”, berikut adalah garis panduan khusus kepada anggota ...... supaya dapat berpakaian “Smart Casual”......
Garis panduan ini dapat membantu anggota-anggota ..... agar sentiasa berpakaian kemas dan rapi bagi mencerminkan imej Syarikat di mata umum.Panduan berpakaian “Smart Casual” adalah seperti berikut:- (mik yg penting je)
  • Anggota dibenarkan memakai baju T (T-Shirt) berkolar bersesuaian ke pejabat dimana ianya tidak memaparkan gambar / tulisan / corak yang keterlaluan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama;
  • Anggota dibenarkan memakai seluar jeans panjang yang tidak terlalu ketat, koyak, lusuh atau bertampal;


Dari Jumaat pertama smpai ke harini mcm² fesyen ada kt co. ni bila tb hari Jumaat hehe...

Terfikir gak eh...napa hari Jumaat di pilih sbg kasual? walaupun co. msh membenarkan pakain formal spt bju kurung, bju melayu dsb....tp ramai yg memilih utk berkasual...dan yg melebih² adalah kaum Hawa..heh!!



Utk itu kita baca beberapa komen/pendapat drp staff sndrik yg dorang bebel kt forum co ni...layannnnnn!!
  1. apa impaknya casual dress day kepada productivity kerja ?
  2. yang bestnya .. ari jumaat plak pakai jeans .. bleh lepak mid valley
  3. Masalah jugak nak pakai jeans, fesyen skrg nie byk yg lusuh2.
  4. tp nape ari jumaat yg dipilih erkkk....nape tak ari lain
  5. huh ...
    kurang pahala jumaat aku ..
    sana dedah ..sini bulat .. sana ketat , sini sendat.
  6. huh .. hari nie lagi sendat , lagi padat !!
    tak sangka gak ..awek² kt nie ngancam-ngancem banget !
  7. Sabo sabo ye Pak A....yang sendat terlihat, jadikan ubat penawar maksiat, yang padat bertumpat, usaikan jadi benih taubat.Dah nak sampai bulan ramadhan ni...kalau masih belum nak taubat, cuba2 sikit beringat .
    Si Mak B ni pun sengaja nak test nafsu-nafsi si Pak A. Makin dikerling, makin kuat getar ekornya, macam itik pulang petang nak bertelur. Makin dijeling, makin mengulung badan, macam tenggiling tertelan ekor.
Euuuuuuuu...anda fahamkah? ehehehe....tepuk dada...tanya hati *iman...jgn tanya selera...selera tu menjurus kpd nafsu..ahaks!

Masih lg tertanya² napa tak hari isnin tu je berkasual eh...sbb slalunya hari isnin tu la 'monday blues'...kot la x smpat iron baju..leh je kasual kan kan...hari Jumaat biarlah kita hormat penghulu segala hari itu kan kan...




2 comments:

  1. patutnya yg pompuan Islam digalakkan pakai pakaian kurung / menutup aurat. yg lelaki Islam pakaian yg bersesuian dgn suasana kerja.

    ni lagi galak pakai kasual.. huhu

    sapa la ek bosh yg sain tuu? kalau le org Islam yg keluarkan arahan..

    ReplyDelete
  2. cikgu jawe
    errrrmmm...bos adalah melayu + islam...

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...