Wednesday, 18 August 2010

Halallan Toyyiban...

Korang ada jemputan buka puasa kat HOTEL? atau berniat untuk berbuka puasa bersama keluarga..kawan²..rakan² pejabat ke.....

Tadi opismet ahkak forward emel pasal LEMAK KHINZIR....tengok lah apa produknya!!







KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tandahalal pada produk tersebut. "Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat Canned Seafood Canned Fruits Canned Vegetables Seasonings di atas
adalah barang2 keluaran narcissus. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong
sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang
hal ini sila lawatiwebsite
http://www.halaljakim.gov.my/




Terus ahkak klik web JAKIM tu....tercetus lah persoalan di atas pasal BUFFET RAMADHAN diHOTEL!

Takpe..malas nak klik web JAKIM tu...ahkak listkan apa yang penting...sebab ahkak tau ramai yang ada penyakit M bila suruh baca pasal fakta+ilmiah....sedangkan ianya menjadi darah daging kita..anak² kita..keturunan kita...

Silalah BUKA HATI lebih dulu, jangan BUKA MATA & LAYAN NAFSU...

Habis baca dah? Tepuk dada, tanya hati...??



Layan AYAM MASAK UNGKEP dari dapur ahkak je lah...sah² HALAL...hihihihi




Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang
baik.
Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan
apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala
berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan
hendaklah kamu beramal
soleh).

Dan Allah Ta'ala berfirman:
(Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
Hadis riwayat al-lmam Muslim.




No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...