Tuesday 30 November 2010


Pagi tadi dalam tren dalam mamai tersengguk tu akak dengar announcement seperti biasa bila nak sampai stesyen Bandar Tasik Selatan...tapi macam announcement tu macam ada penambahan daripada biasa....selain beritahu hub pertukaran STAR & ERL..penambahan kepada Stesyen bas Bukit Jalil....

ITT Bandar Tasik Selatan ganti Puduraya.

Projek bersepadu RM570j ganti terminal Puduraya



KUALA LUMPUR: Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan bernilai RM570 juta bagi mengambil alih fungsi Terminal Puduraya yang uzur sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna dijangka mula digunakan pada 2010.



Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari, berkata terminal yang pembinaannya mula dilaksanakan akhir tahun lalu, dijangka bukan saja berupaya mengurangkan kesesakan di ibu kota berikutan lokasi strategik dan luas.



“Projek ini akan menggantikan Puduraya yang uzur dan sesak serta tidak dapat menampung perkhidmatan bas ekspres yang bertambah.



“Terminal ini dijangka mengurangkan kesesakan di ibu kota dengan lokasi dan kemudahan lebih luas bagi menampung perkhidmatan bas dan teksi antara bandar sektor selatan membabitkan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura,” katanya kepada Berita Harian semalam.



Terdahulu, Zakaria mengadakan lawatan mengejut ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan bagi meninjau kemudahan dan perkhidmatan KTMB. Hadir sama Pengarah Urusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Radzak Abd Malek dan Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd Zain Mat Taha yang Zakaria menaiki tren menghala ke KTM Bangi.



Terminal yang dikenali sebagai ITT Bandar Tasik Selatan bakal mempunyai terminal berkeluasan 95,000 meter persegi selain memuatkan sehingga 150 ruang teksi, 60 platform bas dan 1,000 tempat letak kereta.



Terminal berkenaan boleh dihubungi menerusi dua lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Besraya disamping digabungkan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Komuter KTM dan Express Rail Link (ERL) yang mempunyai stesen dalam lingkungan radius 200 meter.



Mengulas kualiti perkhidmatan stesen KTM, Zakaria berkata, masih ada ruang untuk penambahbaikan yang boleh diberi perhatian, terutama keselamatan dan keselesaan pengguna seperti kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU).



Sementara itu, Mohd Radzak berkata, KTM sentiasa prihatin dengan kemudahan membabitkan OKU dan sejumlah RM15 juta diperuntukkan bagi tujuan berkenaan.

Katanya, peruntukan RM15 juta itu membolehkan stesen komuter KTM dilengkapi lif, ramp dan tandas OKU bagi membolehkan golongan berkenaan tidak menghadapi kesukaran ketika menggunakan perkhidmatan Komuter KTM untuk laluan masing-masing.



Beliau berkata, setakat ini stesen yang mempunyai kemudahan untuk OKU ialah Midvelly, Bank Negara, Kepong Sentral, Seremban, Kajang, Subang Jaya dan KL Sentral. (sumber Cari.com)

Oh ni lah agaknya...DAH SIAP ye...dah boleh digunakan pun...jadi kepada warga selatan..tak payah lagi ke stesyen bas sebelah stadium tu yer...boleh dah ke sini...

Alamatnya sesak lah komuter lagi selepas ni..kalau ia datangan angin komuter DELAYED.....hohoho...


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...