Tuesday 26 July 2011

Menggali ilmu...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...untung juga aku bekerja di organisasi seperti ini sentiasa dilimpahi dengan majlis ilmu...banyak sebenarnya...dalam seminggu ada sahaja kuliah tengahari disurau tapi aku belum tawadhuk lagi untuk menghadirinya dengan alasan ingin berehat meletakkan kepala ke meja kerja!...dan ada juga dalam unit aku sewaktu para lelaki mengerjakan solat Jumaat, sekumpulan wanita berkumpul dalam bilik mesyuarat  belajar bahasa...tentunya bahasa Arab...ataupun Tajwid...aku pernah bertanya tetapi kuota dah cukup..mungkin sesi kemudian akan dibuka lagi...dan banyak lagi...

Tapi bila ada majlis ilmu seperti ceramah yang boleh dihimpunkan dalam satu dewan..Insya'Allah aku akan menghadirinya...sekurang-kurangnya boleh perbaiki mana yang tergelincir laku apetah lagi IMAN...menjadi aku yang sentiasa lalai dan lagho tentunya majlis begini dapat meletakkan aku ke landasan yang sepatutnya...ye lah kita tak tahu bila kita MATI kan...sudah cukup ke bekalan kita untuk dunia sana yang kekal abadi?Astagfirullah...

Sebelum ini ramai lagi penceramah, ada yang aku kongsikan disini ada yang tidak...antaranya Ustaz Zahazan, Ustazah Siti Norbahyah Mahamood, Ustaz Harun Din, Dr. Danial Zainal Abidin dan ramai lagi ilmuan..(lepas ni kalau teringat lagi aku update penceramah)

Dan hari ini Profesor Muhd Kamil Ibrahim...nanti aku mengulas lebih sedikit berkenaan ceramah semalam...next entry lah yer...

Tak lama lagi Ramadhan..akan lebih banyak majlis ilmu...Insya'Allah mana yang menarik akan aku kongsikan disini juga...


2 comments:

  1. dr danial? baru baru ni dia ada ke? awat dia tak singgah umah mama.. huhuhu abg ipar mama tu.. hehehehe

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...