Friday, 23 September 2011

Patung Hiasan berbentuk...

Assalamualaikum....

Ahkak sebenarnya nak cari hukum hakam pasal patung atas kek...tapi terjumpa berkenaan PATUNG HIASAN RUMAH macam gambar dibawah..

Mesti ada diantara kita puan-puan ni minat seramik paten/bentuk camni...kalau english style tu selalunya bunga je....

Ahkak kongsi gambar dan soal jawab daripada Puan Nor (puan blog) dengan Ummu Haslina iaitu isteri kepada Ustaz Zaharuddin....

SOALAN :

Salam saudari Haslina
Saya adalah pengunjung setia blog saudari. Sekadar ingin bertanya saudari mengenai hukum ini... mungkin saudari tahu dan dapat mencari jawapannya..Apakah hukum menyimpan patung berupa itek, ayam, chef atas alasan dekorasi/hiasan. (Sila lihat attachment)Trend sekarang org menghias rumah dengan patung itu.. ramai yg beranggap ia dibolehkan. Betulkah? Jika haram apa nasnya...

Saudari boleh tengok contoh2 patung yg org dok buat hiasan dalam rumah sekarang ini...tersusun cantik sebagai english dekoarasi style..kebanyakkan dari seramik.Teruja untuk menghias rumah dgn benda2 itu tetapi was was hukumnya.
Harap saudari dapat membantu

JAWAPAN :

Salam, Nor.
Semoga sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah SWT hendaknya.
Jawapan bagi persoalan tersebut :


Islam tidak melarang umatnya untuk menghiasi rumah agar cantik dan menarik seperti meletakkan jambangan bunga, hiasan pemandangan pohon-pohon menghijau dan lain-lain hiasan yang halal. Walaubagaimanapun, Islam menegah dari sikap berlebih-lebihan padanya. Hal ini termasuklah menghias rumah dengan patung-patung.. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan Perhiasan dari Allah yang telah Dikeluarkan-Nya untuk Hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah, “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat.” Demikianlah Kami Menjelaskan Ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” ( Surah al-A’raf 7:32)

Rasulullah SAW sendiri tidak senang jika seorang muslim memenuhi rumahnya dengan lambang-lambang kemewahan dan berlebih-lebihan atau lambang-lambang kemusyrikan.

Islam mengharamkan patung

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung.” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa jika patung-patung yang tidak bermaksud untuk mengagungkan, juga tidak ada unsur kemegahan, maka Islam sama sekali tidak melarang dan tidak memandangnya sebagai dosa. Seperti permainan untuk kanak-kanak dalam bentuk anak patung manusia atau haiwan dan lainnya, kerana semua itu hanya sebagai hiburan bagi mereka.

Ummul Mukminin Aisyah RA berkata,

”Saya biasa bermain-main dengan anak patung di sisi Rasulullah SAW dan teman-temanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan anak-anak patung itu karena takut kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi Rasulullah SAW suka dengan kedatangan mereka itu, lalu mereka bermain-main denganku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Didalam riwayat lain diterangkan,

”Pada suatu hari Rasulullah saw bertanya kepada Aisyah,’Apa itu?’ Aisyah menjawab,’Anak-anak perempuan ( anak patung perempuan )-ku.’ Beliau bertanya lagi,’Apakah yang ditengah ini?’Aisyah menjawab,’Kuda.’ Beliau bertanya lagi,’Dan apa yang di atasnya?’ Aisyah menjawab,’Itu kedua sayapnya.’ Beliau bertanya lagi,’Kuda yang mempunyai dua sayap?’ Aisyah berkata,’Apakah engkau tidak mendengar bahwa Sulaiman bin Daud mempunyai kuda yang memiliki beberapa sayap? Lalu Rasulullah SAW tertawa hingga kelihatan giginya.” ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Anak-anak patung perempuan yang disebutkan di dalam hadis ini adalah anak patung yang biasa dibuat bermain oleh anak-anak gadis dan anak-anak kecil. Waktu itu Aisyah masih muda usianya ketika beliau baru saja bernikah dengan Rasulullah SAW. ( Rujuk : Halal dan Haram hal 116 )

Begitu juga anak-anak patung yang dijadikan bahan bantu mengajar untuk memberi faham kepada kanak-kanak. Maka ia dibolehkan.

Walaubagaimanpun, anak patung yang dijadikan hiasan rumah seperti contoh gambar-gambar hiasan yang ditunjukkan dalam lampiran emel tempohari adalah termasuk dalam larangan Rasulullah SAW, kerana ia menunjukkan kemuliaan terhadap patung-patung tersebut. Maka hukumnya haram dan perlu dijauhkan.

Wallahu'alam.

Semoga membantu ye :)
SOALAN LAGI :
W/salam Haslina
Alhamdulillah..terimakasih banyak-banyak atas huraian panjang lebar. Ada orang kata ia bergantung kepada niat. Kalau niat kita tidak bermegah dan bukan utk dipuja patung-patung itu hanya sekadar hiasan maka ia dibolehkan. Benarkah pendapat ini? Sebab semua amal perbuatan kita bergantung kepada niat.

Sy tunggu lagi jawapan dari Haslina...
sekali lagi terimakasih..
JAWAPAN :
Salam, Nor..
Menjadikan barang-barang itu (barang-barang itu merujuk kepada patung hiasan spt ayam,itik dan chef- nota oleh mrsnor)sebagai hiasan menunjukkan si empunya memuliakannya, sedangkan Islam melarang barang-barang itu dimuliakan. Jauhkan sebarang perkara yang memungkinkan kita termasuk dalam larangan tersebut dan buatlah yang benar-benar dihalalkan oleh agama.


Rasanya banyak lagi barang-barang hiasan seperti ukiran dan lain-lain selain dari patung-patung tersebut :)


Wallahu'alam

Moga memberi manfaat kepada kita pompan-pompan ni...hehehe



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...