Tuesday 14 August 2012

Kampungmu/ku..kampungku/mu jua...II

Assalamualaikum....

Eh ada part II?
sebab kena bahan pasal entry semalam... :)

"kesiannya...boleh balik satu kampung je?"
----- dah tu kau boleh berada dua kampung dalam satu masa ke?
"tulah pilih orang jauh² siapa suruh?"
----- ini namanya mangkuk! kau punya KUASA ke nak tentukan segalanya hah..
"tengok cam aku...dua buah kampung sekali boleh beraya"
----- ye ye...itu nikmat yang Allah bagi kat kau, aku tak nafikan tau :)...tapi macam jawapan kat atas...walau dua buah kampung, kau boleh berada dua kampung dalam satu masa ke? raya pertama mesti berada disalah satu kampung kan? yang PERTAMA sekali mesti ko ciom tangan makpak dalam SATU RUMAH/.SATU KAMPUNG je kan? (kecuali korang jiran tak acilah nak masuk dalam ini kisah okeh)

Kalau part yang ada kelebihan kat dia...
yeee riuh sekampung kan... :)
cuba kalau Allah bagi kesusahan sikit..
mulalah soksek-soksek...
tak pernah terfikir pun berterimakasih yang Allah beri sebelum ni kan...

Baiklah...
nak cerita la sikit...
ini plan kami sekeluarga bila Raya...
valid untuk Raya Puasa dan Raya Haji sahaja...
raya lain tak kira eh...
yang tu kena plan sebab mostly raya lain tu..
kebarangkalian ahbang cuti lama memang tipis... :p

Tahun ni beraya ke kampung mertua kan...
Bila tiba puasa...
kami akan balik bersahur dan berbuka puasa ke kampung ahkak....
nanti selepas seminggu Syawal atau masih dalam bulan Syawal...
kami balik ke kampung ahkak semula...
jadi dapat juga nikmat dah hikmah Syawal kan...
bila Raya Haji...
kami beraya kat kampung ahkak pulak....
*kalau korang baca laju² mesti asyik baca -balik kampung ahkak je, cuba baca betul²- he he he

Begitulah giliran tahun depan bertukar pula....

Hah...
siapa yang ditakdirkan jauh-jauh tu..
dan ekoNOmiMONEY amat bersederhana..
bolehlah praktikkan...
kalau  ekoNOmiMONEY   dah melimpah ruah tu...
sukati koranglah...
nak buat apapun dengan money korang tuh :p
kalau rakyat marhain macam ahkak...
Cheras-Sabak Bernam nak ulang alik satu hari pun berfikir tau!!
tempat tu contohhh tuu..conntohhhh...

Apa yang penting...
jangan ada hati orang tua yang terluka walau sedikit...
duit raya yang dihulur bukan pengganti diri...
kain, baju, tudung yang dihulur bukan segalanya....

Eh jangan terasa...
ahkak tak marah...
cuma dalam percakapan kena ada ketegasan..
ketegasan bukan bermakna kemarahan...
itu arwah bapak ahkak kata...
memang dia seorang yang tegas..
anak buat salah, tetap salah...
tegas bertempat...
tegas yang membawa ahkak hormat orang...
tegas yang membawa ahkak jadi ORANG....

Faham? ^_^
Tumbok kang!
*eh garang tetiba..hahaha



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...