Friday, 3 August 2012

Tak boleh balik....

Assalamualaikum....

Baru je tadi...
dorang kat ofis ni dah kecoh...
bermula dari mulut setiausaha VP...
singgah ke mulut setiausaha² GM...
dan sampai-menyampaikan...

Motifnya...
dengan barisan ayat...

".....habis 430 petang je semua dah balik...clear!....janganlah sampai clear semua sekali balik...bla bla bla...mana yang solat jemaah tu kan dah amik masa....anjaklah sikit 445 ke...apa ke...bla bla bla...."

Errrrrrrrrrrrr.....
datuk balik naik apa?
datuk balik rumah masak tak?
datuk berbuka dihotel mana?
datuk..
datuk..
datuk..
sebenarnya banyak nak tanya ni datuk :)

Siapalah kita rakyat marhain nak dibandingkan dengan status DATUK...
khennnnnssss....

Emmmm....
waktu bekerja ahkak dalam bulan Ramadhan ni..
masuk pukul 8 pagi dan balik pukul 430 petang...
macam ahkak...
ada datang sebelum...ada datang selepas...
maknanya mana yang datang selepas tu..
ahkak adjust la sendiri...
masa rehat setangah jam tu ko duduk je lah situ..
tak payah pegi memana...
kata nak cover yang lambat selepas tu kan....
masa ni ahkak tengok ramai juga orang hilang...
bukan setengah jam...
tapi sejam!!
dan dalam masa yang sama...
kasihan la jugak kat orang datang awal...
buat kerja awal...
mesti nak balik on time kan...

Itulah agaknya salah satu sebab Datuk keluar mandat dah tu...
huhuhuhuhu...
Itulah juga dinamakan...
kerana nila setitik rosak susu seperiuk :p

Eh macam nak jawab la soalan kat atas tadi...

datuk balik naik apa? ---- saya balik naik tren...lambat nanti orang ramai...silap² delay tau Datuk..
datuk balik rumah masak tak?  ---- saya balik masak, selagi ada bahan² mentah saya masak...kalau dah habis saya masak kat Param la pulak...kalau lambat bila masa saya nak masak? takkan lambat je terjah Param...apa jadi bahan² mentah dalam dinginsalju peti sejuk  saya tu...
datuk berbuka dihotel mana?  ---- kat rumah je, buffet berbuka kat hotel tu mahal...baik sedekah walau hanya sebiji kurma je Tuk...


Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Sesiapa yang sanggup di antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka, hendaklah dia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik (Riwayat Ahmad dan Muslim)


Ahaksss...
ni jawapan protes namanya...
siap bagi hadis :p

Rujukan :
VP = vice president
GM = general manager



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...