Wednesday, 26 June 2013

Demam...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...
akhirnya rahmat Allah muncul jua...
HUJAN....
rasa syukur petang semalam...
walaupun bimbang..
yelah hujan nak turun masa nak balik kerja...
banyak tempat terganggu...
air hujan pulak yang turun sah² bertoksid...
bekas jerebu kan...
tapi yelah kita ni manusia...
panas salah...
hujan salah...
jerebu lagilah bermasalah...
jadi kena sentiasa bersyukur....

Petang semalan sepanjang balik...
*naik komuter*
rasanya mula hujan distesen Serdang...
sampai stesen Kajang belum lagi hujan cuma dah mendung gelap...
perjalanan ke stesen UKM...
angin dah mula kuat...
dalam hati mesti malam hujan...
yerr malam tadi limpah butir² air daripada langit...
sejuk rumah....
sesuai dengan lirik lagu ni....

Hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau dan bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut.....

Ok tinggalkan jiwang sekejap...
sekarang ni macam dah sakit tekak pulak...
mata pun dah merah...
walaupun hujan sisa jerebu masih ada...
macam kesan peninggalan jerebu...
walaupun dah minum air masak berliter...
kalau Allah nak bagi sakit..
sakit juga ye dok...

Kebetulan kat sini dua orang budak praktikal ni...
macam nak demam juga...
sorang dah memang demam...
sorang lagi dah selsema, mengandung pulak tu...
lahaiiiiii.....

Teringat dulu masa ahkak mula² kerja...
gaji bukan cukup..
dah lah masa tu guna khidmat agen untuk cari kerja...
banyak bagi ke agen...
kalau demam memang tak pergi klinik pun...
togoklah air masak sampai sihat...
sehari membuang toksah cerita lah...
masa tu ada sorang brader tu...
pangkat pun lebih kurang despatch je...
despatch syarikat GLC haruslah bergaya dan berduit juga kan...
dialah yang tolong amik ubat kat klinik guna nama dia...
*free je sebab syarikat cover*
dapatlah juga ubat atas ikhsan bernama manusia...

Masa macam ni teringat ke dia...
*last jumpa dia katanya nak kahwin lagi dengan nurse*
atas budi baik dia...
harap sentiasa dalam limpahan kurniaNya....

Secara tak langsung...
bila dah terkenang tu...
terjadi lak kes budak² praktikal ni...
ahkak rasa tanggungjawab memanjangkan kebajikan untuk dorang pulak...
amikkan ubat untuk dorang...
ahkak harap nanti bila dorang dah kerja dan dapat gaji bagus...
memanjangkan kebaikan juga kepada orang lain...
secara berterusan untuk saham akhirat...
mungkin juga dapat menjadikan idea ini kepada yang lain...
tak salah, kan?

Itulah...
bila kita ni bermula daripada bawah...
kita rasa hikmatnya bila berada dikalangan insan yang sama....
InsyaAllah.....

http://eemoticons.net




No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...