Friday 21 June 2013

Pengeluaran KWSP Beli Rumah Pertama (3)...

Assalamualaikum....

UPDATE:
Lupa pulop kabo, sedia print siap² penyata KWSP kat web atau guna kiosk....
bila sampai kaunter senang nanti dorang terus refer je pada penyata...

********************

Rentetan kejadian Selasa lepas...
petangnya terus half day...
sebelum tu seperti biasa google dokumen apa perlu bawak...
Senarai dokumen yang diperlukan seperti dalam web kwsp...

1.0   Dokumen Asas :
  • No 1. - Print borang belek² lepas tu macam tak tahu nak isi pulak lebih lagi part amaun hahaha....
  • No 2. - IC tak payah sebab katanya guna pengecaman yang buh jari kat mesin tu kan...*tah apa nama mesin tu ek*.... warganera mestilah ada MYKAd kan...
  • No 3. - Beriya copy front page buku bank...sebab bila fikir cemana dorang nak tahu betul ke tidak akaun kita ke tak kan...
2.0   Dokumen Sokongan :
2.1   Ini untuk pembelian rumah terus dengan Pemaju yer...
        *beli rumah second/pakej/lelong dan lain² sila godek² link atas tu*
  • No 1. - Dokumen asal S&P - Surat Perjanjian Jual Beli
  • No 2. - Dokumen asal Hak Milik - (Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun)
Dokumen Hak Milik, kitorang dapat bersama² dengan S&P yang telah diposkankan ke alamat samada nak pos ke rumah/ofis, boleh samada nak kutip sendiri ke pejabat pemaju atau pos.  Kitorang pilih pos je la cepat.  Semua ni pemaju yang buatkan.  
  • No 6. - Beriya bawak sijil nikah sebab yang copy tak ada...balik je selongkar sijil nikah....
Ok masa untuk terjah KWSP....
kitorang sampai ke sana lebih kurang pukul 3.30 petang...
tawakal je ni sebab ikutkan dorang tutup 4.45 petang...
memang dengan harapan smooth la takdelah peristiwa bersambung esok hari...
sampai je amik borang dan nombor untuk bertanya...
tengah isi borang nombor pun bunyi....
pegawai tu terangkan apa yang perlu dibuat...
rupa²nya tulisan biru yang Beriya tu satu pun dia taknak...
aiyoooooooo!!!

Perkara penting kena buat adalah :
  1. 2 salinan dokumen S&P
  2. 2 salinan dokumen Hak Milik 
  3. 2 salinan Letter Offer daripada bank yang korang pinjam
    *kalau tengok kat link kwsp (refer 2.0) tu tak ada pun suruh sedia Letter Offer kan...mujur kitorang angkut je apa yang berkaitan, senang cerita*
Maka, sesiapa nak cepat silalah copy dulu dokumen² ni...
nanti kat tempat amik nombor orang kat kaunter tu semak dan terus dapat nombor untuk proses....
tak macam kitorang kena amik nombor 2 kali....
nombor pertama untuk pertanyaan penyediaan dokumen, nombor kedua untuk proses....
*errr tapi ni valid untuk sekarang, masa akan datang tak tahulah cemana kan*

Aduh nak jadi cerita, kemain lama lagi ahbang copy dokumen² tu...
rupa²nya pekerja kedai tu agak sengal....
ahbang kata pekerja indon...
nak senang je masuk semua sekali 3 dokumen tu...
kan buat 2 salinan...
jadilah bertimpa²...
dah ahbang pun kena tolong susun jugak...
http://eemoticons.net
eeeee geram rasa....
kita ni dah lah kejar masa kannnn....
fuhhh kena RM15 uols....
itupun ahbang mintak diskaun sebab tolong susun...

Woih 2 kali ahkak amik nombor...
yelah ingatkan kejap je kan copy semua...
waduh²....
mujur kali ke 2 amik nombor ahbang pun muncul...
dan nombor pun keluar....

Bermulanya proses permohonan kitorang...
mana rasa tak confident nak tulis masa isi borang...
kitorang biarkan je...
masa ni lah pegawai tu akan tunjukkan...
gigil ok masa nak letak amaun yang nak keluarkan tu...
yelah banyak kan berbelas, berpuluh ribu...

Akhirnya....
tepat jam 4.29 petang...
slip penerimaan permohonan pun dapat...
tinggal tunggu duit je la masuk akaun...
lepas tu baru leh transfer ke pemaju...
baru setel 10% tu...
anggaran dalam 14 hari bekerja...
tunggu jelah...
lepas tu merasalah Akaun 2 tu...
kosong...
kosoooong...
kosoooooongggg....
tinggal sen² jek...
http://eemoticons.net
takpelah nanti kita kumpul lagi...
bekerjalah dengan gigih yer....

Ok itu saje...
panjang gila entri ni...
http://eemoticons.net



4 comments:

  1. kak. jep aritu kuar kwsp gak.xsampai 2minggu dh msk akaun duitnya.ada la dlm 20k. perabih kt kos renovation ngan beli perabot je hahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep mmg dengar x smpai 14 hari...
      itu kan anggaran yg kwsp kena bitau :)

      swasta kene korek duit yun..
      utk 10% tu..
      belum lg costing utk msuk umh lg..
      pandai² lah sendiri... :)

      Delete
  2. Replies
    1. tak payah...
      sebab pengeluaran tu duit kita gak...
      bukan kita buat loan dengan kwsp kan..
      :)

      Delete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...