Wednesday, 2 October 2013

Andai Dapat Aku Undurkan Putaran Dunia....

Assalamualaikum....

Lama tak menulis...
eh menaip...
entah tak ada angin..
mahupun ribut taufan...
aku down...
dada sakit sarat...
bak kata kawan aku...
"macam nak tikam dada"
hehehehhh
iklan yang terbit tu pun aku gagahkan diri...
demi untuk menampung kehidupan...
*bila baca ayat ni balik rasa macam apa je hahaha*
nampak je aku ni sengih, senyum kadang² gelak kanak² ribena..
semua itu dusta....
*cehh*

"..andai dapat ku undurkan putaran dunia.."
itu yang aku post kat wall FB...
tetiba dapat ayat tu...
*kau kenapa eh?*
terngiang² pulak lagu tu...
zaman rock kapak...
kumpulan mana tah...
ok boleh jumpa pakcik google nanti...

Hari ni aku dengar ceramah agama..
oleh Ustaz Ebit Lew...
mulanya pelik sebab tak ada tajuk...
ingatkan macam persoalan Tanya Ustaz tu...
rupanya lebih kepada cerita yang dileretkan...
berdasarkan perjuangan Rasulullah...
dan perjuangan dan pengalaman beliau...
mengenali Islam....
Islam yang mahal harganya...
Terima kasih Allah yang memilih aku menjadi seorang Islam....
banyak....
aku tak mampu nak ulang suara disini...
mungkin cuma kesimpulan.....

Sebagai motivator...
penceritaan beliau banyak menyentuh hati dan membuka fikiran...
lebih lagi tentang apa yang tinggal sebelum kita meninggalkan dunia ini...
justeru aku seperti terjaga daripada tidur...
dunia, kalau boleh semua kita nak...
tapi kerana dunia juga...
kita lupa dan alpa...
dunia yang akan kita tinggalkan...
jadi apa yang tinggal untuk kita sendiri?
bukan harta...
bukan rumah...
bukan kenderaan...
bukan pasangan...
anak²...
*doa anak² yang soleh*

Cerita tentang anak...
selepas ceramah tu dalam perjalanan aku ke surau...
bertembung dengan pengurus unit sebelah dan sama² naik lif...
kalau jumpa dia aku memang kena bersedia menjawab....
"ayu, bila lagi nak yang kedua?"
hehehe aku tahuuuu itu soalannya...
"anak dah 4 tahun kan dah boleh dah tu"
maklumlah balik daripada ceramah...
jadi aku ada semangat untuk menjawab dengan senyuman...
"memang dah boleh En. A, tapi Allah belum nak bagi lagi"
dan pintu lif pun terbukak...
sesuai sangat, kan...
hehehe...

Korang rasa itu ke yang buat aku down?
salah satu mungkin ya...
tapi faktor utama aku down...
biarlah aku sendiri simpan...
sampai satu waktu nanti...
dan aku tak berharap sebenarnya untuk terjadi...
tapi aku juga tak mampu nak halang kalau itu Qada' dan Qadar dari-Nya....
siapa aku insan lemah lagi hina untuk menolak segala ketetapan...
aku mohon yang terbaik untuk kehidupan aku....

Hidup perlu diteruskan, kan....



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...