Assalamualaikum....
Sebelum tu aku nak bagitahu...
bukak Suria.fm...
terdengar suara Mamat...
bekas vokalis Exist tu...
"..duhai bonda, duhai ayahanda..."
aku macam "eh lagu raya??"
baru teringat raya haji minggu depan...
ishhh teruknya aku sekarang...
hilang segala ingatan...
Esok berkelana kami anak beranak...
pulang ke utara...
berbekalkan pertahanan yang kukuh....
maklumlah perjalanan siang...
kalau malam dah biasa dan tak ada adegan luar biasa...
kalau siang ni...
harap maklum heroku sorang tu...
mahu setiap R&R berhenti ni....
dengan persiapan bekalan isi perut...
itu harus sebab faham² je lah makanan kat R&R...
orang pun mesti ramai...
Tak tahulah suamiku itu...
tetiba bertukar plan jalan siang...
jangan suruh aku drive sudah...
aku dah tenat kepala seminggu ni...
dengan tempahan kulit tat...
coklat untuk orang kahwin...
petang semalam kereta tenggelam pulak...
rasa nak hantuk kepala kat dinding...
Aku harap bertukar angin bercuti seminggu ke kampung sana...
dapat menukar angin aku yang tak berapa elok...
sejak kebelakangan ini...
udara kota metropolitan yang penuh dengan debu² kota...
aku nak tinggalkan semuanya....
hirup udara desa yang belum terpalit noda...
Ya aku harap...
walaupun aku tau bakinya masih menghimpit diri aku...
Semoga selamat perjalanan korang pulang ke desa tercinta....
No comments:
Post a Comment