Monday, 24 March 2014

Daftar & Cuti Sekolah

Assalamualaikum....

Selamat cuti sekolah adik² anak²...
lengang je jalan...
parking tepi jalan pun boleh pilih²...hehe...
fenomena biasa awal dan hujung hari cuti sekolah...
semua bercuti, kan....
kat ofis ni pun berapa kerat je yang nampak...

Cuti sekolah...
waktu pagi semua pun macam biasa...
buat sarapan sambil masak lauk......
bezanya...
tak iron baju sekolah...
tak kalut gerakkan bangun tidur budak sekolah...
tak kelam kabut mandikan budak sekolah...

Waktu bangun pagi tetap macam biasa...
cuma busuk je lah hantar ke rumah mama...
mesti mama pening seminggu ni...
hiruk pikuk la rumah...
dengan anak² asuhan, anak sendiri lagi...
macam kapal perang...
mujur juga ada mama...
kalau tak cuti sekolah macam ni...
kena cari transit kat taska/pusat jagaan lain...
ambil masa lagi nak sesuaikan diri kat tempat baru...

Apapun masa cuti sekolah ni...
sudah bekalkan dia buku latihan...
*sebenarnya nak bagi sehelai je, tapi lupa nak copy, maka mendapat la bawak buku*
bekas alatulis isi pensel, pengasah dan pemadam...
saja je supaya dia tak leka main sangat...
dapat sehari sehelai pun jadilah,kan...
"Malam nanti umi dengan abah nak tengok homework ok"
"Baikkkkkkk umi abah, Muadz buat nanti, Muadz kan hebat"
hahahaha ok ayat last tu tak boleh blah!!
pastu stail cakap cam orang tua je kan budak ni menjawab...

Nih Jumaat lepas...
congak² hari 14 hari selepas daftar online tu kan...
dah daftarkan darjah 1 kat sekolah...
sangat cepat urusannya....
tanya guard pejabat kat mana...
isi borang pelawat...
jumpa kerani sekolah...
hulur semua dokumen...
kerani cop kat belakang surat beranak....
*dokumen lain tak tengok pun grrrr*
siap!!!
selesai semua urusan pasal darjah 1 dia...


Sok² dah masuk sekolah betul...
mesti lagi hebat jawapan dia bagi, kannnn?????!!!


2 comments:

  1. Kalau BG tak nak buat kerja sekolah, aku ugut dia panggil polis nanti, biar polis tangkap abang. Nak?


    Tak nak. Tak nak.

    Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis?
      budak nama Muadz ni tak kebal dah...
      dia takut R.O.T.A.N...
      he he he

      Delete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...