Harini…
aku jatuh lagi…
Gedebuk!!
itu bunyi secara fizikal….
jatuh aku bukan begitu…
dada tersentak dan memeritkan…
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya...."
( Al-Baqarah: 286)
"Hemmmmm.....eheh!!"
macam palsu bunyi keluhan tuh…
hakikat tetap nyata…
kena laluinya…
walau apa jua yang mendatang…
tak gitu?
Ujian itu kan HADIAH daripada ALLAH
Apalah kalau nak dibandingkan dengan ‘jatuh’nya MH370…
Menanti kepulangan orang² tersayang yang belum pasti…
Hidup ataupun mati….
Lebih memeritkan…..
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
( Al-Baqarah: 214)
Sedang cuba untuk terus senyummmmmmmmmm......
Ya, aku pun cuba untuk senyum macam biasa. Luka di hati tak perlu ditayang kan pada dunia. Biar kita rawat sendiri.
ReplyDeletesangat deep....
Delete