Monday 5 May 2014

Tat Telur

Assalamualaikum....

Bila tahu sedulur tu nak datang menyinggah...
kepala mula fikir macam² nak menjamu tetamu...
bila tanya nak singgahnya waktu bila...
lepas tengahari, katanya...
oh fikir menu tengahari ni...
tapi bila dah terlalu biasa dengan janji Melayu...
ahkak andaikan selepas Zuhur juga tuh...
lagipun dorang dari rumah pakcik yang dah berkeluarga...
tentunya dorang dijamu menu tengahari juga tu...

Dahlah bahan² terhad kat rumah...
ajak Muadz ke pasar dan kedai pagi tu...
boleh beli bahan²...
dia boleh tak mahu naik kereta...
"kenapa ummi tak tau naik motor, kak long pandai je naik motor"
grrrrrr....
*kak long anak mama pengasuhnya*
sudahnya memang tak keluar la...
daripada melayan dia mengamuk taknak naik kereta...
baik buat sesuatu sebelum tengahari...

Sungguhlah tak ada bahan² apa pun...
haiwan dan sayuran juga bahan² nak buat menu ringkas...
sebab ikut plan petangnya baru nak berbelanja barang² dapur semua...
tunggu apak balik kerja dan berehat dulu....

Selongkar la pulak box baking...
nampak acuan tat...
fikir inti pulak...
nampak telur...
yessss!!

Kebetulan Muadz pun dah mamai² terlena...
walaupun pada asalnya dia nak gak menolong...
tapi tunggu lama agaknya ummi dia ni sedia bahan²...
termasuk bahan² untuk lunch benarnya...
ikutkan nak buat kulit tat ni selalunya kena plan...
buat, simpan dalam fridge nanti² je baru menge'tat'....
tak tahu aura apa menyerang pagi tu...
layankan aje menguli doh dan menge'tat'...
guna pun acuan yang besar...
nak cepat habis katakoooo!!

Belum bakar...
Dah bakar...
Gambar Muadz menolong tu kita letak kat entri lain ye...
dapatlah 2 dulang...
sedulang penuh dengan acuan besar...
sedulang lagi sikit lagi nak penuh dengan acuan kecik...
bolehlah untuk makan² hi-tea gituuu....
siap boleh tapaukan lagi untuk dorang...
katanya sampai Air Hitam, Johor pukul 11 malam...
bertolaknya pukul 4 petang daripada rumah ahkak...
ngeeeeeee!!
biasalah berjalan masa cuti panjang, kan....
hadap je lah....

Nak cuba sila ke resepi Kak Jee....



5 comments:

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...