Wednesday, 6 May 2015

Daftar SRAI...

Assalamualaikum & Hai....

#throwback

Alhamdulillah akhirnya...
dalam bertangguh² daripada dari hari ke minggu...
dapat juga merealisasikan pendaftaran ni...
sebab fikir semua nak mudah...
mudah ke sekolah dari kebangsaan ke agama...
mudah makan tengahari...
mudah tak ada transit ke luar...
eh siapa taknak mudah, kan?
opppss!! nawaitu kena ubah...
masuk sekolah ni untuk sahsiah diri anak² berkembang dengan baik...
samada duniawi dan ukhrawi, begitu....

Ok cerita sebelum berjaya mendaftar...
penuh onak ranjau kau!
bertangguh tuh diantara sebab utama...
kena isi borang sahkan mastautin duduk di Selangor....
maklumlah IC makpak anak rantau...
anak je lahir kat Selangor...
segala dokumen pun kena cop pengesahan...
kalau pengesahan biasa memang fikir nak ke pesuruhjaya sumpah je...
tapi kena hulurlah upahnya....
sebab nak uruskan tu apak yang balik kerja pagi, tidur, petang baru ada masanya...
nak bertunggu tangga ke sekolah/pejabat kerajaan memang taklah dia...
tapi bila syarat penting kena sahkan mastautin...
mahu tak mahu ke urusan kerajaan la jugak...
kitorang terjah Penghulu...hewhewhew!!

Terima kasih kat mama pengasuh susah² tanya pak dia...
nak ke pejabat Penghulu kat mana...
mujurlah dekat je sebelah KPTM Teras Jernang tu...
ada rumah/pejabat Penghulu...
diingatkan nak jumpa Penghulu kena call dulu yek...
kalau main terjah macam kitorang haritu...
buat pertama kali memang hahahahahaaampaaaa!!
*ahkak siap amik half day pagi ko tapi tak mendatangkan hasil*
petangnya baru Penghulu ada dan apak yang bereskan...
dan nak dijadikan cerita....
rupa²nya apak cuma hulur salinan dokumen² je untuk disahkan...
borang mastautin apak lupa hulur!!!
nampak sangat apak mamai tak tidur lagi masa tu kan...
rasa masa tu nak nangis je...
ingatkan dah boleh proceed hantar ke sekolah semua sekali....
masa ni dah 29hb tau...
esoknya 30hb dah hari last mendaftar...
dan ahkak dengan Mu'adz dah beli tiket balik kampung bas pukul 10.30 pagi...
hahahahahahaha!!

Orang paling stress apaklah...
sebab dia lah kena pergi balik jumpa Penghulu tuh....
call Penghulu kata kalau nak jumpa kena pergi Pejabat Daerah...
mujurlah dekat kalau kat KL...
memang harapan je lah....

Pengajarannya, buatlah last minute lagi apak :p
kiranya dah pembahagian tugaslah...
sebab masa daftar sekolah darjah 1 tahun lepas...
ahkak dah ke hulu ke hilir...
hat ni bagi apak lah pulak ke hulu ke hilir...
marilah kita bertanggungjawab sesama..
hehehehehehe!!

Alhamdulillah...
gambar pun terbaru...
siap CD nanti senang nak print semula...
selagi muka tak matang gunakan je hahaha!
mujur lah dia tak bukak mulut...
kalau tak nampak pagar ruyung rongak kat tengah tu!!

Borang SRAI, Borang mastautin, Gambar 2 keping, Sampul surat putih saiz 4"x9", Setem RM1, 
Yuran proses RM10 
Siap!!
kerani sekolah bagi resit pembayaran yuran proses dan resit pendaftaran...
seraya berkata "Kami dah tak call lagi atau hantar surat ya, 20hb Jun nanti datang je utk UKS"
20 Jun bersamaan  3 Ramadhan :)

494 tu nombor giliran ke? CANTIK nombornya...
Ujian ni dinamakan UKS...
UKS (Ujian Kemasukan Sekolah) SRAI...
ok noted :)
tengoklah no resit 393 dan bermakna seramai 393 orang akan duduk UKS ni nanti...
setakat ini dan mungkin lebih lagi...
jadi banyak saingan...
nak berharap sangat pun kena juga tahu potensi anak sendiri...
jadi kita berusaha je lah yang penting anak tu sendiri...
eh! ke 494 tu yang menunjukan jumlah yang akan duduki periksa ya?

Info dan borang mastautin boleh download di SINI untuk rujukan masa hadapan....
ini khas untuk memohon SRAI sahaja ye...
kalau untuk nikah/biasiswa ke apa ke borang lain....
entri sebelumnya masa ambil borang SRAI di SINI...

Sekarang mencari info sebanyak boleh berkenaan SRAI ni...
semoga dipermudahkan urusan Mu'adz Firas dan kami....


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...