Sunday, 19 June 2011

untuk FOLLOWERS...

Assalamualaikum....

STICKY MODE...sampai ahkak abis update...


Perhatian kepada Followers blog ahkak yang tak sampai 200 pun itu...terima kasih...tak kisah lah korang ada singgah sini ke tak...ahkak tak kisah dik non..hehe...cuma sekarang nih ahkak nak menjejak kembali korang semua...buat list untuk Blog Follower...

Eh jangan kata nanti dah buat list bukan terjah semua pun...memanglah tak terjah semua...ce bayangkan followers orang lain yang sampai beribu takan tuan tanah nak terjah semua kan....hehehe... sekurang-kurang ahkak nak menghargai korang...dan kalau ada tajuk blog korang yang berinfo lagi bagus...supaya tak lah terlepas pandang nanti...ok...

Ahkak tengah buat berdikit² yer...ada tuh tak dapat nak detect langsung blognya...nak follow pun tak dapat..apekah? ke ahkak yang innocent sangt tak reti eh...ahahha....

Buat setakat ni 6 orang tak dapat nak terjah blognya...lepas ni mungkin bertambah...


Sila bagi respon dengan link blog korang eh...terima kasih tau...

Thursday, 16 June 2011

HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

Assalamualaikum....

UPDATE  :

Ini kot produknya..HP Sauce

Tabasco Pepper Sauce ni plak ada kat Pizza Hut!!



Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi [sumber Utusan Malaysia Online]


KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.


Marilah kita war-war kepada umat ISLAM....




Wednesday, 15 June 2011

Hati-hati berkata ‘jangan’ kepada anak

Assalamualaikum....

“Ana, jangan panjat tangga, nanti jatuh!”

Pekikan sebegini selalu kedengaran di rumah atau di mana saja. Asal sahaja ada perkara baru yang hendak dilakukan oleh anak, kita cepat menggunakan perkataan keramat ‘jangan’, ‘sibuk je’, ‘jangan banyak tanya’ ataupun yang seangkatan dengannya.

Itulah ibu bapa prihatin namanya, ingin menjaga anak supaya tidak sakit, atau terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini kepadanya. Tetapi dalam tidak sedar, sikap kita yang teralu proaktif boleh mengganggu perkembangan sosial seseorang anak dan membuatkannya hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Bagaimana ia berlaku?

Anak kecil yang baru menjengah dunia, tidak tahu apa-apa dan mula belajar daripada model pertama yang dilihatnya di rumah, iaitu kita, ibu dan bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap bayi yang dilahirkan berada di dalam keadaan fitrah, ibu bapalah yang mencorakkannya untuk menjadi Majusi, Nasrani ataupun Yahudi.”

Fitrah yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah ialah agama Islam yang berkeadaan firtah. Firtah bermaksud suci bersih iaitu positif dan berada pada tahap kuasa yang maksimum, buktinya firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian.” (QS at-Tiin 95:4)

Jadi sebagai hamba Allah yang suci, bersih dan berada pada kuasa yang paling maksimum, tidak ada keraguan dalam kamus hidupnya dan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah SWT.

Itulah asalnya diri manusia. Inilah anak kita yang masih sangat dekat dengan fitrah manusia. Ðia berani dan tiada keraguan serta sentiasa positif. Sifat-sifat ini jika dipandu dengan baik oleh ibu bapa, sangat membantu untuk tumbesarannya. Apabila usia anak tiga hingga enam tahun, anak kita sedang mula belajar melakukan semuanya sendiri, daripada mengayuh basikal, melukis, mewarna, menulis, makan dan sebagainya, semuanya hendak dibuat sendiri. Pada ketika itu, sokongan daripada ibu bapa akan menerbitkan rasa seronok dalam diri anak dan memberi keyakinan kepadanya untuk terus mencuba perkara baru.
 
Rasa tidak dihargai

Sebaliknya, jika anak sentiasa menerima kritikan dan dimarahi setiap kali dia melakukan kesalahan, dia akan merasa tidak dihargai, rasa bersalah dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan mengganggu kehidupan sosialnya. Ibu bapa yang terlampau mengawal pergerakan anak-anak mereka dan banyak melarang daripada memberi galakan serta menagih sepenuh ketaatan daripada anak, tanpa sebarang persoalan (autohitarian parents) akan membentuk peribadi anak yang selalu moody, pendiam, menghadapi masalah untuk berkomunikasi, pemalu, introvert dan sukar mempercayai. Keadaan ini menyukarkannya untuk berinteraksi dengan orang lain.

Ibu bapa yang baik akan sentiasa memberi galakan kepada anaknya untuk melakukan perkara baru. Ðalam masa yang sama, masih meletakkan garis panduan dan tidak terlalu mengawal tindakan anaknya. Mereka mendengar pendapat anak dan menerangkan pendapat tersebut baik atau tidak untuk diri anak. Ðan yang paling penting, mereka berjaya memperlihatkan dengan jelas bahawa akhirnya keputusan akan dibuat oleh mereka selepas mengambil kira pendapat anak (authoritative parents).

Akhirnya, perkataan yang digunakan akan menggambarkan perasaan yang diluahkan. Jadi, walaupun masih kecil, anak-anak kita sangat faham dengan bahasa dan perkataan yang digunakan oleh ibu bapa mereka. Anak yang sentiasa diberi sokongan dan kasih sayang, di samping diberi teguran yang membina akan tumbuh sebagai individu yang baik. Cara menegur anak yang efektif ialah dengan mengambil kira karakter anak tersebut.

Jika dia merupakan seorang yang periang dan sentiasa ceria, teguran yang perlu diberikan ialah dengan cara pujukan, kerana anak-anak ini sangat memahami dan gemar dipujuk dan dibelai.

Manakala jika anak yang agresif dan sangat aktif, teguran yang boleh dilakukan ialah dengan sentuhan. Sentuh dan belai anak ini dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah kata-kata yang tepat dan jelas supaya mereka faham teguran yang hendak dilakukan.

Anak yang pemalu perlukan cabaran dan untuk anak yang pasif, teguran yang mujarab ialah dengan mengajak mereka berbincang dan rasionalkan meraka dengan fakta.

Insya Allah, semoga sedikit tips ini membantu kita untuk sama-sama membesarkan anak dengan berjaya dan menjadi ibu bapa yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Sumber : Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia di MW#1423 & Emel SIM



Kan....kita sebagai mak bapak selalu kan sebut JANGAN...tah berapa kali tah...sebab takmo memudaratkan anak...tp mentaliti anak dah terima lain...so bagaimana ye?

Macam ahkak marah kat diri sendri gak asyik sebut JANGAN je..sedangkan dah tahu kesan JANGAN tu camana.....kadang² biarkan je..paling tidak pun kalau dah nakal sangat dan memang perbuatan tu tak boleh dibuat...ahkak akan kuar jari telunjuk...goyang-goyang dan said NO NO NO...hahahaha

Tetiba je terus speking....kalau macam tu ikut plak dia...kadang-kadang dia macam tahu tak boleh buat...terus dia secara automatik sebut NO NO NO sambil goyang jari telunjuk dia....

http://www.emocutez.com



Tuesday, 14 June 2011

Puas..

Assalamualaikum....

Entri seminit...

Baru kembali bertugas...

Letih sengal sakit pinggang semua rasa...

Nanti update lagi ye...

Nak jenguk apa yang patut dulu kat ofis ni...

Friday, 10 June 2011

Magik?

Assalamualaikum....

Balik kerja tengok bakul baju...

 Kosong!!
..ini bakul dewasa...selalu memang penuh tak sempat lipat dah pakai...basuh...sumbat dalam ni...pakai balik...ahaks...

 Tersusun berlipat!
...ini bakul budak kecik tu...pakaian harian...sama je asalnya..tak sempat melipat...dah pakai balik...

 Sama juga!! cantik tersusun!
...juga pakaian budak kecik tu...ini pakaian nak berjalan...tapi bakul ni kecik sikit...
..eh 2 bakul tau pakaian dia...kalah orang dewasa hehehehhh!!

Apakah yang terjadi???
..........



Ini semua...MAK ahkak punya keje!
 
 
TERIMA KASIH MAK!!!

Tulah dia..kita bawak sini suruh dia senang lenang...berehat....tapi gitu lah orang tua kan...tak boleh duduk senyap...jadi habis semua dibuatnya...adehh...masak memang tentu...kita pun memang ternanti bab masak air tangan mak kan...bab lainlah...kita tak bagi buat...buat juga....

Lebiu Mak...nanti kita jalan-jalan balik kampung jumpa besan plak ye....*_^




Thursday, 9 June 2011

Penangan Shell Tart...

Assalamualaikum....

Dari tengahri lagi....dapat nap tak sampai sejam...dia punya perasaan...fuhhh segar!!

[credit pict]

Eleh ahkak...menguap bajet sopan plak kan...ehehe...tapi itulah yang dituntut....

Semua gara-gara tempahan ofismet....

 Shell Tart

Itulah siapa suruh tangguh buat...hamek malam tadi tidur berapa jam je!!


Nota Kaki:
* Ahdek mepek sila bertabah yer...turn awak minggu depan....hehehehe


Mari mengira bil astro mulai Julai 2011

Assalamualaikum....

Astro kan...astro kan...keluar isu lagi.....senang cerita bil bertambah atau berkurang...dan bahasa formal adalah Pelarasan.... seperti tajuk ini :-

Harga pakej pilihan bakal naik tetapi yuran langganan alami penjimatan - Berita Harian Online

 “Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. 

Nak tau korang dalam kategori mana? BERTAMBAH atau BERJIMAT??

Ce tengok sendiri kiraan pakej korang...

KLIK -> Subscription Package Price Calculator

Ini adalah caj tontonan sekeluarga...RM87.87...pergghhh lawa nombor.....

dan ahkak hepi gitu

sebab

siaran tontonan sekeluarga adalah berkurangan!!!
[bil sekarang adalah RM96.40]

hepiiiii....yipiiiiiiii!!

http://www.emocutez.com


Korang cemana???????

Wednesday, 8 June 2011

WW: Yang MENARIK hari ini...

Siap berapi mesti LAJU kan....

 [credit pict]

Pheewwww...LAJU gilaaaa...ke PANTAS?..ke bulan kitak!!!!

 [credit pict]

Errkkk....merempit sah-sah LAJU!!!

 [credit pict]

Buai ku LAJUUUUUUUUUUUUU....................


  [credit pict]


Eh silap....

Semua kat atas tak sedikit pun menjejaskan KELAJUAN beliau ini....



 ...........................................................................



.........................................



.................




 .....




WW : Pipenn...Piiipeennn...Peepeeennn....

Assalamualaikum....

Peminat tegar Upin & Ipin...

Piiiipenn....

Piiipeennn


Peepeeennn....

Lokasi : Kedai Boutique Upin & Ipin, Plaza Angsana, Johor Bahru.




Tuesday, 7 June 2011

Yeay..menang!!!

Assalamualaikum....

Ingat tak pasal entri Lemak, Manis & Harum tu? Hah rupanya dah terjawab mana yang MENANG!!...ahkak ada terima emel jemputan [sebab vote kan]..tapi koser la nak pergi...dengan anak kecik lagi hehe...

Jadi pemenangnya ialah.....SWEET CORN!!...yeaayyy!!



[all pict credit to beautifulnara.com]


Katanya, perisa baru ni boleh didapati bermula 1 Julai..tapi limited edition....kita nantikan lah yer...*_^

Sempat berjalan....

Assalamualaikum....

Semalam..ahkak melarikan diri dari ofis seawal pukul 3 petang...oppsss!! nak temankan ahbang merawat HP bengong dia tu...Jumaat lepas dah hantar repair software...balik kampung ritu jadi lagi...HANG manjang!...geram betul...jadi terpaksa mengadap kedai tu lagi.....kali ni HP warded!!....pastu ingatkan kedai tu ada la bagi HP lain..hatta cap ayam pun...nan adooooo! eh ahkak dengar ada kedai bagi HP lain kan..huhuhu....alamatnya merayap la cari HP kat tingkat 4 di Mines tuh....cari lebih kurang sudah...dapatlah cap Samsung-Polyphonic-Skrin Warna-Torchligt-harga RM70-BARU...hehehehe....jadik lahhh...kalau kene hempas ke dinding pun lepas ni dengan si kecik Mu'adz Firas tu...takdelah rasa sangat....boleh gitu???....

Eh wajib bawak si kecik Mu'adz Firas...lagipun mak ahkak ada sama..ahkak angkut dari kampung hehehe...minggu ni nak berjalan² jauh...jadi dapatlah dia berjalan² hatta ke shopping complex pun...

Kali ke-2 naik menatam camni...

Masuk token gak...tapi rasanya tak masuk token pun dia no hal...sebab belum gerak lagi..dia dah sepenuh hati pusing stereng tuh hehe...tapi ye lah nak bagi seronok untuk anak...buh la lagu² kengkanak...kali ni angkat dari kereta tak meraung...tak macam kat Alamanda....

Pertama kali naik....

Siapp....melayan dia....puas Tata kat dia sambil melarikan diri, dia masih dalam tu..tak ada rasa nak balik pun...sampai kene angkat...sepanjang pergi parking menangis...huhu...upah aiskrim baru diam...heheheh!

Harap kali ke-3 dan seterusnya dia tak meragam macam pertama kali...hihihihi.....



Monday, 6 June 2011

Selamat Pengantin Baru dua beradik...

Assalamualaikum....

Biasa...hujung minggu...cuti sekolah lak tuh...tapi ni kira hebat lah...dapat 1 undangan je...pulak kat rumah saudara sendiri...sepupu yang kahwin..kalau dapat undangan lain pun, pulak tempat lain² memang tak memijak lah ke sana....kenelah utamakan saudara sendiri kan....

Inilah pengantinnya...buat 2 pasang..bukan kembar pun....abang & adik....tapi tak bersanding serentak....

 Suad (abang) & isteri

 Suhana (adik) & suami

Hoh..sekarang stail kerusi tinggi ek..ehhehe...amacam..jimat kos kan...buat majlis sekali...lepas tu majlis akikah anak buah dorang sekali..kakak dorang baru lepas bersalin...JIMAT lagi...korang yang ada adik-beradik tu kalau rasa tahun ni nak langsung, tahun depan ada lagi nak langsung...baiklah buat serentak jek...lagi meriah...

Dan ini...mereka yang memeriahkan majlis....ada jugak silat2...adeh ahkak tak dapat la nak snap..dengan panas membahang...dukung budak kecit ni lagi...dok bawah khemah sambil bertukar juadah minuman berselang-seli perasa limau ais, jus jambu, dragon fruit, sirap telur katak [wahahhaha]...fuhhhh....leh demam camni....

Ini pakcik & makcik...dari orkestra Parit Makmur, Senggarang...orkestra katanya hahaha....

 Errrrkk...apa budak kecik ni tengah aim agaknya.....dengan tak berkasut.....


Tu diaaa...nak menepuk jugaaaaaaaakkkk!!!!...

Dengan penutup....dah lama tak makan nasi berkat...lepas tu berjemaah ketuk pintu toilet sebab food posioning [medic term]...tapi bahasa rock...[..standart la tu makan nasi orang kaweeennnnnn...^_^].....ubatnya hanya....

sepeket je...yaaaa...aaaa...aauuwwww!!

Whatever....nasi & lauk...SUPER SEDAP!!!!...


Friday, 3 June 2011

Muzdalfa Fried Chicken...

Assalamualaikum....

Esok cuti kan..mana tahu ada yang nak merasa  kelazatan Muzdalfa Fried Chicken - MFC plak....bertempat di Bandar Baru Bangi...kejadian ni minggu lepas...hari Ahad...masa Putrajaya buat Hari Belia....tak ramai dalam MFC masa ni...kitorang masuk je terus ke kaunter.....BBB pun macam lengang....jalan lengang...PKNS lengang...Warta lengang...korang serbu Putrajaya ke? hahahaha....

Sebelum tu kita tengok model tak berbayar MFC dulu...semangat pakai MERAH!...http://www.emocutez.com

Wajah-wajah kesayangan hamba....^_^

Mula dengan.....MFC entrance...

Seee....kitorang tengah makan pun tak ramai orang...sebelum ni lalu punya ramai beratur sampai ke luar...amatlah lemah gemalai budak perempuan amik pesanan tuh..cakap sepatah patah....CARGAS skit dik..kata restoran Fast Food....tapi yelah mungkin baru lagi kan...training agaknya...

Ke tingkat atas...ada Play Area...memang kitorang takmo naik atas...sebab nanti kene jaga dia plak nak main...mana nak makan..mana nak main...belum boleh lagi bawak diri si kecik Mu'adz Firas tuh...sah-sah yang main dah besar²...ada kene buli disitu....

Kitorang duduk berdepan dengan tangga ni..sepanjang kat situ..mengira dalam 3 buah family...yang bapak atau maknya terpaksa dukung anak nangis tak mo balik sebab dah terleka main kat Play Area tu....hihihihi

Ok..kita mulakan lah ye dengan makanannyaaaa......eh ada juga Nasi Arab..tapi takmolah cuba...nak cuba kene pergi yang betul major jual Nasi Arab..kannn....

MFC Value Meal....sebab lapar..ahbang amik 3 ketul punya...

AYAM kecik..gelap...dan Ok la jugak rasanya...dan tak berminyak...set dengan COLESLOW yang tak moist....kejung sayurnya...begitu juga BUN...korek dalam je makan...itupun cuit jeeee....juga set ni termasuk...

FRIES....
Urrmm..kering juga...tengok gambar model tak berbayar tu...si kecik Mu'adz Firas ni yang menghabiskan FRIES ni sebab yang lain dia takmo dah..haha...ayam tu makanlah...tu pun takdelah gah sangat makannya....dan set ni termasuk AIR GAS lah ye...


MASHED POTATO...ini side dishes ye..tak termasuk dalam set value meal....huhuhu...ok gravy gelap jua..takpelah gelap pun..rasa? 'gelap' juaaa...pitam!!....keras...tak moist langsung...cam masam pun yer...banyak letak fresh milk kot..tapi apesal tak moist?..BUN tu cicah dengan kentang nilah...si kecik Mu'adz Firas pun takmo...mula² je..pastu memang tak pandang berbanding jenama satu lagi tu lajuuuuu je dia makan!..

BURGER...namo eh..ZEE..eceh cam namo hindustan plak..tak pun pakistani ...haha...tengok ownerlah kan bagi nama mengancam...

Adui...gelap jugak rotinya hahahhaha....tapi still ok lagi lah boleh makan dengan inti ayam tuh...hat ni kira ok lah...tak berminyak gak...ala-ala gak cam jenama satu lagi tu...cuma gelap je la....dan set ni seperti biasa termasuk AIR GAS lah ye...

PIZZA CHICKEN PEPPERONI...ini saiz paling kecik regular....saiz small tade...

Hat ni tapau sajok...wat bekalan kunyah² time bersenggang...boleh tahan lah...cheese banyak okeh...tapi bila banyak merasa la ko masin la plak...kehkehkeh...oraitlah sedap jugak...

Eh apa lah kan...nampak macam banyak komen tak membina je dari membina ...hahaha..jangan camtu dong!..adaaa...ni ha yang memenuhi citarasa dan boleh di compare dengan jenama satu lagi tu....lembut...panas...dan tentulah sedap...dan ini je TAK GELAP...ahahaha...

POTATO WEDGES!!!
Nyumm...nyummm...nyummmm!!

Selamat  menjamu tekak...

Thursday, 2 June 2011

Gambar Ekslusif : Buang Bayi macam Buang SAMPAH!

Assalamualaikum....

Update :
- lagi-bayi-diperlakukan-kejam-oleh-manusia

Siapa tengok berita malam tadi mesti tau kan cerita ni...KEJAM, ZALIM & HINA mahkluk [tak boleh panggil manusia] yang buat kerja tuh!..ada lagi perkataan boleh menggambarkan kejadian tu?...

Sebenarnya kejadian ni malam semalam lagi lebih kurang pukul 12 malam...kawan ahkak yang tinggal dipersekitan post kat wall...petang semalam baru keluar berita kat Utusan Online....


Petang semalam juga baru berkesempatan tanya dia lebih lanjut...


Perasaan? dari malam semalam pun perasaan ahkak dah meluap²..beristigfar....tak tercapai akal bila fikir....dah tentu yang buat tu TAKDE AKAL...sebab tu sanggup buat macam tu..

Gambar Ekslusif ini kawan ahkak yang Tag, asalnya dari Puan Sabariah...selaku setiausaha penduduk kat situ....sila bertabah hati...kalau rasa tak mampu nak tengok....jangan tengok....terpulanglah....sedia tisu siap²..hujung tudung pun boleh...http://www.emocutez.com

Walaupun masih tak tahu berbangsa apa...disisi ALLAH swt...tiada noda dan dosa...dia penghuni SYURGA...




Al-Fatihah...

Wednesday, 1 June 2011

Part II : Harta Sepencarian...

Assalamualaikum....

Part I :  Harta Sepencarian...


WW = Wordless Wednesday lah hari ni...

jadi kita...

AbgJem..Tahniah..cukup kuota dah..kebajikan isteri-isteri zahir & batin jangan dilupa...harap sampai ke Syurga...[sumber]

Apa yang korang fikirkan berkaitan dengan TAJUK diatas?

~ BERSAMBUNG Part III ~

Nota Kaki :
* Mahap..kesibukan melanda....


Merayu UNDI utk Mu'adz Firas selama 10 Hari...

Assalamualaikum....


Selepas mencalonkan beliau pada entri ini di Mom Blogger Planet in RED...maka bermula kempen selama 10 hari bermula 1 hingga 10 Jun 2011 untuk meraih UNDI daripada penyokong semua...sudi-sudikanlah mengundi di FACEBOOK....

TAPI kalau belum pernah Like,  WAJIB Like Page dulu tau!!...

seperti peringatan Penganjur dibawah : -
Important Note

Voters must first LIKE MomBloggersPlanet FB page before can LIKE the picture (*_^)

Langkah PERTAMA:
Cari MomBloggersPlanet FB page <-klik je link tuh....klik Like

- klik utk besarkan image -

Langkah KEDUA :
Barulah boleh Like kat Photo bertajuk MAY 2011 Cutest Baby of the Planet <-klik je link tuh dimana si kecik Mu'adz Firas dicalonkan seperti gambar dibawah :-

- klik utk besarkan image -



^_^....Marilah MARI...kita MENGUNDI....^_^

Terima Kasih

Dayu juga mencalonkan anak daranya Eisya Elyssa..vote juga untuk dia yep..:)


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...