Monday, 30 May 2011

Part I : Harta Sepencarian...

Assalamualaikum....

Biasa..rutin hari Isnin..

Bukak emel ofis..macam lepas perang..emel sana sini...dengan emel dari kelab...emel kerja..emel forward task orang sana ke sini...sinun ke sana..emel pemberitahuan kematian...nasib baik dah kontrol emel forward tak sepatutnya....ditambah lagi dengan data berpuluh KB..naik berat emel...sebab tu lah miss out emel TAKLIMAT yang bagi ahkak sangatlah PENTING...nasib baik akak ofis ni bagitau...dan tak lama lepas tu ada announcement di kala lagi 10 minit menganjak ke pukul 1 petang...hohh...tak ada orang hadirkah? selalu bila dah pakai sound nih memang takde orang datang....mungkin sebab ramai cuti...sempena cuti sekolah kan....

Bebel plak haha...ok lah ahkak nak kongsi serba sedikit..maaflah kalau tak faham...ahkak pun buat nota ala cakar ayam...ini pun baca balik dan termenung sebab kena buat ayat yang bagi korang faham...dah jangan tanya ye..PLEASE...ahkak bukan orang sepatutnya nak bagi jawapan...ini cuma basic...ikutkan banyak lagi anak² segala mak nenek sangkut paut...OK OK mula..

Tajuk : ‘Memahami Tuntutan & Isu-Isu Harta Sepencarian”
Penceramah : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).  



Interesting??

Masa pun tak banyak....dalam sejam...dengan lawak lagi...moh kita tahu apa isinya....

# Definisi HAK PERSENDIRIAN
  • Harta yang diperolehi persendirian oleh suami/isteri seperti gaji, hadiah atau harta pusaka.
  • Harta sebelum perkahwinan.
  • Hukum Syara' - masing² berhak ke atas harta mereka.
  • Pembahagian Faraid.
*** Perkahwinan tidak bermakna memiliki harta tersebut. Bila berkahwin dengan orang kaya, tidak bermakna harta boleh dituntut kerana harta itu adalah hak mutlak suami/isteri.  Contoh : Isteri tidak boleh menuntut sebagai harta sepencarian.  Boleh dikatakan golongan yang bersuami kaya ramai seperti Miskin yang Tersembunyi apabila diceraikan kerana sebab diatas kecuali ada black & white.


# Definisi HARTA SEPENCARIAN
  • Harta usahasama semasa perkahwinan.
  • Harta Musya' = harta yang bercampur-aduk untuk usia perkahwinan yang lama.
*** Ulama dahulu menyatakan ciri harta Musya' dengan "apa² harta berciri lelaki adalah milik suami, apa² harta berciri perempuan adalah milik isteri"...Contoh : Barang kemas adalah ciri milik isteri.

# Definisi HARTA yang BERTIMBAL BALIK
  • Hak suami untuk memiliki  hak tertentu harta isteri dan sebaliknya.
  • Kaedah Faraid.
*** Contoh Kes Pertama :
- BERSAMBUNG....tak larat dah nak taip....:(

Update:
Part II : Harta Sepencarian

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...