Tuesday, 18 October 2011

Kembung+Mood Swing...

Assalamualaikum....



Kepala ni fikir macam²....nak update gambar pasal Birthday Mu'adz pun mood merudum...tapi kat FB ahkak dah letak gambar la yer...

Malam tadi ahkak tido² ayam je sebab nak pantau Mu'adz tak muntah lagi..sebab sebelum ni pernah terjadi dia muntah dalam tidur, habis satu badan dengan muntah tapi dia tetap lena...ahkak? lagilah tak sedar apa...bangun tengok je lah lautan muntah tu...huhuhu....

Alkisahnya, malam tadi sebelum nak tidur tengah menyusu dia muntah...habis keluar semua segala susu dan makanan...dan atas katil plak tu!..mujur la yang banyak kat baju dan terkena sikit atas tilam dan bantal....

Masa bersihkan badan, dia kata "cejuk"..yelah pukul 11 malam lebih...terkena air yang memang sejuk...pastu macam mulut terketar...ha sudah..nak demam semula ke?...nak lap je takut berbau plak..sebab tepi kepala celah rambut, celah telinga ada saki baki muntah...badan dia lagi...jadi ahkak terpaksa simbah jua air secara cepat2...lap dan balut badan dengan kain bedung dia dan dukung...PELOK erat²..dia pun terlentuk kat bahu ahkak...lama juga ahkak pelok sebab dia kata sejuk kan...dan...

Ya..ummi tau...penat muntah kan? sian anak ummi....

Dah ok sikit baru ahkak siap²kan dia..pakai baju baru...letak minyak Yuyi. letak Vicks kat perut, tapak kaki, celah sendi, depan belakang badan...dan ubun²...dia senyap je..tak meragam...tak merengek....masa usap perut tu ahkak perasan perut dia bulat dan keras...SAH la kembung....ahkak banyak buat urutan kat perut...bagi dia selesa...sambil dia pun cakap juga..."utah"...anak ummi memang suka bercerita semula kan...- banyak mulut...^_^

Lepas tu dia bangun sibuk suruh ummi bukak DVD Player nak tengok Pepen...ummi layankan je...bila dia ralit tengok Pepen...ahkak kemas katil...letak wangian semburan macam Febreeze tu tapi cap Cosway...masih bau juga sikit...mencari apa yang bau...olohhh terkena kat doll Pepen diakah? nak basuh nanti doll tu gak dia cari feel nak tido...nak taknak biarkan je..dengan doll tu sekali kene sembur...

SMS ahbang, ahbang suruh makan ubat kembung hari tu yang simpan dalam peti ais...[ubat dah buka boleh simpan dalam peti ais selama 3 bulan sahaja..apapun bertanya kepada ahli farmasi dulu jenis ubat yang sesuai]...ahkak bagi ubat dia tak banyak ulah...mata sambil tengok Pepen je...mudah budak ni makan ubat...tak lama selepas tu dia dah mula menguap balik...mengantuk la tu...ahkak bancuh susu cair dengan harapan sangat² TAK MUNTAH lagi....

Ya...sampai ke Subuh dia lena...ahkak je ting-tong sebab setiap setengah jam alarm bunyi untuk pantau dia supaya tak tidur dalam launtan muntah lagi...erkkkk!!

Dan sekarang ahkak tengah menggali ilmu berkenaan perut kembung...tapi kebanyakan untuk bayi...ahhhhh...

Selain ubat....sesuai ke bagi ENO eh?...air halia?...atau petua lain daripada nenek moyang kita dulu²?....

Nota Kaki:
*Sana-sini orang sibuk cakap pasal budak kene langgar 2 kali tu kan....pastu pasal kelar baby baru lahir tu...malam tadi ahkak tak tengok...terdengar je suara pemberita tu dari dalam bilik....itupun macam tak mampu nak tengok skrin TV...rasa macam nak tengok kat Youtube...tapi mampukah aku????....anak kembung ni pun dah menyayat hati sendiri...apetah lagi jadi camtu!!!!!



2 comments:

  1. huhuh sian muadz, takpe demi anak kita menggogle segala2 smbil tanya pendapat org kan..

    p/s: kes budak tu pun tak sanggup nak tgk.. huhuhu pagi tadi kat radio sume kata sedih.. wahhh tak mampo mak nak tengok semua itu..

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...